BTC USD 81,450.5 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perhimpunan ICERD 8 Dec 2018

Ratifikasi ICERD

  • Total voters
    0
  • Poll closed .
Memang indah dibuai mimpi 'ketuanan'...​

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman | Diterbitkan 28 Okt 2018, 10:32 malam

4fe85c3833b5f6bee994a77b34bfcf99.jpeg

ULASAN | Apa yang bakal saya karangkan ini mungkin susah ditelan dan kemungkinan bakal menjemput kritikan dan cemuhan segelintir masyarakat, khususnya bangsa saya sendiri, bangsa Melayu.

Namun, sebagai seorang anak muda yang tidak ingin melihat masa depan anak bangsa dibuai mimpi palsu, saya bertanggungjawab untuk berkongsi rasa sebelum maruah nasib bangsa saya terhakis perlahan-lahan.

Di manakah "ketuanan" pada hari ini? Adakah Melayu betul-betul tuan di tanah air tercinta ini, atau adakah kita hanya sekadar tuan pada tanda nama, tetapi hakikatnya, semakin terpinggir dan diperhambakan tanpa sedar?

Mana perginya "ketuanan" apabila tujuh daripada sepuluh orang penagih dadah di Malaysia merupakan anak muda Melayu?

Mana perginya "ketuanan" apabila kontraktor-kontraktor Melayu sanggup berkiblatkan modal ali baba untuk makan untung atas angin?

Mana perginya "ketuanan" apabila individu Melayu hanya memiliki kurang daripada empat peratus kekayaan di pasaran saham negara?

Mana perginya "ketuanan" jika 9.8 juta orang Melayu mempunyai pelaburan ASB kurang daripada RM5 ribu, sedangkan 500 ribu orang Melayu lain mengumpul 63 peratus jumlah pelaburan ASB.

Mana perginya "ketuanan" apabila ramai anak muda Melayu memilih untuk merempit sampai ke lewat malam, sambil rakan-rakan bangsa lain gigih mengejar ilmu untuk melakar masa depan yang lebih cerah?

Tidak dinafikan, ada anak Melayu yang cemerlang namun masih ramai yang terkandas.

Mana perginya "ketuanan" apabila pemimpin Melayu yang dahulu disegani dan dihormati, kini dilihat terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Lihat sahaja pada hari ini. Sejarah bakal berulang kerana kita suka mengambil jalan mudah dan pintas dan tidak berani keluar dari zon selesa.

Dari pekerja di kilang sampailah ke cef di restoran mewah, pekerja asing juga yang dicari, sambil bangsa kita masih menunggu dan mengharapkan tawaran kerja yang selesa berhawa dingin yang belum kunjung tiba.

Memang indah untuk kita dibuai mimpi "ketuanan", tetapi realitinya ternyata berbeza. Memang popular apabila kita laungkan "Hidup Melayu", tetapi laungan itu kosong apabila kembali berpijak di bumi yang nyata.

Sambil kita menjulang keris dengan bangganya, perlahan-lahan kita sedang menghunusnya ke hati kita sendiri tanpa kita sedari.

Saya tidak akan berhenti berjuang demi nasib anak bangsa tercinta. Saya dibesarkan dalam keluarga MARA dan dididik oleh ibu ayah yang tidak kenal erti penat lelah walaupun dihimpit kesusahan.

Saya nak pastikan generasi masa hadapan dapat menikmati pembangunan negara secara adil dan saksama. Bukan setakat retorik bahasa atau omong kosong tidak bermakna. Saya nak pastikan kualiti hidup mereka jauh lebih baik daripada kita pada hari ini.

Apabila saya sebut "Ketuanan Melayu" di dalam ucapan saya, sama sekali ianya tidak bermaksud menyentuh hak termaktub dalam perlembagaaan Malaysia tentang orang Melayu, Raja-raja Melayu ataupun agama Islam.

Sesiapa yang mendengar dan membaca ucapan tersebut dengan jelas akan tahu ia berkenaan ekonomi dan hala tuju masa depan orang Melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

Nasib kita di tangan kita sendiri.

Tak perlu untuk ungkit "ketuanan" melalui slogan dan syarahan. Kita "tuan" kalau berani berubah, berani menghadapi risiko, menjalankan kerja dengan amanah dan sentiasa menguasai semua ilmu sampai tidak perlu bergantung kepada sesiapa pun lagi.

