BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pesawat mendarat cemas, juruterbang kena serangan jantung

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,146
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,146
Reaction score
346
Points
141

Pesawat mendarat cemas, juruterbang kena serangan jantung​

LEAD-JURUTERBANG.jpeg

GAMBAR menunjukkan pesawat milik syarikat penerbangan Jet2. - Getty Images

LISBON – Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Jet2 terpaksa mendarat cemas di Portugal selepas seorang juruterbang mengalami serangan jantung pada ketinggian 9,144 meter, lapor akhbar The Sun UK.

Kejadian melibatkan penerbangan LS1266 yang dalam perjalanan ke bandar Birmingham, Britain dari Tenerife, Sepanyol baru-baru ini.

Beberapa saksi berkata, pramugari dilihat berlari dalam keadaan panik sebelum bertanya kepada penumpang sama ada mereka mempunyai kepakaran dalam perubatan untuk mengendalikan situasi kecemasan di dalam kokpit.

“Kami sedang tidur sebelum dikejutkan dengan kekecohan. Lampu mula berkelip dan beberapa pramugari kelihatan resah sambil mencari doktor,” kata seorang penumpang.

Rakaman video kejadian menunjukkan perkhidmatan kecemasan bergegas ke landasan Lapangan Terbang Francisco Sa Carneiro selepas pesawat jenis Airbus 321 itu mendarat cemas pada pukul 2.11 pagi (waktu tempatan).

Mereka memberikan rawatan segera kepada juruterbang terbabit sebelum membawanya ke hospital.

“Penerbangan LS1266 dari Tenerife ke Birmingham dilencongkan ke Porto selepas salah seorang juruterbang tidak sihat.

“Kami ingin memohon maaf kepada pelanggan atas kelewatan yang tidak dijangka ini,” kata Jet2. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register