BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tayar pesawat pecah ketika mendarat di India, semua penumpang dan kru selamat

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,485
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,485
Reaction score
1,681
Points
201
14303691674993869-420813.jpg

14303691674993869-420814.jpg

14303691674993869-420815.jpg

14303691674993869-420816.jpg


Tayar pesawat pecah ketika mendarat di India, semua penumpang dan kru selamat

Bernama

NEW DELHI: Sebuah pesawat penumpang domestik yang tayarnya pecah ketika mendarat di sebuah lapangan terbang di Bandar Bilaspur, Negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Jumaat, lapor Xinhua memetik seorang pegawai Pihak Berkuasa Lapangan Terbang India.

Bagaimanapun, kesemua 41 individu, termasuk empat anak kapal dan 37 penumpang, selamat dan dibawa keluar dari pesawat berkenaan, menurut pegawai itu.

Tayar sebelah kiri pesawat milik syarikat penerbangan "Alliance Air" itu pecah sebaik sahaja mendarat di lapangan terbang berkenaan.

Punca tayar pecah masih belum dapat dipastikan, kata pegawai itu lagi.

-- BERNAMA-XINHUA

Artikel Astro Awani
 
Back
Top
Log in Register