afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,223
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,223
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Ong keluar parti kehilangan besar buat DAP, kata Ramasamy
Pengerusi Urimai P Ramasamy berkata, Ong Kian Ming tokoh penting dalam DAP, terutamanya dalam persiapan pilihan raya serta analisis trend pengundian.
Ramasamy berkata, Ong merupakan tokoh penting dalam parti komponen Pakatan Harapan itu, terutamanya dalam persiapan pilihan raya serta analisis trend pengundian.
Menurutnya, latar belakang bekas Ahli Parlimen dua penggal itu dalam bidang sains politik itu menjadi aset utama bagi strategi pilihan raya DAP.
Bagaimanapun, katanya, Ong yang berfikiran bebas semakin melihat masa depan parti secara berbeza daripada barisan kepimpinan tertinggi, mendakwa perkara itulah yang menyebabkannya tidak dicalonkan pada PRU15.
“Dalam budaya mengampu yang wujud dalam DAP, jelas bahawa beliau tidak begitu sesuai untuk memainkan peranan sebagai seorang ‘loyalis parti’,” katanya dalam hantaran Facebook.
“Beliau merupakan antara tokoh terawal yang menyedari kemerosotan sokongan masyarakat India terhadap DAP akibat peminggiran dan penyingkiran pemimpin-pemimpin India dalam parti tersebut.
“Pemergian Ong merupakan satu kehilangan besar bagi DAP. Ia berlaku pada ketika parti itu, setelah tunduk kepada tuntutan hegemoni Melayu, kelihatan tidak mempunyai hala tuju yang jelas untuk membentuk pendirian politiknya sendiri yang berasaskan maruah dan harga diri.”
Ramasamy, yang juga bekas timbalan pengerusi DAP Pulau Pinang, menambah bahawa Ong kekal dihormati di luar lingkungan DAP.
Ong mengumumkan pengundurannya daripada DAP hari ini selepas kira-kira 14 tahun bersama parti tersebut.
Katanya, beliau tidak bercadang untuk menyertai parti lain mahupun bertanding pada PRU akan datang, namun akan membantu kempen bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pada PRU16.
Ong pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Serdang dari 2013 hingga 2018 dan Ahli Parlimen Bangi dari 2018 hingga 2022. Beliau juga memegang jawatan timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri dari 2018 hingga 2020.