BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pesawat MH8110 Mendarat Di Muscat Susulan Isu Teknikal, Semua Jemaah Selamat - TH

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
446a3ef9652afa0786b91f6011b4bd2f69c6521105c83


Pesawat MH8110 yang membawa 278 jemaah haji KT051 mendarat di Lapangan Terbang Muscat, Oman berikutan isu teknikal, menurut kenyataan Lembaga Tabung Haji (TH).

TH memaklumkan pesawat itu mendarat pada 4.11 petang waktu tempatan sebagai langkah berjaga-jaga dan semua jemaah berada dalam keadaan baik serta tidak terjejas.

"Tindakan pendaratan itu adalah langkah keselamatan standard bagi memastikan perjalanan jemaah berjalan lancar dan selamat.

"Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 2.06 petang, Isnin dan dijadualkan tiba di Jeddah pada hari sama," menurut kenyataan TH hari ini.

TH memaklumkan, Malaysia Airlines melalui perkhidmatan AMAL kini sedang menjalankan pemeriksaan lanjut ke atas pesawat sebelum perjalanan diteruskan.

"Sekiranya perlu, jemaah akan ditempatkan sementara di hotel sebelum berlepas semula ke Jeddah,”  menurut kenyataan itu.

TH meminta orang ramai khususnya keluarga jemaah, agar bertenang kerana keadaan terkawal dan keselamatan semua penumpang sentiasa menjadi keutamaan.

 
Back
Top
Log in Register