BTC USD 81,125.8 Gold USD 4,165.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perhimpunan ICERD 8 Dec 2018

Ratifikasi ICERD


  • Total voters
    0
  • Poll closed .
pada pandangan mek klu kerajaan bersetuju tandatangan perjanjian ni adakah kerajaan akan didesak mengubah article 153?

Setelah di momokkan bahawa ratifikasi icerd ni akan(seakan pasti mengikut mereka) bakal menggugat hak keistimewaan melayu, sy telahpun menyokong petition untuk menolak keonvesyen nih. Menakutkan juga.. Tapi.. Secara peribadi sy tidak mempercayai apa2 dasar PBB.. jadi apa pilihan yang ada d zaman nih?minta berdiri pada realiti lah.. Moga kerajaan mampu mengkaji buat keputusan yang terbaik untuk negara kita..

Pasal icerd nih kalau bule delay, delay dulu lah.. Fokus bende lain.

Terima kasih tn mynameis atas soalan tuan ni, mmg bermanfaat :).

Sebagai menjawab soalan tuan, saya berkata bahawa jika kerajaan bersetuju menandatangani ICERD, sudah semestinya kerajaan akan terpaksa meminda Perkara 153 dan beberapa peruntukan perlembagaan lain..

Saya minta maaf banyak banyak tuan, saya mohon utk memanjang kan sikit huraian saya utk menerangkan sikit sebanyak info yg relevan sebagai introduction pada soalan tuan ni..


Mula mula kita kena tahu pasal ICERD ni, iaitu International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum).

Konvensyen ini berada di bawah portfolio OHCHR atau dikenali sebagai Office of the High Commissioner (United Nation Human Rights), sebuah komisioner yang secara langsung mempromosi dan melindungi hak asasi manusia yang dijamin di bawah undang-undang antarabangsa dan termaktub di dalam Universal Declaration of Human Rights of 1948 (UDHR) (Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat tahun 1948).


Apa tujuan ICERD ditubuhkan?
ICERD adalah konvensyen internasional yang merangkumi 3 bahagian dan 25 artikel (rujuk link ni https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=288150745361079&id=100024984679403 ).

Negara-negara yang menyertai konvensyen ini atau dikenali sebagai “state parties” mestilah memenuhi tuntutan 25 artikel yang telah disenaraikan dalam 3 bahagian tersebut.

Tujuan utama menolak segala jenis penindasan kaum dan kolonialisasi.


Definisi “racial discrimination” seperti yg diperuntukkan dalam Perkara 1 ICERD adalah sebagaimana berikut:
the term "racial discrimination" shall mean any distinction, exclusion, restriction or preference based on race, colour, descent, or national or ethnic origin which has the purpose or effect of nullifying or impairing the recognition, enjoyment or exercise, on an equal footing, of human rights and fundamental freedoms in the political, economic, social, cultural or any other field of public life.


Tapi dikatakan ICERD memahami bahwa negara negara yg telah melalui period penjajahan, biasanya masyarakatnya dimarginalised dan terasing hasil daripada polisi pemisahan, diskriminasi dan racial superiority. Contohnya seperti bangsa Melayu yg superior dari bangsa bangsa lain.

Jadi ICERD tak menafikan adequate development and protection yg dinikmati oleh mereka (ada pengecualian/pelanggaran yg dibenarkan) namun ini tak sampai membenarkan masyarakat lain terpaksa mendapat hak hak berasingan lain yg jauh lebih rendah daripada masyarakat yg asal tu


Oleh itu, Perkara 1(4) ICERD peruntukkan demikian:
Special measures taken for the sole purpose of securing adequate advancement of certain racial or ethnic groups or individuals requiring such protection as may be necessary in order to ensure such groups or individuals equal enjoyment or exercise of human rights and fundamental freedoms shall not be deemed racial discrimination, provided, however, that such measures do not, as a consequence, lead to the maintenance of separate rights for different racial groups and that they shall not be continued after the objectives for which they were taken have been achieved.


