BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perlu Pendekatan Menyeluruh Masyarakat Lebih Kukuh Cegah Penyalahgunaan Dadah Dalam kalangan Kanak-kanak - Lee Lam Thye

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Perlu Pendekatan Menyeluruh Masyarakat Lebih Kukuh Cegah Penyalahgunaan Dadah Dalam kalangan Kanak-kanak - Lee Lam Thye​

b9ffcd32b876bf78b61b9738e6655f64664da233d1423

Tan Sri Lee Lam Thye
--fotoBERNAMA


Malaysia memerlukan pendekatan menyeluruh masyarakat yang lebih kukuh bagi mencegah penyalahgunaan dadah dalam kalangan kanak-kanak, susulan laporan peningkatan penglibatan golongan berusia 10 hingga 14 tahun.

Aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye berkata tanggungjawab menangani isu itu perlu dikongsi bersama keluarga, sekolah, komuniti, agensi penguatkuasaan dan kerajaan, bukannya diletakkan sepenuhnya pada bahu ibu bapa.

Beliau berkata pelbagai faktor mendorong penyalahgunaan dadah dalam kalangan kanak-kanak, termasuk masalah keluarga, pengaruh rakan sebaya, pendedahan kepada persekitaran tidak sihat, perasaan ingin tahu, tekanan emosi serta pengaruh individu atau kumpulan yang lebih berusia.

“Oleh itu, pendekatan masyarakat perlu merangkumi penglibatan ibu bapa, program pencegahan berasaskan sekolah, kaunseling dan sokongan kesihatan mental, inisiatif positif yang diterajui rakan sebaya, pemantauan komuniti serta penguatkuasaan lebih tegas … ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Lee menyifatkan peningkatan berkenaan amat membimbangkan, sekali gus menimbulkan persoalan bagaimana kanak-kanak pada usia semuda itu boleh mendapatkan akses kepada dadah.

Lee berkata ibu bapa memainkan peranan penting dalam memantau pergaulan, aktiviti serta perubahan tingkah laku atau emosi anak-anak, namun tidak boleh meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada ibu bapa kerana sesetengah keluarga juga memerlukan bantuan.

Beliau berkata pengaruh rakan sebaya juga merupakan faktor utama kerana kanak-kanak pada usia berkenaan mudah dipengaruhi dan dipaksa oleh rakan atau golongan dewasa untuk mencuba dadah.

Pada masa yang sama, sekolah perlu memperkukuh usaha mengenal pasti dan mencegah masalah itu pada peringkat awal, dengan guru dan kaunselor dilengkapi pengetahuan untuk mengenal pasti tanda-tanda amaran awal.

Pendidikan mengenai dadah perlu mengajar kanak-kanak menolak pengaruh rakan sebaya, membuat keputusan yang tepat dan mendapatkan bantuan ketika menghadapi masalah, bukan sekadar memberitahu mereka bahawa dadah berbahaya.

 
Back
Top
Log in Register