combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
MINDEF Perkukuh Kesejahteraan Komuniti, CIMIC Di Alor Gajah
fb Kementerian Pertahanan Malaysia
Kementerian Pertahanan (MINDEF) terus memperkukuh kesejahteraan komuniti serta hubungan awam-tentera (CIMIC) menerusi pelaksanaan Program Jiwa Murni MADANI (PJM) Daerah Alor Gajah di Padang Awam Kampung Gadek di sini hari ini.
MINDEF memaklumkan program berorientasikan komuniti itu menjadi platform kementerian itu dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mendekati masyarakat menerusi pelbagai aktiviti kemasyarakatan serta khidmat komuniti.
“Antara pengisian ialah pemeriksaan kesihatan percuma, pameran kerjaya dan kesukarelawan, keusahawanan, Jualan RAHMAH, pertandingan sukan serta kaunter bergerak perkhidmatan kerajaan,” menurut MINDEF dalam kenyataan hari ini.
Sebanyak lima projek komuniti bernilai RM179,200 turut dilaksanakan oleh 9 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (9 Skn RAJD), Tentera Darat Malaysia (TDM) di sekitar Alor Gajah.
Projek berkenaan melibatkan kerja-kerja membaik pulih taman permainan Dewan Serbaguna Kampung Baru di Pondok Batang, pagar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Durian Tunggal, gelanggang futsal Taman Seri Kelemak di Rembia, bumbung Madrasah Seri Kemuning di Kampung Kemuning serta Surau Madrasah Khairiah di Kampung Paya Datuk Hilir.
Menurut MINDEF, pada majlis itu, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari turut menyampaikan cek cura Inisiatif Pusat Khidmat berjumlah RM133,000 kepada lapan penerima bagi pelaksanaan pelbagai projek dan keperluan komuniti.
Penerima berkenaan ialah Lembaga Surau Kampung Ulu Batang Melaka; Surau Al Mubarakah, Taman Dimensi; Persatuan Tokong Chee Sen Ting, Machap Baru; Lembaga Surau As Syakirin, Taman Sri Sutera serta Surau Al Ittihadiyah, Taman MAIM Rumbia.
Turut menerima sumbangan ialah Persatuan Rumah Berhala Kuan Yen, Pondok Batang; Tetuan Lembaga Surau Kariah Kampung Gubah, Nyalas dan SJKT Batang Melaka bagi pembangunan GreenLab sekolah.
Selain itu, sebanyak 500 Bakul RAHMAH turut disampaikan untuk diagih kepada persatuan veteran ATM dan penduduk setempat yang mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh kesejahteraan komuniti melalui penyediaan kemudahan yang lebih kondusif, inklusif dan memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat setempat.