kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,717
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,717
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Program CIMIC Bawa Perkhidmatan Kesihatan Secara Terus Dan Percuma Kepada Komuniti
Pegawai dan anggota tentera dari Kor Kesihatan Dirajaya (KKD) membuat pemeriksaan pergigian kepada orang ramai di Karnival Tentera Bersama Rakyat sempena Penutup Kursus Asas Komando Siri AK/1/26 di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) yang berlangsung sejak Selasa lepas hingga hari ini.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Pelaksanaan program Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) menerusi penganjuran Program Tentera Bersama Rakyat bersempena dengan Majlis Penutup Kursus Asas Komando Siri AK/1/26 membawa kemudahan perkhidmatan kesihatan secara terus dan percuma kepada komuniti setempat.
Program bermatlamat mendekatkan angkatan tentera dengan rakyat itu berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) di Kuala Ketil dekat sini bermula Selasa lepas hingga hari ini.
Menerusi CIMIC, kemudahan pemeriksaan dan rawatan gigi serta saringan kesihatan ditawarkan secara percuma kepada pengunjung pelbagai kaum menerusi Program Khidmat Perubatan Masyarakat (MEDCAP) dan Program Khidmat Pergigian Masyarakat (DENCAP).
Tinjauan Bernama mendapati sambutan pengunjung terhadap MEDCAP dan DENCAP amat menggalakkan dengan rata-rata pengunjung tidak melepaskan peluang menjalani pemeriksaan itu, malah kes kecemasan kecil seperti seorang kanak-kanak yang tiba-tiba mengalami pening dan loya turut diberikan rawatan segera di tapak program.
Operator kilang Siti Salmiah Said, 28, berkata beliau memanfaatkan hari cutinya untuk berkunjung ke program itu dan teruja kerana berpeluang melakukan rawatan cucian karang gigi dengan segera yang disifatkannya menjimatkan masa berbanding kebiasaan perlu membuat janji temu di klinik pergigian.
“Suami dan anak juga datang periksa gigi. Suami turut buat rawatan cucian karang gigi manakala anak saya yang berumur enam tahun membuat rawatan tampalan. Ini adalah pengalaman pertama kami diperiksa oleh doktor tentera dan ia sangat memudahkan urusan,” katanya.
Berkongsi pendapat sama, pembantu peguam Adam Ruzlan, 26, berkata perkhidmatan pergigian percuma itu menjimatkan kos dan masa apabila beliau boleh terus menjalani rawatan di situ selain memperoleh khidmat nasihat penjagaan oral.
“Pada awalnya, saya fikir sekadar pemeriksaan sahaja. Rupa-rupanya boleh buat rawatan terus. Doktor tentera di sini banyak memberi nasihat penjagaan gigi, mereka terangkan gigi mana yang rosak dan berkarang serta berpesan agar sentiasa melakukan pemeriksaan berkala,” jelasnya.
Sementara itu, pekerja kilang G. Devindran, 37, berkata beliau begitu bersemangat hadir sejak hari pertama program seawal pagi sebelum memulakan syif bekerja pada sebelah petang dengan sempat melakukan pemeriksaan gigi serta saringan kesihatan kelmarin.
Loading…
www.bernama.com