Seterusnya, ICERD meletakkan kewajiban ke atas kerajaan tu utk memastikan masyarakat tu menikmati adequate development and protection (ada pengecualian/pelanggaran yg dibenarkan) namun kena memastikan bahawa ini tak sampai membenarkan masyarakat lain terpaksa mendapat hak hak berasingan lain yg jauh lebih rendah daripada masyarakat yg asal tu


ICERD peruntukkan dalam Perkara 2(2)
States Parties shall, when the circumstances so warrant, take, in the social, economic, cultural and other fields, special and concrete measures to ensure the adequate development and protection of certain racial groups or individuals belonging to them, for the purpose of guaranteeing them the full and equal enjoyment of human rights and fundamental freedoms. These measures shall in no case en tail as a con sequence the maintenance of unequal or separate rights for different racial groups after the objectives for which they were taken have been achieved


Asasnya, ICERD langsung tidak bertolak ansur ke atas sebarang penindasan, diskriminasi.



Ok perlu diingat ye, kalau polisi/undang undang kerajaan Malaysia ni buat pengecualian/pelanggaran terhadap ICERD, maksudnya Malaysia ada amal diskriminasi terhadap rakyatnya, ni kiranya melanggar isi kandungan ICERD tu sendiri.

Malah Malaysia pula mengamalkan pelanggaran/pengecualian bukan saja pada definisi ICERD tu, malah pada beberapa peruntukan asas utama ICERD.
Jadi kalau kita rujuk pada Konvensyen Vienna berkenaan Undang undang Treaties ni, sesuatu negara takleh buat sebarang pengecualian/pelanggaran yg major terhadap objektif dan tujuan treaties tu, dalam kes ni ICERD, nanti negara negara lain membantah pelanggaran yg major itu.

Untuk makluman, beberapa kandungan dalam Perkara 153 kiranya adalah pelanggaran yg major terhadap ICERD ni..
Ini bukan lagi pelanggaran yg dibenarkan tetapi dah melebihi had yang mana ianya adalah pelanggaran major

Ok kita lihat apakah dalam Perkara 153 yg kiranya melanggar ICERD..


Hak hak yg termaktub dalam Perkara 153 ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

Ia juga sudah sedia tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Dalam Wasiat Raja-raja Melayu yang ditandatangani pada 5 Ogos 1957, Raja-raja Melayu secara tegas menetapkan syarat untuk memastikan akan kekal terjamin (antara lain) status agama Islam, tanah simpanan Melayu serta kedudukan istimewa orang Melayu.

Termasuk dalam senarai Hak Istimewa Orang Melayu menurut Perkara 153 adalah jawatan dalam kerajaan, peruntukan biasiswa dan bantuan ekonomi.

Kesemua hak ini sesungguhnya dilindungi Yang di-Pertuan Agong selaku primus inter pares. Majlis Raja-raja Melayu perlu memberi perkenan jika apa-apa perkara berkaitan mahu diubah.

Isi kandungan Hak-hak istimewa orang Melayu
Merujuk Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, hak-hak orang Melayu adalah seperti berikut:

1.Tanah untuk Orang Melayu
1.Hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh Kerajaan Negeri (kerana pembukaan tanah adalah dibawah kawal-selia Kerajaan Negeri). Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu tanpa sebarang syarat.

TANAH SIMPANAN MELAYU – Perkara 89 (Tanah Rizab Orang Melayu)
Mana-mana tanah di sesuatu negeri yang menjadi tanah rizab orang Melayu sebelum hari merdeka mengikut undang-undang yang ada, maka tanah itu boleh terus-menerus menjadi tanah rizab orang Melayu mengikut undang-undang itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Badan Perundangan Negeri dengan suatu Enakmen.


Perkara 153 ni boleh dirujuk kat link ni http://www.jpapencen.gov.my/cat289562/published/perkara153-Ma.Html

2.Jawatan dalam Kerajaan

1.Jawatan-jawatan kanan dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukkan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu.

3.Peruntukan biasiswa
1.Peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut-penuntut Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu.

4.Bantuan Ekonomi

1.Peraturan hendaklah dibuat untuk membolehkan orang Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahaan dan aktiviti-aktiviti ekonomi lain.

