BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua pelajar perempuan ditemukan mati di Flat Sungai Pari

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,511
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,511
Reaction score
1,681
Points
201

14279131841457653-413401.jpg

14279131841457653-413402.jpg


Ipoh Buntong 15 flat 2 budak india bunuh diri terjun dari flat. maklumat lain tiada
 
Dua pelajar perempuan maut jatuh dari bangunan kosong di Buntong


IPOH - Dua pelajar perempuan berusia 14 tahun ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat atas sebuah bangunan perumahan kosong dekat Buntong di sini pada Jumaat.

Kejadian di Flat Sungai Pari itu disedari seorang pengawal keselamatan yang kebetulan melakukan rutin rondaan sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Kedua-dua mangsa yang merupakan rakan baik itu dikatakan belajar di sekolah yang sama di Ipoh dengan mengikuti pembelajaran sesi petang.

Ibu salah seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Seela, 36, berkata, dia menghantar anaknya serta rakannya itu ke sekolah dari kediaman mereka di Menglembu kira-kira jam 1 petang.

Bagaimanapun katanya, sekitar jam 4.50 petang, satu panggilan diterima, memaklumkan anaknya berada di kawasan perumahan kosong tersebut.

"Saya sempat tengok keadaan dia, masih memakai baju PJ (pendidikan jasmani), pakaian sama sepertimana saya hantar ke sekolah tadi.

“Saya tidak tahu kenapa anak saya boleh berada di sini. Sedangkan sebelum ini dia tidak pernah pun datang ke tempat begini," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.


Seela mengakui masih terkejut dan sukar menerima kejadian yang berlaku apatah lagi mangsa tidak pernah menunjukkan sebarang perubahan sikap.

Katanya, anak kedua daripada tiga beradik itu juga tidak pernah mengadu apa-apa masalah berkaitan sekolah.

"Anak saya memang pendiam sedikit tetapi sepanjang pengetahuan saya, semua hal sekolah dan pelajaran dia dalam keadaan baik.

"Selama ini, pergi dan balik sekolah, saya yang hantar dan jemput, setiap hari. Tak sangka perkara begini boleh berlaku terhadap anak saya," katanya.

Mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh bagi proses bedah siasat sebaik pasukan forensik selesai menjalankan siasatan di tempat kejadian.

Flat Sungai Pari yang dikenali dengan panggilan 'Sungai Pari Tower' atau 'Tingkat 15' itu pernah menjadi bangunan tertinggi di Malaya Utara dan simbol ikonik bandar Ipoh kerana mempunyai reka bentuk bumbung berbentuk mangkuk.

Projek perumahan awam yang dibina pada 1963 itu bagaimanapun telah dikosongkan secara berperingkat sejak 2012 berikutan kebimbangan terhadap struktur bangunan.

Sumber : Sinar Harian
 
14279615265738685-413587.jpg

14279615265738685-413588.jpg

14279615265738685-413589.jpg


Dua pelajar perempuan ditemukan mati di Flat Sungai Pari

Ipoh: Dua pelajar perempuan berusia 14 tahun ditemukan mati selepas dipercayai terjatuh dari tingkat atas Flat Sungai Pari yang terbiar berhampiran Buntong di sini, semalam.

Mangsa, yang juga rakan karib, adalah pelajar di sekolah yang sama di Ipoh dan menghadiri persekolahan sesi petang.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata. siasatan awal mendedahkan bahawa gadis-gadis itu didakwa meninggalkan perkarangan sekolah secara sukarela sebelum mereka ditemui tidak sedarkan diri di lokasi berkenaan .

"Pada peringkat ini, siasatan masih belum menemui sebarang bukti yang menunjukkan pembabitan mana-mana pihak lain.

"Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan, dan punca sebenar kematian hanya boleh disahkan selepas pemeriksaan bedah siasat dan analisis forensik selesai," katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Alwi menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-2451500 atau balai polis terdekat untuk membantu siasatan.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga kedua-dua mangsa dan menggesa orang ramai untuk menghormati privasi keluarga mangsa.

"Orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak disahkan yang boleh mengganggu siasatan polis," katanya.

Gambar-gambar pelajar perempuan itu juga tular di media sosial.

Kedua-dua mereka dilihat masih memakai pakaian sukan sekolah mereka semasa kejadian 5 petang itu. Sekolah itu terletak kira-kira dua kilometer dari flat berkenaan.

Flat itu pernah menjadi flat kediaman tertinggi di Malaysia, setinggi 15 tingkat dan antara mercu tanda Ipoh yang paling dikenali, terkenal dengan bumbung berbentuk mangkuk yang tersendiri.

Dibina pada 1963 sebagai projek perumahan awam, ia dikosongkan secara beransur-ansur dari tahun 2012 dan seterusnya, berikutan kebimbangan mengenai integriti struktur bangunan berkenaan.

Zahratulhayat Mat Arif
[email protected]
 
Back
Top
Log in Register