BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kanak-kanak Autisme Ditemukan Lemas Di Pantai Kuala Kerteh

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,188
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,188
Reaction score
346
Points
141

Kanak-kanak Autisme Ditemukan Lemas Di Pantai Kuala Kerteh​

0f5325367e74a2e558435a7459a464286a733cf3f0a28

Kredit: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

Seorang kanak-kanak lelaki autisme ditemukan lemas selepas dihanyutkan ombak, ketika berada di tepi Pantai Kuala Kerteh dekat sini petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh Pegawai Bomba Tinggi II Mokhtar Dollah berkata mangsa Muhammad Syahmi Farhan Mohd Firdaus, 6, dari Kerteh dekat sini ditemukan lemas oleh orang awam yang turut membantu operasi pencarian mangsa pada 5.43 petang.

Beliau berkata mangsa ditemukan pada jarak 30 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat bermain pasir di gigi air sebelum disedari hilang.

“Sebanyak lapan anggota dan seorang pegawai bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 3.43 petang.

“Anggota bomba menjalankan operasi pencarian menggunakan teknik pencarian di permukaan air pada jarak kira-kira 30 meter dari pantai di sekitar lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mokhtar berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

 
Back
Top
Log in Register