BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Makan Tengah Hari Bersama Masyarakat Di Cheras

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,766
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,766
Reaction score
289
Points
146

PM Anwar Makan Tengah Hari Bersama Masyarakat Di Cheras​

a018723e80ea832365a317d636c8434c6a4755bbaec6f


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa makan tengah hari bersama masyarakat di Medan Selera Cempaka, Cheras di sini.

Ketibaan Anwar pada kira-kira 12.45 tengah hari itu, disambut Ahli Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 4 Cheras Rizwanullah Marecan Hamid Marecan, Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Fadlun Mak Ujud dan Ketua Polis Daerah ACP Mohd Rosdi Daud.

Perdana Menteri turut beramah mesra bersama-sama orang ramai yang teruja dengan kehadiran beliau, sambil menikmati menu nasi berlauk kampung antaranya sup daging, ikan goreng, siput sedut dan buah-buahan.

Rizwanullah Marecan ketika ditemui Bernama berkata ini merupakan kali pertama Perdana Menteri menjamu selera di lokasi tumpuan penduduk itu.

Anwar meluangkan masa kira-kira 20 minit di medan selera itu, sebelum meneruskan perjalanan ke Masjid As-Sodiqin, Taman Kobena untuk menunaikan solat Jumaat.

 
Back
Top
Log in Register