Hak-hak istimewa orang Melayu adalah di bawah perlindungan Yang di-Pertuan Agung. Segala perubahan baharu berkenaan dengan hak-hak istimewa orang Melayu adalah berdasarkan persetujuan Raja-raja Melayu.

REJIMEN ASKAR MELAYU – Seksyen 16(1) Akta Angkatan Bersenjata 1972
Seksyen tersebut menyatakan:”Mana-mana orang boleh diambil masuk ke dalam angkatan tetap; dengan syarat bahawa hanya orang Melayu boleh diambil masuk ke dalam Askar Melayu Diraja”.

Angkatan Tentera Malaysia terdiri daripada tiga perkhidmatan iaitu udara, darat dan laut yang semuanya terbuka kepada semua kaum.
Askar Melayu Diraja hanya satu komponen dalam pelbagai bidang ketenteraan dan berperanan mempertahankan negara dari ancaman dan pencerobohan dari luar Negara tetapi tidak terlibat dalam ketenteraan awam dan keselamatan dalam negara.



Penubuhan Uitm tu ada kaitan dengan Perkara 153 (8A) Perlembagaan Persekutuan..
berikut adalah Perkara 153 (8A) Perlembagaan Persekutuan utk makluman tuan

Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

(8A) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika di dalam mana-mana Universiti, Kolej dan institusi pendidikan lain yang memberikan pendidikan selepas Malaysian Certificate of Education atau yang setaraf dengannya, bilangan tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusan Universiti, Kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang layak mendapat tempat-tempat itu, maka adalah sah bagi Yang di-Pertuan Agong menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa arahan yang perlu kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

Jadi misalnya kalau kita setuju pada ratifikasi ICERD ni, dan terdapat banyak peruntukan dalam perlembagaan yg ada pelanggaran kepada ICERD, maka amendment kena dibuat pada perlembagaan persekutuan.

ada sepuluh perkara yang termaktub dalam Perkara 2 (a), Perkara 38 (4) dan Perkara 159 (5) Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-raja.


Menurut artikel 159 perlembagaan Malaysia
, undang-undang yang digubal untuk mengubah sesetengah perkara dalam perlembagaan tidak boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis raja-raja Melayu walaupun mendapat majoriti 2/3 di perlimen termasuklah :

Perkara 38 (4) :*Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja

=Perkara 152 : Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

=Perkara 153 : Hak keistimewaan orang Melayu

=Perkara 159 bahagian III : Hak kewarganegaraan Malaysia

=Pindaan Perlembagaan Perkara 161 (E) perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan dipersetujui oleh Yang dipertua Negeri Sabah dan Sarawak bagi melibatkan kepentingan Sabah dan Sarawak Contoh; bidang kuasa kerajaan negeri, kedudukan istimewa bumiputera, imegresen.

Pindaan Perlembagaan Perkara 159 (5) Perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan perkenan Majlis Raja-Raja.
Contoh: Kedaulatan raja-raja, kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak, bahasa kebangsaan dan agama persekutuan.



Malaysia tiada keperluan utk bersetuju kepada ratifikasi ICERD memandangkan perlembagaan kita berlainan dengan negara negara lain..


Ni sebagai selingan
Ok saya alih perhatian kita kepada HAK ASASI MANUSIA DAN KEBEBASAN BERAGAMA MENURUT TAFSIRAN PERLEMBAGAAN
Walaupun prinsip-prinsip hak asasi manusia dan kebebasan beragama acuan Barat mempunyai persamaan dengan Islam, manifestasi terhadap konsep ini hanya diterima oleh majoriti negara-negara Islam apabila PBB meluluskan UDHR (Universal Declaration of Human Rights) pada tahun 1948.

Bagi negara-negara Islam, debat mengenai isu ini tidak terhenti pada tahun 1948, malah ia hebat diperbahaskan dalam persidangan-persidangan antarabangsa. Salah satu contoh yang ketara ialah;
Perisytiharan Sejagat Hak-hak Asasi Manusia Menurut
Islam (Universal Islamic Declaration of Human Rights– UIDHR) pada tahun 1981 oleh Pertubuhan Negara-negara Islam (Organisation of Islamic Conference– OIC) dan Perisytiharan Hak-hak Asasi Manusia dalam Islam Kaherah (Cairo Declaration of Human Rights in Islam– CDHRI) pada tahun 1990; menyaksikan subjek hak-hak asasi manusia dianggap agenda penting bagi negara-negara Islam,
terutamanya dari sudut hak kebebasan beragama.

