BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kanak-kanak Perempuan Hilang Di Sungai Bengkoka Ditemukan Lemas

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Kanak-kanak Perempuan Hilang Di Sungai Bengkoka Ditemukan Lemas​

d139b3bf584c5dcd61a48682ba8c71da6a978f140b442

Kredit: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pitas

Kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang hilang di Sungai Bengkoka, Pitas petang semalam ditemukan lemas hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pitas Noor Jali Maslah berkata mayat mangsa ditemukan penduduk kampung pada 7.36 pagi, kira-kira satu kilometer dari Pusat Kawalan Bomba (PKB).

Beliau berkata pasukan bomba kemudian membawa keluar mayat kanak-kanak itu menggunakan pengusung sebelum menyerahkannya kepada polis.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.17 petang semalam berhubung kejadian lemas melibatkan lima mangsa di sungai berkenaan.

“Enam anggota BBP Pitas menjalankan operasi menggunakan bot Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi kaedah pencarian di permukaan air dalam radius pencarian sejauh satu kilometer dari PKB,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian itu, seorang kanak-kanak dan remaja perempuan masing-masing berusia empat dan 14 tahun hampir lemas dan telah dihantar ke hospital, manakala dua remaja berusia 14 dan 18 tahun dilaporkan selamat.

Operasi yang turut dibantu empat anggota polis ditamatkan pada 8.25 pagi ini.

 
Back
Top
Log in Register