BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Melaka Perkukuh Kedudukan Sebagai Destinasi Pelaburan Semikonduktor Utama

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,141
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,141
Reaction score
346
Points
141

Melaka Perkukuh Kedudukan Sebagai Destinasi Pelaburan Semikonduktor Utama​

fe6e91e2c1be21da1f3e8dfb729ba68e6a58a474cb855

Kredit: FB Ab Rauf Yusoh

Melaka berpotensi muncul sebagai hab utama teknologi semikonduktor canggih disokong oleh ekosistem perindustrian kukuh yang dibina selama lima dekad, peningkatan pelaburan dan komitmen kerajaan yang berterusan untuk memperkukuh bakat, infrastruktur dan fasilitasi pelabur.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata negeri itu mempunyai asas perindustrian, kekuatan ekonomi, tenaga kerja mahir dan infrastruktur yang diperlukan untuk menyokong gelombang pertumbuhan seterusnya dalam industri semikonduktor.

"Melaka sudah bersedia. Kita mempunyai asas perindustrian, kekuatan ekonomi, bakat dan infrastruktur untuk menyokong gelombang pertumbuhan seterusnya. Lebih penting lagi, kerajaan yang komited untuk bekerjasama dengan perniagaan di setiap peringkat operasi mereka," katanya semasa merasmikan Dialog Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA)-Ketua Menteri Melaka, di sini, hari ini.

Ab Rauf berkata industri semikonduktor Melaka bermula sejak lebih 50 tahun lepas apabila Siemens membuka operasi pertamanya di Jalan Hang Tuah sebelum berkembang ke Batu Berendam susulan penubuhan Zon Perindustrian Bebas pertama negeri itu pada 1976.

Beliau berkata ketika ini terdapat lebih 400 syarikat pembuatan, termasuk peneraju industri global seperti Infineon Technologies, Texas Instruments, COHU Malaysia, ATX Semiconductor dan Possehl Electronics yang beroperasi di Melaka, menyokong lebih 100,000 pekerjaan mahir dan lebih 1,000 pembekal, vendor dan penyedia perkhidmatan tempatan.

Ketua Menteri berkata Melaka mencatatkan pelaburan diluluskan berjumlah RM14.68 bilion pada 2025, nilai pelaburan tertinggi negeri itu dalam tempoh 22 tahun, manakala syarikat dalam ekosistem perindustriannya menjana eksport bernilai kira-kira RM31.9 bilion antara 2025 dan suku pertama 2026.

"Kerajaan negeri akan terus mengutamakan infrastruktur yang kukuh, bakat yang sedia industri, proses kelulusan yang cekap dan fasilitasi perniagaan yang responsif, disokong oleh Melaka Industrial Booster (MIB), pusat sehenti yang menghimpunkan 29 agensi untuk memudahkan pelaburan," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) Datuk Seri Wong Siew Hai berkata daya saing industri semikonduktor pada masa depan akan ditentukan oleh kekuatan ekosistemnya dan bukan kapasiti pengeluaran semata-mata.

Beliau berkata Malaysia sedang memasuki fasa seterusnya daripada kedudukan yang kukuh, menyumbang kira-kira 13 peratus daripada aktiviti pemasangan dan ujian semikonduktor (OSAT) penyumberan luar dunia dan menduduki tempat keenam sebagai pengeksport semikonduktor terbesar di dunia.

 
Back
Top
Log in Register