Hak kebebasan beragama adalah suatu hak yang bersifat sejagat (universal) dan didokongi oleh seluruh dunia dalam UDHR1948. Walau bagaimanapun, Malaysia mengambil sikap berkecuali terhadap hak tersebut, walaupun dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan ada menyebut tentang kebebasan beragama. Perlembagaan Persekutuan sememangnya memperuntukkan kebebasan beragama, namun setiap kebebasan bukanlah bersifat mutlak.

Permintaan memurtadkan diri dan mengamalkan kebebasan beragama seringkali dikaitkan dengan hak-hak asasi manusia yang diiktiraf oleh dunia dalam UDHR1948 dan Perkara 11, Perlembagaan Persekutuan.

Kebebasan beragama dan perlakuan murtad di kalangan orang Islam merupakan suatu isu yang bersifat sensitif kerana ia menyentuh soal kepercayaan seseorang. Isu ini menjadi lebih kontroversi apabila melibatkan penyelesaian dalam mahkamah oleh pihak-pihak tertentu yang ingin menukar agama atas tiket ‘kebebasan beragama’ yang diperuntukkan dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
Mana-mana individu atau pihak yang menuntut kebebasan beragama untuk menjadi murtad seharusnya memahami skema Perlembagaan Persekutuan terlebih dahulu.

Perlembagaan sememangnya telah menyatakan bahawa kebebasan beragama adalah salah satu hak yang dijamin di bawah Bahagian II mengenai kebebasan asasi dalam Perkara 11, tetapi yang dimaksudkan kebebasan di situ ialah dalam ruang lingkup menganut, mengamal dan mengembangkan agama berkenaan.

Walau bagaimanapun, dalam konteks pengembangan agama, wujud sekatan dan larangan terhadap penyebaran doktrin atau agama lain selain Islam kepada orang-orang Islam.

Peruntukan sebegini menunjukkan kelebihan yang diberikan kepada agama Islam sesuai dengan kedudukannya sebagai agama persekutuan dalam Perkara 3(1).

Mengenai isu murtad, kebebasan untuk keluar daripada agama Islam tidak dimasukkan dalam peruntukan ini.

Secara asasnya, Perkara 16(1) UDHR 1948 sama sekali bertentangan dengan syariat

Islam yang telah menentukan hukum-hakam berkaitan perkahwinan,
di mana ia menyatakan bahawa:
“Men and women of full age, without any limitation due to race, nationality or religion, have the right to marry and to found a family. They are entitled to equal rights as to marriage, during marriage and at its dissolution”;

manakala Perkara 18 pula mencabuli hak asasi umat Islam dalam beragama dengan menyatakan:
“Everyone has the right to freedom of thought,conscience and religion; this right includes freedom to change his religion or belief, and freedom, either alone or in community with others and in public or private, to manifest his religion or belief in
teaching, practice, worship and observance”
 
Last edited:
tn stonecold, statement yg ni adalah statement terbaru SS. statement SS yg ni kiranya dia nak terangkan balik maksud ketuanan Melayu..

kan terdahulu, SS dah cetuskan satu polemik apabila keluarkan satu kenyataan tentang zaman ketuanan Melayu telah berakhir dan Malaysia sedang bergerak ke arah fasa baharu yang memperjuangkan kesaksamaan dan ni mendapat reaksi yang berbeza dari pelbagai pihak..

jadi TS Muhyiddin Yassin secara lebih kurang, sound SS pasal statement tu. katanya SS kena la hati hati keluarkan kenyataan..

lalu keluarlah statement SS ni yg terbaru..

sekali lagi menteri terlalu 'gelojoh' untuk memberikan statement yang mengelirukan....

akhirnya di salah ertikan oleh netizen....

kali ini tidak ada salah yang di laporkan oleh akhbar kan...hanya pemahaman netizen berbeza dalam isu ini....

pendebat terbaik asia pun boleh memberikan hujah yang boleh di salah tafsir....apa tah lagi orang biasa....

semoga selepas ini SS akan lebih matang berhujah untuk tidak menampakkan kecenderungan menghapuskan ketuanan melayu...

hujah terbaru muncul selepas dia di kecam oleh netizen....
 
