BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Persidangan DAP Esok Penentu Kedudukan Dalam Kerajaan Persekutuan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Persidangan DAP Esok Penentu Kedudukan Dalam Kerajaan Persekutuan​

951b6a411f6366c4d8fb079bd8946fd26a7feb1fe8609


Masa depan kedudukan DAP dalam Kerajaan Persekutuan bakal menjadi tumpuan esok apabila Persidangan Kebangsaan DAP 2026 yang dianggap sebagai titik penentu, membuka tirainya.

Persidangan yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu akan menyaksikan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke membentangkan usul bagi menentukan sama ada parti berkenaan akan terus kekal atau menarik diri daripada blok pentadbiran sehingga tamat penggal Parlimen ke-16.

Sebanyak 4,264 perwakilan daripada 1,704 cawangan yang layak bakal menggalas tanggungjawab besar untuk memuktamadkan "talian hayat" kerjasama politik itu melalui proses pengundian selepas sesi perbahasan tamat.

Bagi menjamin ketelusan dan mencerminkan kematangan demokrasi parti, DAP kali ini meninggalkan kaedah undian suara atau angkat tangan yang menjadi kelaziman, dan digantikan dengan keputusan melalui kertas undi rahsia yang ditentukan oleh setiap perwakilan.

Proses pengundian yang dijangka mengambil masa kira-kira dua jam itu bukan sekadar menentukan kelangsungan parti dalam kerajaan, malah turut menjadi indikator kesiapsiagaan DAP dalam mengatur langkah menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menjelang persidangan itu, kepimpinan DAP pada peringkat negeri menyuarakan pendirian berbeza, dengan Pengerusi DAP Johor Teo Nie Ching dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow masing-masing mengambil pendekatan terbuka tanpa menetapkan sebarang pendirian rasmi.

Semalam, kedua-dua pemimpin itu memberikan kebebasan sepenuhnya kepada perwakilan negeri masing-masing untuk membuat keputusan berdasarkan pertimbangan sendiri pada persidangan esok.

Berbeza pula dengan DAP Perak yang pada Rabu lepas sebulat suara memutuskan untuk terus kekal bersama-sama Kerajaan Perpaduan demi menunaikan mandat rakyat serta meneruskan agenda reformasi negara.

Selain menentukan kedudukan dalam kerajaan, persidangan tahun ini turut diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-60 penubuhan DAP.

 
DAP keluar kerajaan & go solo je lah. Dah makin ramai org melayu barua dlm DAP bole jadi calon bertanding kat kawasan majoriti melayu. Membazir je letakkan calon PKR & Amanah padahal pengundi adalah pengundi DAP. Buktikan DAP ialah parti semua kaum bukannya parti dominasi cina.
 
Back
Top
Log in Register