afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,224
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,224
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Timbalan ketua Bersatu Padang Besar antara 20 pemimpin keluar parti
Timbalan Ketua Bersatu Padang Besar Ramzi Md Udi berkata, beliau bersama pemimpin lain bahagian itu keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan pusat.
Pimpinan Bersatu Padang Besar terbabit terdiri daripada Timbalan Ketua Ramzi Md Udi, Naib Ketua Ramli Aripin, Pemangku Ketua Wanita Fazuwin Razak, Ketua Srikandi Muda Nurul Hafiza Ramli serta dua ahli jawatankuasa Zulkefli Hassan dan Nazri Khamis.
Pada sidang media malam ini, Ramzi yang mewakili kesemua individu itu berkata, setelah membuat penelitian, mereka berpendapat bahawa mereka tidak lagi mempercayai kepimpinan pusat.
“Setelah meneliti dan berbincang secara mendalam bersama dengan rakan-rakan pimpinan termasuk 14 Ketua Cawangan daripada Bahagian Padang Besar, kami telah mencapai kata sepakat untuk meletakkan jawatan dan keluar daripada parti Bersatu dengan serta-merta,” katanya.