afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,221
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,221
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Kehadiran rendah di kongres petanda keadaan tak baik dalam DAP, kata Ramasamy
Bekas pemimpin DAP P Ramasamy menyifatkan hanya 52% atau 2,223 daripada 4,265 perwakilan menghadiri kongres khas semalam untuk mengundi keputusan besar parti ‘terlalu rendah’.
Beliau menyifatkan hanya 52% atau 2,223 daripada 4,265 perwakilan menghadiri kongres khas untuk mengundi keputusan besar parti “terlalu rendah”.
“Daripada hanya melihat jumlah perwakilan yang hadir dan menyokong usul itu, DAP patut meneliti semula kenapa hampir 50% perwakilannya tidak menghadiri kongres khas itu.
“Jika sebahagian besar perwakilan yang tidak hadir itu menghadiri kongres berkenaan, ada kemungkinan usul itu ditolak.
“Ketidakhadiran hampir 50% perwakilan menunjukkan keadaan tidak baik sepenuhnya dalam DAP. Ia juga boleh menjadi petunjuk ada yang tidak setuju dengan usul untuk kekal dalam kerajaan,” katanya dalam kenyataan.
Bekas timbalan pengerusi DAP Pulau Pinang itu berkata, kepimpinan parti perlu mempertimbangkan sama ada keputusan kongres berkenaan mencerminkan sentimen majoriti ahli parti.
Seramai 2,223 perwakilan menghadiri kongres khas DAP semalam, dengan 2,099 daripadanya mengundi untuk menentukan parti itu perlu kekal atau menarik diri daripada kerajaan perpaduan.
Kira-kira 1,857 perwakilan mengundi untuk kekal dalam kerajaan, manakala baki 242 perwakilan mengundi untuk parti itu meninggalkan kerajaan.
Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook dilaporkan berkata, kehadiran rendah pada kongres khas itu sebenarnya dianggap tinggi, mengambil kira kehadiran perwakilan ketika pemilihan parti yang lazimnya sekitar 70%.
Ramasamy mengkritik Loke meremehkan isu kehadiran rendah dengan berkata ia bukan persidangan biasa kerana perwakilan sepatutnya membuat keputusan besar berhubung hala tuju parti.
“Kongres pada 16 Ogos bukanlah kongres biasa. Ia sepatutnya menentukan hala tuju politik parti itu susulan prestasi buruknya dalam PRN Sabah, Johor dan Negeri Sembilan.
“Cara kongres itu digembar-gemburkan beberapa hari sebelum itu menjadikannya saat penentu hidup atau mati bagi DAP. Berdasarkan kedudukan politik yang kritikal, dijangkakan sekurang-kurangnya 80% hingga 90% perwakilan akan hadir.”
