BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kehadiran PM Anwar Meriahkan Suasana Makan Tengah Hari Di Sri Rampai

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
11db2eef570809124243c80deb1e73906969d29f1b9e0


Suasana tengah hari di Restoran Salai-Salai, Sri Rampai, bertukar meriah apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim singgah untuk makan tengah hari bersama orang ramai sebelum menunaikan solat Jumaat.

Perdana Menteri meluangkan masa bertegur sapa dan bersalaman dengan pelanggan, yang jelas teruja dapat bertemu pemimpin negara dalam suasana mesra dan santai.

Kehadiran beliau turut menarik perhatian pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang merakam gambar kenangan.

Anwar turut menceriakan pemain cilik pasukan bola sepak TFFC, apabila bergambar dengan mereka dan menandatangani jersi.

Selepas menjamu selera, Anwar bertolak ke Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju untuk menunaikan solat Jumaat.

 
Back
Top
Log in Register