BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Pelajar MRSM Alor Gajah Hilang Ditemukan Di Pasar Seni

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Dua Pelajar MRSM Alor Gajah Hilang Ditemukan Di Pasar Seni​

461fce539074e387efe88ce8561f420b6771310eeca84


Dua pelajar perempuan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah, Melaka yang dilaporkan hilang sejak 11 Ogos lepas, ditemukan di kawasan Pasar Seni atau Central Market, di sini pada kira-kira 10.30 malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata dua pelajar berusia 16 tahun itu didapati telah mendapat rawatan di sebuah Klinik Kesihatan berhampiran kerana kurang sihat sebelum dijumpai.

“Selepas ditemukan, mereka telah dibawa untuk menjalani pemeriksaan kesihatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan telah diserahkan kembali kepada pihak keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadil berkata dua pelajar itu ditemukan anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, manakala punca kejadian masih dalam siasatan.

Terdahulu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran di Facebook rasminya turut berkongsi kesyukuran selepas dua pelajar itu dijumpai.

Semalam, media melaporkan polis menerima laporan membabitkan kehilangan kedua-dua pelajar itu daripada guru mereka.

 
Back
Top
Log in Register