Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
PM Anwar Makan Tengah Hari, Santuni Masyarakat Di Restoran Salai Alor Gajah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa beramah mesra dengan orang ramai sebelum makan tengah hari bersama masyarakat di Restoran Sultan Salai dekat Simpang Ampat hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa makan tengah hari bersama-sama masyarakat di Restoran Sultan Salai Taboh Naning di sini.
Ketibaan Anwar pada kira-kira 12.30 tengah hari, disambut Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abdul Halim dan Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar.
Sepanjang kira-kira 30 minit berada di restoran itu, Perdana Menteri sempat beramah mesra dengan para peniaga dan lebih 100 pengunjung yang tidak melepaskan peluang bersalaman serta merakam swafoto bersama beliau, termasuk kanak-kanak dan warga emas.
Anwar turut menikmati pelbagai hidangan masakan salai yang menjadi antara makanan ikonik dan tarikan di kawasan Taboh Naning.
Sejurus selesai makan tengah hari, beliau beredar ke Masjid Ar-Rasyidin, di sini bagi menunaikan solat Jumaat.
Sementara itu, ketibaan Anwar di masjid berkenaan kira-kira 1.20 tengah hari disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan dan ahli jawatankuasa pengurusan masjid.
Beliau turut mendengar khutbah bertajuk Rabi'ul Awwal, Menghayati Sirah, Menyubur Mahabbah yang disampaikan khatib bersama-sama kira-kira 2,000 jemaah.
Jemaah yang hadir turut tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan mengambil gambar dengan Perdana Menteri selepas solat Jumaat.
Anwar dijadualkan menghadiri Program Semarak Kenegaraan di Dewan Serbaguna Kem Terendak, Sungai Udang pada 3 petang dan Karnival Gelombang MADANI di Kompleks Sukan Masjid Tanah pada 4.30 petang.
Loading…
www.bernama.com