BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rasa tak puas hati punca kehadiran rendah di kongres DAP

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Rasa tak puas hati punca kehadiran rendah di kongres DAP​

959b5795-31fe-4bee-b161-0e69a064de53-Perwakilan-DAP-delegates-congress-FMT-160826-1.jpg

Sebahagian mereka yang tidak hadir ke kongres khas DAP itu berasa tidak puas hati dengan kepimpinan parti kerana gagal menunaikan janji yang dibuat.

Majoriti perwakilan yang hadir akhirnya mengundi untuk kekal dalam kerajaan, namun bagi mereka yang tidak hadir, keputusan itu dianggap ‘sia-sia’ dan ‘membuang masa’.

Seperti yang dinyatakan Pengerusi Cawangan DAP Taman Paya Terubong JP Tan pengundian itu ‘tidak perlu’.

Menurut seorang perwakilan dari Perak, rasa tidak puas hati itu mempunyai asas.

Katanya, beliau memilih untuk tidak ke Putrajaya bagi pengundian itu kerana sudah kecewa dengan parti sejak DAP menjadi sebahagian daripada kerajaan perpaduan.

“Saya tidak mahu mengambil masa untuk pergi, mengundi dan kemudian pulang,” kata perwakilan yang telah bersama parti itu selama lebih 30 tahun kepada FMT.

Daripada 4,264 perwakilan DAP yang layak menghadiri kongres itu, hanya 2,223 atau 52.1% hadir untuk mengundi. Baki 2,041 perwakilan atau 47.9% memilih untuk tidak hadir.

Daripada mereka yang hadir pada acara Ahad itu, seramai 1,857 perwakilan atau 88.2% mengundi supaya parti kekal dalam kerajaan, manakala 242 memilih untuk keluar. Baki 124 perwakilan tidak mengundi.

Perwakilan Perak itu berkata, DAP menunjukkan prestasi baik ketika berada dalam pembangkang. “Tetapi rakyat di kawasan saya kini bergelut dengan peningkatan kos sara hidup dan cabaran menjalankan perniagaan,” katanya kepada FMT.

Sebagai rekod, jumlah kehadiran rendah pada kongres DAP bukan sesuatu yang luar biasa. Pada kongres kebangsaan 2022, ketika pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat diadakan, hanya 2,179 daripada keseluruhan 4,149 perwakilan hadir. Ini menjadikan kadar kehadiran sebanyak 52.5%.

Pada kongres berikutnya pada 2025, seramai 3,320 daripada 4,203 perwakilan yang layak hadir, menjadikan kadar kehadiran sebanyak 79%.

Seorang perwakilan Perak yang hadir pada kongres Ahad lalu tetapi mengundi supaya parti meninggalkan kerajaan, mengadu bahawa banyak janji pilihan raya DAP masih belum ditunaikan.

Beliau berkata, anggota akar umbi semakin sukar menjawab pertanyaan penyokong yang mahu tahu apa yang telah dicapai parti sejak menyertai kerajaan perpaduan.

Tan berkata, DAP telah menunggu selama 60 tahun untuk mendapat tempat dalam kerajaan. Kini setelah berada dalam kerajaan, parti itu sepatutnya menggunakan baki tempohnya untuk menunaikan apa yang telah dijanjikan kepada pengundi, katanya.

Beliau mendakwa kepimpinan parti telah mendorong perwakilan supaya mengundi berdasarkan ‘keputusan politik yang telah ditentukan’ untuk kekal dalam kerajaan.

Beliau menyokong dakwaannya dengan fakta bahawa kesemua 14 wakil negeri yang berucap sebelum pengundian menyokong supaya parti kekal dalam kerajaan.

“Wakil-wakil negeri yang membentangkan usul itu tidak mencerminkan konsensus perwakilan lain,” katanya sambil mempersoalkan kewajaran mengadakan pengundian jika kepimpinan sudah jelas menentukan hala tuju yang dikehendaki parti.

Perwakilan Bukit Tambun, Teoh Seang Hooi, yang telah menjadi perwakilan kebangsaan selama 20 tahun, berkata beliau mengundi supaya DAP kekal dalam kerajaan agar parti itu dapat memperjuangkan dengan lebih tegas isu yang penting kepada penyokongnya.

Salah satu isu itu, katanya, ialah kemasukan ke universiti. Beliau mahu pengambilan dibuat berdasarkan prestasi dan bukannya kriteria lain.

Namun, tidak semua yang tidak hadir berbuat demikian kerana tidak berpuas hati.

Seorang veteran parti berusia 85 tahun dari Pulau Pinang, yang terlibat dengan DAP sejak 1969 dan menjadi ahli pada 1981, berkata beliau tidak menghadiri kongres kerana kurang sihat.

Veteran itu berkata beliau tidak berpuas hati dengan parti dan merasakan pemimpinnya semakin jauh dengan ahli biasa.

“Sebelum 2008, kita bersatu. Selepas menjadi kerajaan (negeri), kita mula bergaduh sesama sendiri,” katanya, namun menambah DAP sepatutnya kekal dalam kerajaan kerana parti boleh melakukan lebih banyak perkara dari dalam berbanding dari luar.

Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook menolak dakwaan bahawa kehadiran rendah pada kongres yang diadakan susulan beberapa kekalahan pilihan raya baru-baru ini, merupakan satu bentuk protes.

Beliau berkata ramai perwakilan tidak dapat mengambil cuti bekerja.

Perwakilan Perak yang tidak menghadiri kongres itu berkata sudah tiba masanya pemimpin berusaha bersungguh-sungguh untuk meyakinkan pengundi bahawa DAP sedang melakukan yang terbaik walaupun berdepan pelbagai cabaran.

Beliau berkata kepimpinan parti perlu meyakinkan pengundi Cina yang sudah hilang minat terhadap politik supaya mengambil inisiatif untuk keluar mengundi semula.

Seorang perwakilan mungkin merumuskan keadaan itu dengan baik. Beliau berkata kepada FMT bahawa tidak banyak yang boleh diharapkan sekarang kerana tempoh pentadbiran kerajaan semasa sudah hampir berakhir.

“Ia memerlukan satu keajaiban untuk menyelesaikan segala-galanya,” katanya secara berseloroh.
 
Back
Top
Log in Register