BTC USD 61,059.6 Gold USD 4,272.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perhimpunan ICERD 8 Dec 2018

Ratifikasi ICERD


  • Total voters
    0
  • Poll closed .
Saya sokong Putih812

aVqNSLaAdeZxcSf-800x450-noPad.jpg





default-org-profile.svg

Pendukung Perlembagaan started this petition to Rakyat Malaysia yang mendukung keluhuran Perlembagaan

Saya sokong Putih 812


Tanggal 8 Disember 2018, rakyat Malaysia yang mendukung keluhuran perlembagaan telah melakarkan satu titik sejarah yang paling bermakna di tanah air kita. Beratus ribu rakyat Malaysia telah berhimpun secara aman membela dan menuntut kehormatan dan kepatuhan kepada perlembagaan kita. Himpunan ini adalah satu himpunan paling besar di Malaysia yang pernah kita saksikan. Ia juga satu himpunan yang paling teratur, sivil dan bersih yang pernah dilihat dalam sejarah tanah air kita.

Himpunan ini menyusuli satu lagi titik sejarah negara iaitu kejayaan satu protes on-line paling besar ketika itu yang pernah dibuat di Malaysia. Lebih 200k rakyat Malaysia telah “stand and be counted” membantah ICERD.


Kepada yang terlibat, kita bangga menyertainya.

Oleh kerana media kita sentiasa berat sebelah dan tidak mahu mengiktiraf dan mengingati himpunan yang bersejarah ini, kita mahu mengingatinya dan mengingatkan. Kita mahu himpunan 812 di mana rakyat yang mendukung keluhuran perlembagaan bangkit bersuara diabadikan sebagai satu titik sejarah penting tanah air kita. Kita mahu tinggalkan mesej bahawa Perlembagaan kita perlu dihormati dan didukung.

Jadi pada 8 Disember tahun ini, bagi mengingati ulang tahun kebangkitan rakyat, kita akan:

i) selfie/wefie berbaju putih di persekitaran masjed jame’/ sultan abdul samad, tapak sejarah himpunan 812.

Atau

ii) Selfie/ wefie berbaju putih di mana2 dengan bendera Malaysia.

Kita post gambar kita di sosial media kita sebagai ingatan negara dan “tag” kan antara lain seperti berikut:

#putih812

#putih812@PerlembagaanKami

#putih812@Jamek

#putih812@SAS

#putih812Malaysia

#daulat812

Kita mendukung Perlembagaan kita. Kita pertahankan perlembagaan kita. Perlembagaan kita, kita punya.

ps: pakaian berciri keperibadian jatidiri digalakkan. Misalnya tengkolok, “Mandarin Cap” dsbg.

 
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

2j ·

HIMPUNAN 812 RAKYAT TOLAK ICERD: BERMULANYA GERAKAN PENYATUAN UMMAH UMNO-PAS



Hari ini 8 Disember dua tahun lalu, berhimpunnya 1 juta ummah di Dataran Merdeka sehingga ke Masjid Jamek bagi menzahirkan solidariti rakyat menolak ICERD.
- Menghimbau sedikit sejarah, ia bermula apabila Menteri Luar pada waktu itu Datuk Saifuddin Abdullah (kini Menteri Komunikasi) menyatakan dengan tegas pada bulan Ogos 2018 komitmen kerajaan PH untuk mengotakan janji Manifesto mereka bagi meratifikasi beberapa konvensyen antarabangsa termasuk ICERD yang merupakan instrumen hak asasi manusia di bawah PBB.

- Kemudian pada 28 September 2018, PM ke-7 Tun Dr Mahathir dalam ucapan di Persidangan Agung PBB ke-73 sekali lagi menyatakan komitmen Malaysia untuk meratifikasi ICERD menjelang tahun 2019 sebagaimana janji Manifesto PH.

- Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berganding bahu buat kali pertama dengan Dewan Pemuda PAS Pusat yang diketuai sahabat saya YB Ustaz Muhammad Khalil Haji Hadi menggerakkan Himpunan Pertama Membantah ICERD di Sogo Kuala Lumpur pada 4 November 2018 dengan menghimpunkan lebih 5,000 orang dan berjanji untuk gerak ke seluruh negara secara bersama untuk menganjurkan demonstrasi cetus kesedaran rakyat mengenai bahaya ICERD.

- Sepanjang November Pemuda UMNO dan Pemuda PAS dengan kerjasama NGO menjelajah ke setiap negeri mengadakan siri-siri demonstrasi dan himpunan menyedarkan rakyat bagi membantah ICERD.
- Kemuncaknya pada 8 Disember 2018, UMNO, PAS dan pelbagai NGO Massa khususnya UMMAH menganjurkan Himpunan Rakyat Menolak ICERD yang menghimpunkan hampir 1 juta umat di sepanjang Masjid Jamek, Jalan Tar hingga ke Dataran Merdeka KL.

Moga-moga himpunan yang penuh bersejarah ini sentiasa terpahat dalam sabubari bagaimana manisnya permulaan permuafakatan jitu antara dua parti terbesar umat Islam di Malaysia UMNO dan PAS sehingga termeterainya Piagam Muafakat Nasional setahun kemudian.

Apakah ANDA sebahagian daripada sejarah ini?

 
Aminuddin Yahaya

3m ·

Dua tahun yang lalu, kita telah berjaya anjurkan himpunan terbesar dalam sejarah negara, iaitu Himpunan 812: Bantah ICERD.
Saya menerima pelbagai ugutan malah ditelefon individu-individu yang tidak dikenali seawal 5 pagi supaya membatalkan himpunan.
Saya peduli apa, saya hanya manusia biasa yang tidak punyai apa-apa tetapi saya punyai senangat dan saya sayangkan umat Islam dan bangsa Melayu.
"Andai nyawaku jadi taruhan, aku rela"
Selamat menyambut ulangtahun ke-2 Himpunan 812 yang penuh suka duka.

Nantikan sesi live kita pada malam ini dalam Forum
Menyingkap Himpunan 812
.
#BantahICERD
#Himpunan812

1607399327985.png
 
Saya harap umat Melayu Islam dan NGO Melayu Islam akan memperingatkan pemimpin-pemimpin politik Melayu supaya terus berada di atas landasan yang betul demi kepentingan agama, bangsa dan negara. - Tun Abdul Hamid

Ke mana Melayu selepas ICERD?
TUN ABDUL HAMID MOHAMAD | | 10 Disember 2020


1607562596978.png

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyertai perhimpunan 'kesyukuran' menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Dataran Merdeka. - Foto Bernama


DALAM sejarah perjuangan orang Melayu, terdapat tiga perhimpunan paling besar iaitu perhimpunan menentang Malayan Union (1946), perhimpunan menyambut kemerdekaan (1957) dan perhimpunan menentang ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) (2018).

Tetapi, antara ketiga-tiga perhimpunan itu, perhimpunan menentang ratifikasi ICERD adalah yang paling besar.

Perhimpunan itu berjaya menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menarik balik cadangan untuk meratifikasi ICERD; tiga bulan kemudian menarik balik cadangan untuk meratifikasi Statut Rom; lima bulan selepas itu termaktubnya Piagam Muafakat Nasional (MN) UMNO-Pas dan membawa kepada kejatuhan kerajaan PH setelah berkuasa hanya selama 22 bulan. Itu adalah kejayaan politik orang Melayu yang paling besar semenjak kemerdekaan.




