BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perwakilan rendah isyarat kurang yakin terhadap pimpinan DAP, kata penganalisis

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Perwakilan rendah isyarat kurang yakin terhadap pimpinan DAP, kata penganalisis​

ca68f60a-8ece-4912-8aae-6e56f340ddf1-12-PC-DAP-CONVENTION-PICC-MOGANRAJ-FMT-16082026-copy-2.jpg

Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook, berkata kehadiran perwakilan pada kongres khas berlangsung Ahad lalu dianggap tinggi memandangkan peratusan kehadiran semasa pemilihan parti biasanya hanya mencapai sekitar 70%.

Meskipun kehadiran sekitar 50% boleh dianggap tinggi dalam keadaan biasa, Azmi Hassan dari Akademi Nusantara, berkata ia bukannya acara biasa kerana perwakilan hadir untuk mengundi masa depan DAP dan juga landskap politik negara.

“Semua pihak, malah mereka di luar DAP tahu betapa kritikalnya kongres ini. Jadi, apabila separuh (perwakilan) tidak hadir, ia menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dalam parti itu sendiri.

“Saya tidak fikir (keputusan untuk kekal dalam kerajaan) benar-benar mencerminkan apa yang dimahukan akar umbi. Namun, kehadiran yang rendah itu secara jelas mencerminkan kurangnya keyakinan terhadap DAP sebagai sebuah parti dan juga terhadap kepimpinannya,” kata Azmi kepada FMT.

Chin Yee Mun dari Universiti Tunku Abdul Rahman turut bersetuju, sambil berkata ramai perwakilan mungkin sengaja tidak hadir kongres pada 16 Ogos itu, disebabkan ketidaktentuan mengenai masa depan parti.

Katanya, perkara berkenaan menunjukkan perwakilan rasa tidak selesa dengan pendirian parti dalam kerajaan serta tindakan diambilnya sejak memegang kuasa.

Azmi menambah, kongres itu juga sangat penting kerana diadakan susulan kekalahan teruk DAP pada PRN Sabah serta kekalahan pada PRN Johor dan Negeri Sembilan.

“Daripada Sabah ke Johor hingga ke Negeri Sembilan, tiada sebarang peningkatan. Malah, secara statistik DAP dilihat semakin lemah.”

Hanya 2,223 daripada 4,264 perwakilan DAP hadir kongres khas pada Ahad. Daripada jumlah itu, 2,099 mengambil bahagian dalam pengundian, dengan 1,857 mengundi parti kekal dalam kerajaan, manakala 242 mengundi keluar.

Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook, berkata peratusan kehadiran itu dianggap tinggi memandangkan kehadiran semasa pemilihan parti biasanya hanya mencapai sekitar 70%.

Namun, bekas timbalan pengerusi DAP Pulau Pinang, P Ramasamy, berkata kehadiran sekurang-kurangnya 80% adalah dijangkakan, mengambil kira keadaan politik kritikal dihadapi DAP ketika ini.

Lau Zhe Wei dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, pula berpendapat kadar kehadiran 52% tidak boleh dianggap rendah bagi mesyuarat agung mana-mana organisasi.

Beliau berkata, sekiranya benar wujud rasa tidak puas hati meluas terhadap pendirian dan kepimpinan DAP, menjadi lebih munasabah perwakilan hadir ke kongres lalu mengundi keluar kerajaan.

“Tidak kira berapa ramai hadir atau berapa ramai (daripada mereka yang tidak hadir) yang akan memilih untuk kekal dalam kerajaan. Mereka telah diberikan kelayakan untuk mengundi, dan mereka memilih untuk tidak hadir.

“Akhirnya, keputusan tersebut adalah sah. Jika ini adalah satu pilihan raya dan peratusan kehadiran hanya 50%, kita tidak boleh mendakwa calon yang menang itu tidak sah disebabkan keluar mengundi rendah. Perkaranya adalah sama di sini,” kata Lau.
 
Kehadiran rendah sbb dok DAP semeja dengan Wak Zahid cakap je la terus terang kan senang.

Wak zahid tersenyum melihat gelagat dalam ahlil Parti DAP. Belakang wak zahid sakau.. depan wak zahid tersenyum riang Pemimpin teringgi DAP sambil makan bihun goreng bersama-sama.
 
Back
Top
Log in Register