BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siasatan RCI TH: JPM Hal Ehwal Agama Junjung Titah Agong Demi Integriti

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Siasatan RCI TH: JPM Hal Ehwal Agama Junjung Titah Agong Demi Integriti​

f4fb67ba73d581c52117952fe98177bf698c8f7a14d12

Dr Zulkifli Hassan

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menjunjung tinggi titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang mahukan siasatan berhubung dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) dijalankan secara menyeluruh, telus dan tanpa sebarang kompromi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata keprihatinan Seri Paduka Baginda menggariskan kepentingan utama dalam memelihara amanah serta keyakinan umat Islam terhadap institusi pengurusan haji dan kewangan Islam negara ini.

“Tindakan tegas dan saksama berdasarkan lunas undang-undang sewajarnya diambil ke atas mana-mana individu atau entiti yang didapati bersalah melanggar amanah serta prinsip tadbir urus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulkifli berkata kerajaan tidak bertolak ansur dan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah guna kuasa, penyelewengan, atau kelemahan pengurusan yang boleh menjejaskan kepentingan pendeposit TH.

“Setiap langkah penguatkuasaan dan penambahbaikan yang disyorkan laporan RCI ini akan diperincikan secara teliti demi memastikan struktur tadbir urus TH diperkemaskan ke tahap tertinggi.

“Komitmen berterusan ini amat signifikan bukan sahaja untuk menegakkan keadilan dan akauntabiliti, malah bagi memastikan kesilapan terdahulu tidak akan berulang pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata JPM (Hal Ehwal Agama) bertekad untuk memastikan TH terus kekal sebagai sebuah institusi pengurusan haji yang kukuh, berintegriti, dan sentiasa mendapat kepercayaan penuh seluruh rakyat Malaysia.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong bertitah supaya siasatan berhubung Laporan RCI mengenai TH dijalankan 'sehingga lubang cacing'.

Seri Paduka Baginda bertitah langkah itu penting bagi memastikan setiap pihak bertanggungjawab dikenakan tindakan sewajarnya, selain memastikan perkara sama tidak berulang pada masa akan datang.

 
abes la Ameno .. tak jadi kawen dgn PN .. silap² semua kedalam.

nak tak nak semua MP Ameno kena tarik sokongan dari kerajaan perpuduan .. kalo berani la .. tapi tu la Zahid kepala Ameno dan telo dia dlm gengaman nuar .. sapa2 MP Ameno tarik sokongan kena bayar juta² ..
 
Back
Top
Log in Register