BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TTimbalan Ketua Bersatu Bahagian Padang Besar Antara 20 Pemimpin Keluar Parti

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

TTimbalan Ketua Bersatu Bahagian Padang Besar Antara 20 Pemimpin Keluar Parti​

a3d6b92d9e6b3b0ef5192d3971987fbb6aa03294ecec0


Pucuk pimpinan Bersatu Bahagian Padang Besar bersama-sama 14 ketua cawangan daripada 24 cawangan di bahagian itu mengumumkan peletakan jawatan dan keluar daripada parti serta-merta.

Pimpinan Bersatu Bahagian Padang Besar yang bertindak sedemikian terdiri daripada Timbalan Ketuanya Ramzi Md Udi, Naib Ketua Ramli Aripin, Pemangku Ketua Srikandi Fazuwin Razak, Ketua Srikandi Muda Nurul Hafiza Ramli serta dua Ahli Jawatankuasa (AJK) Zulkefli Hassan dan Nazri Khamis.

Ramzi dalam sidang media di sini malam ini, yang mewakili kesemua individu itu, berkata setelah membuat penelitian, mereka berpendapat bahawa mereka tidak lagi mempercayai kepimpinan pada peringkat pusat.

"Setelah meneliti dan berbincang secara mendalam bersama dengan rakan-rakan pimpinan termasuk 14 Ketua Cawangan daripada Bahagian Padang Besar, kami telah mencapai kata sepakat untuk meletakkan jawatan dan keluar daripada parti Bersatu dengan serta-merta,” katanya.

Beliau berkata demi masa depan politik lebih jelas dan kepentingan masyarakat, mereka memilih untuk bergerak ke hadapan dengan menyertai Parti Wawasan Negara di bawah pimpinan Datuk Seri Hamzah Zainudin.

 
Back
Top
Log in Register