BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerjasama Persekutuan, Negeri Perkukuh Kedudukan Sarawak Sebagai Peneraju Pertumbuhan, Inovasi - Anwar

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Kerjasama Persekutuan, Negeri Perkukuh Kedudukan Sarawak Sebagai Peneraju Pertumbuhan, Inovasi - Anwar​

c0f5b8947bb1faeb9bbe4174a5bbb1a16a60544199ab7


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kesepakatan serta kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak terus memperkukuh kedudukan negeri itu sebagai peneraju pertumbuhan, inovasi dan pembangunan yang inklusif.

Menerusi hantaran di Facebook sempena sambutan Hari Sarawak hari ini, beliau berkata setiap ikhtiar yang dilaksanakan digerakkan dengan tekad untuk mengangkat martabat rakyat, memperkasakan ekonomi dan menjamin kesejahteraan yang berkekalan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata transformasi kemajuan yang sedang dilakar di negeri itu merupakan hasil usaha bersama-sama yang perlu terus diperkukuh demi manfaat rakyat.

“Dengan semangat Sarawak Maju Segulai Sejalai (Seiring Sejalan), kita akan terus melangkah sederap memperkukuh perpaduan, merancakkan pembangunan dan membina masa depan yang lebih makmur demi Sarawak dan Malaysia.

“Selamat Hari Sarawak kepada seluruh rakyat Sarawak,” kata beliau.

Perdana Menteri turut menzahirkan harapan agar Bumi Kenyalang terus melakar kejayaan, menyemarakkan kemakmuran dan menjadi kebanggaan negara demi masa depan yang lebih gemilang buat seluruh rakyat Sarawak dan Malaysia.

 
Back
Top
Log in Register