BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Juruterbang maut, pesawat terhempas semasa mendarat

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,177
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,177
Reaction score
346
Points
141
pesawat-terhempas.jpeg

Keadaan pesawat selepas terhempas ketika mendarat cemas di Lapangan Terbang Waterford semalam. - Jim Campbell

DUBLIN – Seorang juruterbang maut selepas pesawat ringan yang dikendalikannya terhempas ketika cuba melakukan pendaratan cemas di sebuah lapangan terbang di Ireland, lapor akhbar The Sun UK.

Pesawat enjin berkembar itu terhempas sekitar pukul 12.50 tengah hari (waktu tempatan) antara Lapangan Terbang Waterford dan Tramore semalam.

Polis Nasional Ireland atau dikenali sebagai Garda mengesahkan bahawa juruterbang itu mengeluarkan isyarat kecemasan di luar pantai Waterford sebelum pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) lalu melencongkan pesawat ke arah lapangan terbang untuk mendarat cemas.

Data dari laman penjejakan penerbangan menunjukkan pesawat itu berlegar-legar antara Sligo dan Beziers di Perancis dan berpatah balik di luar pantai selatan Ireland sebelum menuju ke Lapangan Terbang Waterford.

Juruterbang itu merupakan satu-satunya penumpang di dalam pesawat. Dia mengalami cedera parah dan dirawat oleh paramedik sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat juruterbang berkenaan dibawa ke Hospital Waterford untuk bedah siasat.

Unit Siasatan Kemalangan Udara tiba di tempat kejadian, manakala Pihak Berkuasa Penerbangan Ireland telah dimaklumkan mengenai nahas itu.

“Siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian sedang dijalankan,” kata jurucakap Garda. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register