BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Laporan RCI TH Tertumpu Aspek Integriti, Bukan Sentimen Agama Dan Bangsa - Pakar

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Laporan RCI TH Tertumpu Aspek Integriti, Bukan Sentimen Agama Dan Bangsa - Pakar​

c6f97da7b9721f84059343920cdd13a65e8ab83445a4c

e4ccd500675f9001d30b304e6db1541b6a0af42621bee

4e55540ce47312aca70d6cb90d8c48d26a0c38f988e88

Tabung Haji

Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) yang tertumpu pada aspek integriti, akauntabiliti serta tadbir urus institusi, tidak seharusnya dijadikan isu berlandaskan sentimen agama atau bangsa.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seremban Dr Mazlan Che Soh berkata perkara pokok yang dinilai menerusi RCI ialah bagaimana amanah, wang pendeposit, pelaburan dan pelaporan kewangan diuruskan serta proses membuat keputusan TH dibuat.

Beliau berkata kedudukan TH sebagai sebuah institusi umat Islam yang penting tidak sepatutnya menyebabkan isu berkaitan pengurusan dan tadbir urusnya dibawa kepada sentimen agama, bangsa atau kepartian.

“Mempertahankan TH bermaksud mempertahankan integriti institusinya. Lebih tinggi nilai agama yang dibawa oleh sesebuah institusi, lebih tinggi juga standard amanah dan tadbir urus yang masyarakat berhak tuntut daripadanya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mazlan berkata aspek integriti amat penting memandangkan TH memikul tanggungjawab besar dalam membantu umat Islam menunaikan ibadah haji, selain mengurus simpanan jutaan pendeposit.

Beliau berkata integriti dalam pengurusan TH bukan sekadar berkaitan kejujuran individu, tetapi turut merangkumi ketelusan pelaporan kewangan, pematuhan undang-undang dan syariah, pengurusan risiko, keputusan pelaburan serta mekanisme semak dan imbang yang jelas.

“Integriti ialah modal kepercayaan TH. Jika keyakinan terhadap integriti terjejas, kesannya bukan sahaja kepada kewangan institusi, tetapi juga keyakinan pendeposit,” katanya.

Mazlan berkata keberkesanan RCI bergantung pada tindakan susulan termasuk memastikan akauntabiliti dan ketelusan diinstitusikan supaya tidak bergantung pada individu tertentu.

 
Back
Top
Log in Register