S5WW0Q.png


jangan lupa sign petition...untuk menolak ICERD

https://www.change.org/p/pendokong-...AWGH1nR4XtcIEJ1umz_Z5ltGP6aD8G0swgvosQ2AYg7k0
 
abang daus, yg bersuara semua ni hanya keluarkan dan suarakan pendapat mereka dari segi peruntukan undang undang (legal opinion) berdasarkan intrepretasi diorang. mereka takde kuasa pun utk kuatkuasa kan sesuatu
Senator Waytha moorty juga takde kuasa..

yg ada kuasa hanyalah Kementerian Luar atau Kemnterian Dalam Negeri melalui perbincangan dengan Peguam Negara..
Kementerian ini juga Peguam Negara tak tertakluk utk menerima pendapat atau suara majority

maaf ya cek mek....bila kenyataan menteri (walau pun dia x ada kuasa )..setiap kenyataannya itu mewakili pandangan kerajaan...

pada pandangan peribadi saya...menteri yang keluar statement begini perlu merujuk dulu punca kuasa nya yang ada....

apa fungsi senator Waythe Moorty di kabinet..sebagai menteri penuh di Jabatan Perdana Menteri..tetapi dalam skop apa...saya sendiri pun tak jelas...mungkin kalau ada rakan2 lain boleh jelaskan skop dia menjadi menteri di jabatan perdana menteri ni...

adakah senator Waythe Moorty menjaga hal ehwal orang bukan islam ke...?

sbb kalo Dr Mujahid...dia jaga hal ehwal orang islam...

seperti yang cek mek maklumkan...AG dan Menteri dalam Negeri yang ada kuasa...Tan Sri Muhyiddin Yassin dan AG sahaja yang sepatutnya keluar kenyataan....

nampak sangat ada sesuatu 'keghairahan' di kalangan menteri ni untuk keluar statement walaupun bukan dalam bidang kuasa nya....

sekadar pandangan saya cek mek....kalo ada yang kita tak sependapat...mohon berbeza pendapat...:)cgrock
 
merujuk sumber fb yang di berikan oleh cek mek....

saya keluarkan atucara majlis dan siapa di sebalik jemputan tersebut...

jadi kita tahu lah ICERD ni sebenarnya mainan siapa untuk force kerajaan sign ICERD...

F6j3Hu.png

qWRh2l.png

LZ4Fn5.png

x04eCy.png


boleh tgk siapa nama mereka.....
 
Memang indah dibuai mimpi 'ketuanan'...​

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman | Diterbitkan 28 Okt 2018, 10:32 malam

4fe85c3833b5f6bee994a77b34bfcf99.jpeg

ULASAN | Apa yang bakal saya karangkan ini mungkin susah ditelan dan kemungkinan bakal menjemput kritikan dan cemuhan segelintir masyarakat, khususnya bangsa saya sendiri, bangsa Melayu.

Namun, sebagai seorang anak muda yang tidak ingin melihat masa depan anak bangsa dibuai mimpi palsu, saya bertanggungjawab untuk berkongsi rasa sebelum maruah nasib bangsa saya terhakis perlahan-lahan.

Di manakah "ketuanan" pada hari ini? Adakah Melayu betul-betul tuan di tanah air tercinta ini, atau adakah kita hanya sekadar tuan pada tanda nama, tetapi hakikatnya, semakin terpinggir dan diperhambakan tanpa sedar?

Mana perginya "ketuanan" apabila tujuh daripada sepuluh orang penagih dadah di Malaysia merupakan anak muda Melayu?

Mana perginya "ketuanan" apabila kontraktor-kontraktor Melayu sanggup berkiblatkan modal ali baba untuk makan untung atas angin?

Mana perginya "ketuanan" apabila individu Melayu hanya memiliki kurang daripada empat peratus kekayaan di pasaran saham negara?

