BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kanak-kanak Hilang Di Subang Jaya Ditemukan Lemas

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,766
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,766
Reaction score
289
Points
146

Kanak-kanak Hilang Di Subang Jaya Ditemukan Lemas​

0a081139311dfeb714182017371ade716a7abfeb77fcc

Kredit: JBPM

Kanak-kanak lelaki warga Indonesia berusia tujuh tahun yang terjatuh ke dalam sungai di Persiaran Subang Indah, Subang Jaya, semalam, ditemukan lemas hari ini.

Mayat kanak-kanak itu ditemukan oleh pasukan penyelamat pada 10.59 pagi, kira-kira tiga kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata pengecaman telah dilakukan oleh ibu bapa mangsa tengah hari ini, sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang manakala operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang mula diaktifkan malam semalam, ditamatkan sepenuhnya pada 12.20 tengah hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi SAR hari ini yang diperluas melebihi lapan kilometer menghala ke Sri Muda dan Sungai Kandis,  melibatkan penggunaan tiga bot JBPM dengan kekuatan sembilan anggota, selain aset termasuk sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), dua bot dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Semalam, JBPM menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 8.06 malam dan SAR diaktifkan bagi mencari mangsa di sekitar lokasi kejadian.

Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai kira-kira 6.30 petang ketika bermain bersama rakan-rakannya.

 
Back
Top
Log in Register