combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
JPM Hal Ehwal Agama Desak Agensi Berkaitan Nilai Semula Penayangan Drama Babak Sensual
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan
Agensi berkaitan didesak mengambil tindakan serta menjalankan penilaian semula secara menyeluruh terhadap penayangan beberapa drama yang memaparkan babak sensual dan unsur manipulasi atas alasan seni atau kesedaran sosial.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata pihaknya mengambil maklum akan kegelisahan masyarakat.
“Walaupun niat menyampaikan realiti difahami, cara penyampaian yang mengghairahkan serta dijadikan modal pemasaran berisiko menenggelamkan mesej pengajaran sebenar.
“Sehubungan dengan itu, kami mendesak agensi berkaitan membuat penilaian semula secara menyeluruh serta mengambil tindakan sekiranya terbukti melanggar garis panduan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata penyebaran klip babak terlampau di media sosial dikhuatiri membiasakan norma buruk dalam masyarakat dan memberi dampak negatif kepada perkembangan emosi serta sahsiah remaja.
“Penggiat seni dan platform media diingatkan agar tidak meletakkan angka tontonan serta keuntungan perniagaan mengatasi keberkatan dan syarat kelestarian iman dalam berkarya.
“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyeru seluruh warga industri kreatif untuk kembali menghayati acuan adab, etika dan Maqasid Syariah kerana mendidik masyarakat tentang kerosakan tidak seharusnya dilakukan dengan merosakkan pandangan penonton,” katanya.
Zulkifli berkata menerusi kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan agensi berkaitan, semakan berpandukan Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan Penyiaran Berunsur Islam (JAKIM Bil. 4/2015) akan dipertingkatkan demi memelihara kesucian agama.
“Seni yang hebat ialah seni yang menyentuh jiwa tanpa melangkaui garis panduan syarak, memandangkan setiap karya yang ditonton jutaan manusia pasti akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT kelak,” katanya.