Mana perginya "ketuanan" jika 9.8 juta orang Melayu mempunyai pelaburan ASB kurang daripada RM5 ribu, sedangkan 500 ribu orang Melayu lain mengumpul 63 peratus jumlah pelaburan ASB.

Mana perginya "ketuanan" apabila ramai anak muda Melayu memilih untuk merempit sampai ke lewat malam, sambil rakan-rakan bangsa lain gigih mengejar ilmu untuk melakar masa depan yang lebih cerah?

Tidak dinafikan, ada anak Melayu yang cemerlang namun masih ramai yang terkandas.

Mana perginya "ketuanan" apabila pemimpin Melayu yang dahulu disegani dan dihormati, kini dilihat terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Lihat sahaja pada hari ini. Sejarah bakal berulang kerana kita suka mengambil jalan mudah dan pintas dan tidak berani keluar dari zon selesa.

Dari pekerja di kilang sampailah ke cef di restoran mewah, pekerja asing juga yang dicari, sambil bangsa kita masih menunggu dan mengharapkan tawaran kerja yang selesa berhawa dingin yang belum kunjung tiba.

Memang indah untuk kita dibuai mimpi "ketuanan", tetapi realitinya ternyata berbeza. Memang popular apabila kita laungkan "Hidup Melayu", tetapi laungan itu kosong apabila kembali berpijak di bumi yang nyata.

Sambil kita menjulang keris dengan bangganya, perlahan-lahan kita sedang menghunusnya ke hati kita sendiri tanpa kita sedari.

Saya tidak akan berhenti berjuang demi nasib anak bangsa tercinta. Saya dibesarkan dalam keluarga MARA dan dididik oleh ibu ayah yang tidak kenal erti penat lelah walaupun dihimpit kesusahan.

Saya nak pastikan generasi masa hadapan dapat menikmati pembangunan negara secara adil dan saksama. Bukan setakat retorik bahasa atau omong kosong tidak bermakna. Saya nak pastikan kualiti hidup mereka jauh lebih baik daripada kita pada hari ini.

Apabila saya sebut "Ketuanan Melayu" di dalam ucapan saya, sama sekali ianya tidak bermaksud menyentuh hak termaktub dalam perlembagaaan Malaysia tentang orang Melayu, Raja-raja Melayu ataupun agama Islam.

Sesiapa yang mendengar dan membaca ucapan tersebut dengan jelas akan tahu ia berkenaan ekonomi dan hala tuju masa depan orang Melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

Nasib kita di tangan kita sendiri.

Tak perlu untuk ungkit "ketuanan" melalui slogan dan syarahan. Kita "tuan" kalau berani berubah, berani menghadapi risiko, menjalankan kerja dengan amanah dan sentiasa menguasai semua ilmu sampai tidak perlu bergantung kepada sesiapa pun lagi.

Saya ingin menutup karangan ini dengan memetik kata kata Tun Dr Mahathir Mohamad: "Ketika itu tanpa memanggil diri kita 'tuan', dunia akan iktiraf kita sebagai tuan yang sebenar"

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN adalah ketua pemuda BERSATU dan menteri belia dan sukan.

https://www.malaysiakini.com/news/449370

dah kena kecam.. baru nak flip flop.. ckp sblm ni x pikir.. sorry la menteri bapok..
 
Apakah dr jaman pokjib lg ada usaha ke arah ini?
Atau baru jer sejak PH ambil alih?:-?

Kalau jadi pemimpin utk tanah melayu sama ada PM/TPM/menteri/raja raja melayu jgnlah diturut sangat kehendak mereka yg mungkin ada niat jahat. Cukuplah tanah melayu dulu dijajah british, portugis, jepun, etc. Damaged done. Takkan nak bagi damage lagi..~X( short term mungkin tak nampak kesan, tp long term mmg mengerikan. Anak cucu cicit kita..#:-S

Siapa lg nak bela melayu yg sudah sedia terpinggir di tanah air sendiri. Pertahankanlah artikel 153 tu. Melayu dan islam jalan seiring. Sinonim. Drpd tunduk pd desakan ICERD ni baik perkasakan islam.

Wallahu'alam..
 
Back
Top
Log in Register