Saya ingin menutup karangan ini dengan memetik kata kata Tun Dr Mahathir Mohamad: "Ketika itu tanpa memanggil diri kita 'tuan', dunia akan iktiraf kita sebagai tuan yang sebenar"

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN adalah ketua pemuda BERSATU dan menteri belia dan sukan.

https://www.malaysiakini.com/news/449370
 
Ketuanan Melayu​

Monday, December 6, 2010

1. Apakah maksud Ketuanan Melayu? Perkataan tuan lazimnya diberikan kepada orang yang berada pada kedudukan yang tinggi. Justeru, ada yang mentakrif Ketuanan Melayu sebagai Ketuanan Raja-Raja Melayu. Takrifan ini mudah difahami kerana dalam sistem kerajaan Melayu tradisional, Raja berada pada kedudukan yang paling tinggi. Hari ini, Yang di-Pertuan Agong, yang dipilih setiap lima tahun sekali di kalangan sembilan Raja-Raja Melayu, adalah Ketua Negara, iaitu kedudukan tertinggi dalam negara.

2. Walaupun digelar Tuanku atau Yang di-Pertuan, agak kurang tepat untuk menggunakan istilah “ketuanan” kepada Raja. Istilah yang lebih tepat ialah “kedaulatan” atau dalam bahasa Inggeris “sovereignty”. Kamus istilah politik Oxford mentakrifkan “sovereignty” sebagai “the ultimate political authority, subject to no higher power, as regards the making and enforcing of political decisions”. Atau dalam Bahasa Melayu bermaksud “kuasa politik tertinggi, yang tidak tertakluk kepada kuasa yang lebih tinggi, dalam pembuatan dan pelaksanaan keputusan politik”.

3. Maka tepatlah istilah kedaulatan itu digunakan untuk Raja. Dalam sistem pemerintahan kerajaan Melayu tradisional, Raja adalah tonggak kekuasaan di mana kedaulatannya tidak diatasi oleh apa atau sesiapapun. Dalam sistem pemerintahan moden hari ini, Raja adalah Raja Berperlembagaan, di mana kuasa Raja adalah tertakluk kepada Perlembagaan. Konsep kedaulatan juga telah mengalami evolusi, di mana dalam sistem antarabangsa, ianya dirujuk kepada negara. Negara berdaulat (sovereign state) adalah negara yang merdeka, berpemerintahan sendiri (self-government) dan tidak tertakluk kepada kuasa asing.

4. Bolehkah Ketuanan Melayu disamakan dengan Kedaulatan Raja? Tentu sekali tidak. Dalam perbendaharaan sejarah, orang Melayu disebut sebagai “the subject of Malay Rulers”. Subject bermaksud “hamba” atau “rakyat”, bukan tuan.

5. Jadi, apakah maksud Ketuanan Melayu? Ada yang mentakrif Ketuanan Melayu satu i’tiqad atau kepercayaan tentang keunggulan atau keagungan bangsa Melayu yang bercanggah dengan Islam. Orang Melayu itu seperti bangsa Jerman di zaman Hitler yang menganggap bangsa Jermanlah bangsa paling agung dan bangsa-bangsa lain itu hina-dina semuanya.

6. Anggapan seperti ini hanyalah khayalan semata-mata. Orang Melayu rata-ratanya tinggi budi pekerti dan sentiasa merendah diri. Jika orang Melayu mempunyai sifat superiority atau supremacy seperti bangsa Jerman, barangkali sudah berlaku holocaust di Malaysia . Tetapi hal itu tidak terjadi.

7. Malah, penghormatan yang diberikan oleh orang Melayu kepada kaum-kaum lain amat tinggi. Orang Melayu amat senang memanggil Ah Chong dengan panggilan tauke, Samy dipanggil macha, malah pekerja Bangladesh pun dipanggil boss. Jika Ah Chong atau Samy adalah pegawai kerajaan, kedua-duanya dipanggil tuan.

8. Ketuanan Melayu tidak ada hubungan dengan semua ini. Ia bukan bermaksud Kedaulatan Melayu kerana yang berdaulat bukan Melayu, tetapi Raja Melayu. Ia juga bukan bermaksud hubungan tuan dan hamba, di mana orang Melayu adalah tuan dan orang bukan Melayu adalah hamba. Secara realitinya tidak pernah berlaku begitu. Ia juga bukan bermaksud ketaksuban kepada faham keagungan atau keunggulan bangsa. Fahaman ini langsung tidak disokong oleh fakta psikologikal atau empirikal.

9. Jadi apa maknanya Ketuanan Melayu? ketuanan Melayu itu bermaksud keterasan bangsa Melayu. Budaya Melayu, sistem kerajaan Melayu, agama orang Melayu iaitu Islam, bahasa Melayu, adat Melayu adalah sifat-sifat penentu (definitive characters) Tanah Melayu yang berterusan sehingga ke hari ini.

