kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,694
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,694
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Rakaman insiden pergaduhan itu turut menjadi tular di media sosial. Foto Agensi
BRUSSELS – Sebuah pesawat terpaksa mendarat cemas, gara-gara dua penumpang bergaduh.
Kejadian itu berlaku dalam penerbangan Jet2 ketika dalam perjalanan dari Turkiye ke Britain pada Khamis lalu.
Rakaman pertengkaran mereka yang berlaku sejurus pesawat berlepas dari Antalya turut menjadi tular di media sosial.
Pesawat itu dilencongkan ke Brussels dan dua penumpang terlibat telah dibawa turun oleh pihak berkuasa.
"Kedua-duanya dilarang menaiki penerbangan Jet2 seumur hidup mereka. Penumpang berkenaan juga perlu menanggung kos kerugian kerana laluan penerbangan yang terpaksa dialihkan.
"Sebagai syarikat penerbangan mesra keluarga, kami tidak akan bertolak-ansur dengan tingkah laku dan gangguan dibuat penumpang seperti ini," menurut kenyataan syarikat penerbangan tambang murah tersebut.
Menurut Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat (AS), data Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) menunjukkan peningkatan 400 peratus kes pergaduhan di udara pada 2019 hingga 2025. - Agensi
Pesawat mendarat cemas gara-gara dua penumpang bergaduh
BRUSSELS – Sebuah pesawat terpaksa mendarat cemas, gara-gara dua penumpang bergaduh. Kejadian itu berlaku dalam penerbangan Jet2 ketika dalam perjalanan...