BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pesawat mendarat tengah jalan, kecekapan juruterbang raih pujian

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141
pesawat-mendarat.jpeg

Pesawat jenis Republic RC-3 Seabee ini mendarat cemas di Phoenix, Arizona Ahad lalu. - Jabatan Bomba Phoenix

PHOENIX, ARIZONA – Seorang juruterbang menerima pujian orang ramai apabila melakukan pendaratan cemas di tengah jalan raya yang sibuk di negeri Arizona tanpa menyebabkan sebarang kecederaan, lapor portal berita ABC News.

Pesawat ringan yang membawa tiga penumpang itu mendarat cemas di bandar Phoenix, Ahad lalu.

Juruterbang bernama Mike Tragarz berkata, pesawat itu mengalami masalah enjin sejurus selepas berlepas dari lapangan terbang persendirian berhampiran.

“Kurang 20 minit selepas memulakan penerbangan, situasi menjadi semakin genting. Saya baru sahaja menghantar isyarat kecemasan dan ketika itu pesawat kehilangan kuasa.

“Saya melihat ke bawah dan ternampak 7th Street yang lapang. Saya kemudian berkata, ‘baiklah, di situ tempat kami akan mendarat’,” kata Tragarz.

Pesawat yang terlibat adalah jenis Republic RC-3 Seabee. Ia dibina pada 1940-an dan mampu mendarat di atas air serta landasan.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register