BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DAP sudah pun meneruskan langkah tanpa Ong, kata penganalisis

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

DAP sudah pun meneruskan langkah tanpa Ong, kata penganalisis​

62c8b443-daa0-49af-92e4-430b71bff126-Ong-Kian-Ming-Upscale-010926.jpg

Penganalisis kata tindakan Ong Kian Ming keluar parti tidak akan beri kesan besar ke atas DAP kerana beliau kurang aktif kebelakangan ini.

Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata pemergian Ong bukan suatu kehilangan besar buat DAP, walaupun beliau terkenal, kerana parti itu memiliki pemimpin muda lain yang bersedia untuk tampil ke hadapan.

“Saya rasa DAP sudah pun meneruskan langkah, susulan perselisihan dengan Ong,” katanya kepada FMT.

James Chin dari Universiti Tasmania berkata Ong kurang aktif dalam DAP sejak beberapa tahun kebelakangan ini selepas beliau melepaskan jawatan pemimpin. Selain itu, Ong semakin lantang mengkritik DAP.

“Satu-satunya kesan adalah dari sudut hubungan awam, kerana pemergiannya akan memberi musuh-musuh DAP bahan untuk mengatakan bahawa semua orang berbakat sedang meninggalkan anda,” kata Chin kepada FMT.

Syaza berkata DAP memiliki sekumpulan pemimpin muda seperti Steven Sim, Yeo Bee Yin dan Liew Chin Tong yang bersedia untuk memikul peranan lebih penting.

Sim berusia 44 tahun, Yeo 43 tahun, dan Liew 48 tahun, menjadikan mereka hanya beberapa tahun lebih muda daripada Ong, yang berusia 50 tahun.

Ong, bekas Ahli Parlimen selama dua penggal, mengumumkan beliau meninggalkan DAP pada Isnin selepas kira-kira 14 tahun bersama.

Katanya, beliau tidak bercadang untuk menyertai parti lain atau bertanding PRU akan datang, walaupun sudi membantu bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, berkempen pada PRU16.

Sebelum ini dilihat sebagai salah seorang pakar strategi penting dalam DAP, bekas timbalan menteri perdagangan itu dibawa menyertai DAP oleh Tony Pua, yang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Damansara dari 2018 hingga 2022.

Ong pernah menganggotai jawatankuasa eksekutif pusat DAP tetapi gagal mempertahankan kedudukan pada pemilihan parti 2022. Beliau tidak bertanding dalam pemilihan DAP tahun lalu.

Beliau juga memilih untuk tidak mempertahankan kedudukan dalam kepimpinan DAP Selangor pada 2024, mendakwa pemimpin dari negeri-negeri lain akan berkempen menentangnya.

Syaza berpandangan keputusan Ong meninggalkan DAP sebahagian besarnya kerana hubungan beliau dengan parti itu. Syaza menambah Ong mungkin merasakan perjalanannya dengan DAP sudah sampai ke penghujung.

Bagaimanapun, katanya, sebahagian penyokong usia pertengahan yang menggemari Ong dan Pua mungkin akan kecewa dengan pemergian ini dan menyalahkan DAP.

Beliau berkata, golongan muda atas pagar mungkin kurang terkesan, namun DAP wajar mendengar pandangan ahli yang tidak bersetuju dengan parti itu.

Chin berkata, DAP masih mempunyai ramai individu yang bijak dan berkebolehan walaupun kebanyakan mereka tidak begitu menonjol seperti Ong. Katanya, masalah yang lebih besar ialah DAP selepas tahun 2018 menjadi kurang bersedia untuk bersuara kerana bimbang akan tindak balas daripada orang Melayu.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, pengunduran Ong tidak akan memberi banyak kesan segera ke atas DAP melainkan profesional muda lain turut meninggalkan parti itu bersamanya.

“Jika Ong seorang sahaja ahli politik yang meletak jawatan daripada DAP, maka tidak akan ada kesan besar ke atas DAP,” tambahnya.
 
Back
Top
Log in Register