BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penyalahgunaan Dadah Sintatik Perlu Diisytihar Sebagai Keutamaan Negara - Lee Lam Thye

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Penyalahgunaan Dadah Sintatik Perlu Diisytihar Sebagai Keutamaan Negara - Lee Lam Thye​

58736106adfff51bb318bb2b46f115fe6a19698349d2e

Tan Sri Lee Lam Thye

Pengerusi Perikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye menggesa agar penyalahgunaan dadah, khususnya dadah sintetik diisytihar sebagai keutamaan negara kerana Malaysia berisiko kehilangan satu lagi generasi sekiranya tiada tindakan lebih tegas diambil.

Beliau berkata masalah penyalahgunaan dadah yang berlarutan dan semakin membimbangkan, meskipun pelbagai usaha penguatkuasaan, program pemulihan serta kempen kesedaran awam telah dilaksanakan sejak bedekad, merupakan isu yang amat serius dan memerlukan perhatian di peringkat nasional.

“Peningkatan penggunaan dadah sintetik, yang lazimnya lebih murah, lebih berbahaya dan lebih mudah dihasilkan berbanding dadah tradisional telah mengubah landskap penyalahgunaan dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lee berkata kandungan dalam dadah tersebut boleh menyebabkan gangguan psikologi serius, tingkah laku ganas, halusinasi serta kerosakan otak kekal, selain komposisi kimianya juga boleh diubah suai bagi mengelakkan tindakan di bawah undang-undang sedia ada, sekali gus menyukarkan pihak berkuasa mengesan dan mengawal penyebarannya.

Menyifatkan kehadiran individu berkeliaran di jalanan dalam keadaan keliru, tidak tentu arah atau bertindak agresif akibat penyalahgunaan dadah sebagai amat membimbangkan, beliau berkata setiap individu yang kelihatan seperti "zombi" di jalanan menjadi peringatan bahawa ada golongan yang tercicir daripada sistem pencegahan, rawatan dan penguatkuasaan negara.

Lee menegaskan penyalahgunaan dadah bukan lagi sekadar isu penguatkuasaan undang-undang, sebaliknya cabaran terhadap kesihatan awam, pendidikan dan keselamatan negara yang memerlukan pendekatan menyeluruh melibatkan seluruh jentera kerajaan serta seluruh lapisan masyarakat.

Bagi memperkukuh respons negara, beliau mencadangkan beberapa langkah antaranya mengisytiharkan penyalahgunaan dadah sintetik sebagai keutamaan negara dengan penyelarasan yang lebih kukuh antara kementerian dan agensi berkaitan, mempergiat penguatkuasaan berasaskan risikan terhadap sindiket pengedaran dadah, memperketat kawalan di sempadan negara serta membanteras penjualan dadah melalui platform dalam talian.

Beliau turut mencadangkan agar program pencegahan di sekolah, kolej dan universiti diperkasa menerusi pendidikan berterusan, perkhidmatan kesihatan mental untuk golongan muda diperluas, memperkasa ibu bapa dan keluarga untuk mengenal pasti tanda-tanda awal penyalahgunaan dadah, program pemulihan dan penjagaan susulan berasaskan komuniti dipertingkatkan, teknologi dimanfaatkan bagi memantau trend kemunculan dadah baharu, serta melibatkan golongan belia sebagai rakan strategik dalam usaha pencegahan.

Lee berkata penyalahgunaan dadah bukan sahaja memusnahkan kehidupan individu, malah melemahkan institusi keluarga, menjejaskan kesejahteraan masyarakat serta mengancam produktiviti dan masa depan tenaga kerja negara.

 
Back
Top
Log in Register