BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JPJ Guna Pendekatan Animasi Sebar Mesej Keselamatan Kepada Kanak-kanak

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

JPJ Guna Pendekatan Animasi Sebar Mesej Keselamatan Kepada Kanak-kanak​

54d34e6f6d82f9d0caf84e33b35b93c16a7d4e284e57e

Menteri Pengangkutan Anthony Loke ketika sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan dan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan di Kementerian Pengangkutan hari ini.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalin kerjasama dengan studio animasi tempatan, Monsta Studios bagi menghasilkan siri produksi animasi yang bertujuan menyampaikan mesej keselamatan jalan raya secara lebih kreatif dan berkesan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata inisiatif itu merupakan usaha dalam memastikan mesej keselamatan dapat disasarkan khususnya kepada golongan kanak-kanak.

"Sasaran utama kita ialah golongan kanak-kanak supaya dapat menyemai kesedaran berkenaan keselamatan kepada mereka dari bangku sekolah lagi, supaya apabila mereka menjadi dewasa, kesedaran mereka terhadap keselamatan dapat ditingkatkan.

"Apabila kita memberikan kesedaran keselamatan (jalan raya) kepada kanak-kanak, secara tidak langsung dapat mengubah sikap ibu bapa mereka kerana kalau anak-anak sendiri memberikan nasihat atau teguran, ini diharapkan dapat mengubah sikap supaya ibu bapa yang membawa kenderaan, membawa anak-anak agar menjadi lebih berhati-hati," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan (MOT) yang turut disekalikan dengan sambutan Hari Kebangsaan peringkat kementerian di sini hari ini.

Loke berkata generasi muda hari ini lebih dekat dengan kandungan digital, animasi, media sosial dan  penceritaan kreatif, justeru mesej keselamatan jalan raya juga perlu disampaikan melalui medium seumpama itu secara lebih kreatif, mudah difahami dan diingati.

Sementara itu, Loke berkata MOT melalui JPJ kini melaksanakan integrasi sistem pemeriksaan kesihatan pemandu secara dalam talian bagi memastikan ketelusan laporan perubatan.

Beliau berkata melalui sistem baharu itu, dapatan pemeriksaan kesihatan akan disemak secara terus ke dalam sistem yang diinterasikan dengan MySikap sebelum lesen pemandu diperbaharui.

"Kita bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) untuk mengenal pasti panel klinik kesihatan untuk menggunakan satu sistem dalam talian.

 
Back
Top
Log in Register