10. Sistem Kerajaan Melayu sudah wujud di Tanah Melayu lama sebelum kedatangan penjajah Inggeris. Di bawah sistem ini, agama Islam, bahasa Melayu, budaya Melayu dan adat istiadat Melayu mempunyai tempat yang amat tinggi.

Penjajahan Inggeris merubah sedikit sebanyak sifat-sifat definitif ini. Sistem birokrasi moden yang dibawa oleh penjajah Inggeris mula menghakis kuasa Raja. Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Raja tidak lagi mempunyai kuasa pemutus kecuali dalam hal-hal berkaitan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Malah, dalam hal ehwal agama Islam pun seringkali berlaku kekaburan antara kuasa Raja dan kuasa Residen Inggeris.

Pun begitu, apabila Tanah Melayu merdeka, sifat-sifat definitif ini dikekalkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Kedaulatan Raja-Raja Melayu, Islam sebagai Agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan hak-hak keistimewaan Melayu adalah teras Perlembagaan kita.

Di samping itu, oleh kerana kaum-kaum lain juga sudah menjadi rakyat negara ini, mereka juga mendapat naungan Raja-Raja Melayu. Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mempertanggungjawabkan Yang di-Pertuan Agong untuk mempertahankan hak-hak yang sah bagi semua kaum, di samping memelihara hak-hak keistimewaan Melayu. Sebagai timbal-balas, orang bukan Melayu juga mesti taat kepada Raja Melayu, seperti yang termaktub dalam Rukunegara.

Datuk Dr Marzuki Mohamad Dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada tahun 1974. Mendapat pendidikan rendah dan menengah di Kelantan. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1998), Sarjana Sastera dalam bidang sains politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2001) dan Doktor Falsafah dalam bidang sains politik dari Australian National University (2008). Minat mengkaji tentang politik pilihanraya, politik hubungan kaum, politik Asia Tenggara, Islam dan undang-undang. Kini (as at 2010) berkhidmat sebagai Professor Madya di Jabatan Sains Politik, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
 
Memang indah dibuai mimpi 'ketuanan'...​

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman | Diterbitkan 28 Okt 2018, 10:32 malam

4fe85c3833b5f6bee994a77b34bfcf99.jpeg

ULASAN | Apa yang bakal saya karangkan ini mungkin susah ditelan dan kemungkinan bakal menjemput kritikan dan cemuhan segelintir masyarakat, khususnya bangsa saya sendiri, bangsa Melayu.

Namun, sebagai seorang anak muda yang tidak ingin melihat masa depan anak bangsa dibuai mimpi palsu, saya bertanggungjawab untuk berkongsi rasa sebelum maruah nasib bangsa saya terhakis perlahan-lahan.

Di manakah "ketuanan" pada hari ini? Adakah Melayu betul-betul tuan di tanah air tercinta ini, atau adakah kita hanya sekadar tuan pada tanda nama, tetapi hakikatnya, semakin terpinggir dan diperhambakan tanpa sedar?

Mana perginya "ketuanan" apabila tujuh daripada sepuluh orang penagih dadah di Malaysia merupakan anak muda Melayu?

Mana perginya "ketuanan" apabila kontraktor-kontraktor Melayu sanggup berkiblatkan modal ali baba untuk makan untung atas angin?

Mana perginya "ketuanan" apabila individu Melayu hanya memiliki kurang daripada empat peratus kekayaan di pasaran saham negara?

Mana perginya "ketuanan" jika 9.8 juta orang Melayu mempunyai pelaburan ASB kurang daripada RM5 ribu, sedangkan 500 ribu orang Melayu lain mengumpul 63 peratus jumlah pelaburan ASB.

Mana perginya "ketuanan" apabila ramai anak muda Melayu memilih untuk merempit sampai ke lewat malam, sambil rakan-rakan bangsa lain gigih mengejar ilmu untuk melakar masa depan yang lebih cerah?

Tidak dinafikan, ada anak Melayu yang cemerlang namun masih ramai yang terkandas.

Mana perginya "ketuanan" apabila pemimpin Melayu yang dahulu disegani dan dihormati, kini dilihat terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Lihat sahaja pada hari ini. Sejarah bakal berulang kerana kita suka mengambil jalan mudah dan pintas dan tidak berani keluar dari zon selesa.

Dari pekerja di kilang sampailah ke cef di restoran mewah, pekerja asing juga yang dicari, sambil bangsa kita masih menunggu dan mengharapkan tawaran kerja yang selesa berhawa dingin yang belum kunjung tiba.

Memang indah untuk kita dibuai mimpi "ketuanan", tetapi realitinya ternyata berbeza. Memang popular apabila kita laungkan "Hidup Melayu", tetapi laungan itu kosong apabila kembali berpijak di bumi yang nyata.

