combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,137
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,137
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Cabaran Laut Antarabangsa Labuan (LISC) 2026 terus memperkukuh kedudukan Labuan sebagai destinasi pelancongan sukan yang kompetitif dengan kejayaannya menarik 5,082 peserta merangkumi 15 acara bagi tahun ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Lo Su Fui berkata jumlah penyertaan itu menunjukkan peningkatan 108.88 peratus, berbanding 2,433 peserta yang direkodkan pada 2025.
Beliau berkata penyertaan antarabangsa juga mencatat peningkatan ketara dengan peserta dari 11 negara mengambil bahagian dalam LISC 2026, berbanding tujuh negara pada tahun lepas.
“LISC 2026 bukan sekadar acara sukan laut tetapi membawa maksud lebih mendalam sebagai manifestasi kerjasama, semangat kesukanan serta platform untuk menonjolkan keunikan dan identiti Labuan,” katanya pada majlis penutupan LISC 2026 di sini hari ini.
Beliau berkata acara itu yang mula diperkenalkan pada 1997, telah mencatat pelbagai pencapaian dan detik bersejarah sepanjang penganjurannya, sekali gus menjadikan ia sebagai satu daripada acara pelancongan ikonik Labuan.
Bagi edisi tahun ini, beliau berkata Cabaran Renang Rentas Selat yang diperkenalkan semula selepas tidak disenaraikan sebagai acara utama sejak tiga tahun lepas, telah menarik 103 peserta.
Lo berkata kehadiran ramai peserta antarabangsa membuktikan Labuan terus relevan dan kompetitif sebagai destinasi pelancongan sukan.
“Kerajaan MADANI terus komited menyokong inisiatif yang mampu merangsang ekonomi tempatan serta meningkatkan imej Malaysia di peringkat global,” katanya.
Beliau berkata pulangan ekonomi daripada penganjuran acara ini adalah memberangsangkan, meliputi sektor perhotelan, pengangkutan awam, makanan dan minuman, jualan barangan dan perkhidmatan, promosi, publisiti serta pakej pelancongan.
LISC 2026 Tarik 5,082 Peserta, Perkukuh Labuan Sebagai Destinasi Pelancongan Sukan
LISC, kompetitif, pelancongan sukan, peserta, men