Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,774
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,774
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Peluang Pekerjaan, Sokongan Komuniti Terjemah Kesejahteraan Rakyat
Pengerusi Komuniti MADANI Indera Kayangan Utara Dhrampal Singh (depan dua, kiri) bergambar bersama ahli-ahli komuniti selepas memasang Jalur Gemilang di sekitar pekan Kangar sempena Bulan Kebangsaan 2026.
Bagi Nur Hijrah Hayati Mahmud memperoleh pekerjaan bukan sekadar bermakna mempunyai pendapatan sendiri, tetapi menjadi langkah awal untuk membina kehidupan lebih stabil selain membantu meringankan beban ibunya.
Lepasan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat (Kepujian) berusia 25 tahun itu diterima sebagai penyelia penyelenggaraan di sebuah kilang simen di Perlis pada Mei lepas, setelah berjaya dalam sesi temu duga secara terus melalui Program Perkhidmatan Pekerjaan MYFutureJobs oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
“Program kerjaya ini menjadi platform memudahkan golongan muda mendapatkan pekerjaan bersesuaian memandangkan zaman sekarang tidak dinafikan agak sukar untuk mencari kerja selepas tamat belajar.
“Saya mengetahui mengenai program ini menerusi media sosial PERKESO Perlis sebelum mengambil keputusan menghadiri sesi temu duga bagi mencari peluang pekerjaan,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Bagi Nur Hijrah Hayati, pekerjaan itu bukan sahaja memberinya pendapatan tetap, malah membuka ruang untuk membina kemahiran dan pengalaman baharu dalam bidang teknikal, sekali gus meningkatkan prospek kerjayanya pada masa depan.
Pengalaman Nur Hijrah Hayati itu mencerminkan akses kepada peluang pekerjaan dan sokongan bersesuaian memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat, terutama dalam membantu membina kestabilan ekonomi keluarga.
Menurut Pengarah PERKESO Perlis Ahmad Firdaus Hashim, aspek pekerjaan berkait rapat dengan kesejahteraan rakyat kerana kestabilan ekonomi turut memberi kesan kepada kehidupan sosial dan emosi sesebuah keluarga.
Beliau berkata program kerjaya yang mempertemukan pencari kerja secara langsung dengan majikan merupakan antara pendekatan untuk memastikan rakyat mendapat akses lebih mudah kepada peluang pekerjaan dan sokongan yang diperlukan.