BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Saya patuh keputusan kongres DAP mengenai kedudukan dalam kerajaan, kata Loke

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Saya patuh keputusan kongres DAP mengenai kedudukan dalam kerajaan, kata Loke​

5767dbe8-anthony-loke-siew-fook-ss-yt-200726.jpg

Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata ahli yang tidak puas hati dengan peranan parti itu dalam kerajaan mesti bersedia untuk parti itu kembali menjadi pembangkang.

“Saya mahu mempertahankan kerajaan ini. Saya mahu mempertahankan peranan parti dalam kerajaan. Tetapi saya memerlukan mandat daripada ahli-ahli untuk meneruskan perjalanan ini,” katanya dalam satu temu bual bersama penyampai radio BFM 89.9, Sharaad Kuttan.

Menurutnya, perkara itu akan diputuskan melalui undi sulit kira-kira 3,000 hingga 4,000 perwakilan, dan beliau akan menghormati keputusan tersebut walaupun ia bertentangan dengan pendirian kepimpinan parti.

Loke juga berkata ahli DAP tidak boleh mengharapkan pemimpin parti bertindak seperti ketika berada dalam pembangkang sedangkan mereka kini memegang jawatan dalam kerajaan.

Loke yang juga menteri pengangkutan berkata ahli DAP yang tidak berpuas hati dengan peranan parti dalam kerajaan dan mahu pemimpin terus bersuara lantang seperti sebelum ini perlu bersedia menerima kemungkinan parti kembali menjadi pembangkang.

“Dalam kerajaan, tanggungjawab kita adalah mentadbir, menyampaikan perkhidmatan dan memastikan negara ini terus bergerak ke hadapan. Peranan yang kita mainkan ketika menjadi pembangkang dan ketika berada dalam kerajaan sememangnya berbeza,” katanya.

Keputusan PRN N Sembilan akan pengaruhi perwakilan

Loke berkata keputusan PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini juga akan mempengaruhi hala tuju yang dipilih perwakilan dalam kongres parti nanti.

Beliau turut mempertahankan keputusan untuk membubarkan DUN Negeri Sembilan, dengan berkata kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH) ketika itu tidak mempunyai banyak pilihan kerana hanya menguasai 17 daripada 36 kerusi DUN.

“Jika kita tunggu beberapa bulan lagi, kita akan dikalahkan ketika undian belanjawan,” katanya.

Loke berkata keputusan DAP untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional selepas PRU15 juga dibuat secara bersama oleh semua Ahli Parlimen parti itu, yang bersetuju bahawa langkah tersebut perlu bagi menghalang Perikatan Nasional daripada mengambil alih Putrajaya.
 
Deja vu sungguh. Penerangan Anthony Loke ni, sebiji mcm penerangan Tuan Ibharim. Boleh rujuk artikel berkaotan "Dulu kita berapi2".
 
Dia buat keputusan pastu acah acah obedient
 
Back
Top
Log in Register