Sambil kita menjulang keris dengan bangganya, perlahan-lahan kita sedang menghunusnya ke hati kita sendiri tanpa kita sedari.

Saya tidak akan berhenti berjuang demi nasib anak bangsa tercinta. Saya dibesarkan dalam keluarga MARA dan dididik oleh ibu ayah yang tidak kenal erti penat lelah walaupun dihimpit kesusahan.

Saya nak pastikan generasi masa hadapan dapat menikmati pembangunan negara secara adil dan saksama. Bukan setakat retorik bahasa atau omong kosong tidak bermakna. Saya nak pastikan kualiti hidup mereka jauh lebih baik daripada kita pada hari ini.

Apabila saya sebut "Ketuanan Melayu" di dalam ucapan saya, sama sekali ianya tidak bermaksud menyentuh hak termaktub dalam perlembagaaan Malaysia tentang orang Melayu, Raja-raja Melayu ataupun agama Islam.

Sesiapa yang mendengar dan membaca ucapan tersebut dengan jelas akan tahu ia berkenaan ekonomi dan hala tuju masa depan orang Melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

Nasib kita di tangan kita sendiri.

Tak perlu untuk ungkit "ketuanan" melalui slogan dan syarahan. Kita "tuan" kalau berani berubah, berani menghadapi risiko, menjalankan kerja dengan amanah dan sentiasa menguasai semua ilmu sampai tidak perlu bergantung kepada sesiapa pun lagi.

Saya ingin menutup karangan ini dengan memetik kata kata Tun Dr Mahathir Mohamad: "Ketika itu tanpa memanggil diri kita 'tuan', dunia akan iktiraf kita sebagai tuan yang sebenar"

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN adalah ketua pemuda BERSATU dan menteri belia dan sukan.

https://www.malaysiakini.com/news/449370

kira buat hujah camtu kira bolehla nak hapuskan ketuanan melayu?? nak hapuskan ketuanan melayu ada dalam menefesto ke ??? yang bagi keuntungan kat kaum lain cepat je nak buat...memang khadam Dap la menteri PH ni...
 
well said bro saddiq.
 
tn stonecold, statement yg ni adalah statement terbaru SS. statement SS yg ni kiranya dia nak terangkan balik maksud ketuanan Melayu..

kan terdahulu, SS dah cetuskan satu polemik apabila keluarkan satu kenyataan tentang zaman ketuanan Melayu telah berakhir dan Malaysia sedang bergerak ke arah fasa baharu yang memperjuangkan kesaksamaan dan ni mendapat reaksi yang berbeza dari pelbagai pihak..

jadi TS Muhyiddin Yassin secara lebih kurang, sound SS pasal statement tu. katanya SS kena la hati hati keluarkan kenyataan..

lalu keluarlah statement SS ni yg terbaru..
 
masih menunggu pandangan mek berkenaan persoalan tadi
 
tn mynameis, maaf sangat sangat, tak dapat nak furnish sekarang, tadi ada urusan timbul. dan sekarang saya tgh karang legal opinion tu :">

Saya mohon tempoh masa sampai esok utk kemukakan legal opinion tu pada tuan, insya Allah :)
 
Setelah di momokkan bahawa ratifikasi icerd ni akan(seakan pasti mengikut mereka) bakal menggugat hak keistimewaan melayu, sy telahpun menyokong petition untuk menolak keonvesyen nih. Menakutkan juga.. Tapi.. Secara peribadi sy tidak mempercayai apa2 dasar PBB.. jadi apa pilihan yang ada d zaman nih?minta berdiri pada realiti lah.. Moga kerajaan mampu mengkaji buat keputusan yang terbaik untuk negara kita..

Pasal icerd nih kalau bule delay, delay dulu lah.. Fokus bende lain.
 
tn mynameis, maaf sangat sangat, tak dapat nak furnish sekarang, tadi ada urusan timbul. dan sekarang saya tgh karang legal opinion tu :">

Saya mohon tempoh masa sampai esok utk kemukakan legal opinion tu pada tuan, insya Allah :)

Cepat ler kak.. Cepat ler.. Tak sabau nak baca nih.. Best ke tak.. 😄👍
 
tn mynameis, maaf sangat sangat, tak dapat nak furnish sekarang, tadi ada urusan timbul. dan sekarang saya tgh karang legal opinion tu :">

Saya mohon tempoh masa sampai esok utk kemukakan legal opinion tu pada tuan, insya Allah :)

untuk mek usahkan esok,sribu tahun kusabar menanti:">
 
Back
Top
Log in Register