Kesemua itu mengubah landskap politik Malaysia dan menjadi tamparan hebat kepada cita-cita orang Cina yang memberi sokongan padu kepada DAP dan orang India yang menyokong Hindraf untuk mencabar hak-hak keistimewaan orang Melayu dan kedudukan agama Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kejayaan itu telah membawa ketenteraman kepada negara dan ketenangan kepada sebahagian besar orang Melayu. Hindraf sudah tidak kedengaran lagi. Penyokong-penyokong DAP juga sudah agak senyap. Tetapi, jika mereka tidak membakar mercun, sama ada senyap-senyap mereka sedang membuat kuih bulan, kita tidak tahu. Orang Melayu perlu waspada.


Apa telah terjadi kepada politik orang Melayu selepas perhimpunan menentang ICERD?
Tidak lama selepas termaktubnya Piagam MN, sebelum jatuhnya kerajaan PH lagi, Pas telah menyatakan sokongannya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
Tindakan Pas itu menyebabkan UMNO merasakan Pas telah membelakangkan MN. Ini dikuatkan lagi apabila, selepas tertubuhnya kerajaan Perikatan Nasional (PN), Pas terus memberi keutamaan kepada hubungannya dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan bukannya kepada UMNO, antara lain, dengan bersetuju menjadi anggota PN untuk tujuan pendaftaran PN sebagai sebuah parti politik.


Kejatuhan kerajaan PH telah memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin politik Melayu memperkukuh kekuatan politik Melayu/Islam di Malaysia, bukan untuk mengambil hak orang lain, tetapi semata-mata mempertahankan hak-hak mereka seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.
Tetapi, semenjak pembentukan Kabinet kerajaan PN lagi, kita sudah dapat lihat tumpuan diberi lebih kepada memperkuatkan kedudukan Perdana Menteri dan partinya, menyebabkan rasa tidak puas hati kepada rakan gabungan PN, khususnya UMNO yang merasakan ia terpinggir.


Pemimpin-pemimpin UMNO pula bercakaran sama sendiri. Yang mendapat habuan dalam kerajaan PN merasa selesa dengan Bersatu sehingga sudah mula membelakangkan UMNO. Ada yang tidak dapat apa yang dikehendaki, termasuk untuk melepaskan diri daripada tindakan undang-undang, sanggup pula bersekongkol dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan PN dan bekerjasama dengan PH dan DAP. Syukurlah mereka gagal.

Saya tidak kisah siapa yang menjadi Perdana Menteri dalam kalangan pemimpin-pemimpin parti yang menjadi anggota kerajaan PN selain daripada beberapa orang yang sedang menghadapi kes di mahkamah melainkan mereka telah dibebaskan oleh mahkamah.

Saya tidak berkata mereka bersalah sehingga mereka didapati bersalah oleh mahkamah. Tetapi, ini soal imej parti di mata pengundi dan imej negara di mata dunia. Selain itu, apa yang penting ialah PH tidak berkuasa semula atau gabungan yang serupa dengannya tidak berkuasa, sebelum PRU15.

Biar apa pun, kita berasa lega apabila Rang Undang-undang Belanjawan 2021 telah diluluskan di peringkat dasar. Ertinya, sedikit sebanyak 'common sense' masih ada pada mereka. Kita harapkan ia akan berkekalan sehingga tamatnya ancaman Covid-19 dan PRU15 diadakan. Tetapi, apa yang sedang berlaku di Perak menyebabkan ketidaktentuan pula.


Saya tidak risau sangat mengenai orang Melayu sekarang. Majoriti mereka telah menyedari bahaya pemerintahan gabungan PH dan kerjasama dengan DAP.



Lebih pentingkan kuasa
Tetapi saya risaukan pemimpin-pemimpin politik Melayu. Kebanyakan mereka terlalu mengutamakan kepentingan diri, bukan memperkuatkan kedudukan politik orang Melayu Islam. Maka, saya harap umat Melayu Islam dan NGO-NGO Melayu Islam akan memperingatkan pemimpin-pemimpin politik Melayu supaya terus berada di atas landasan yang betul demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Jika ahli-ahli UMNO tidak mahu atau tidak sanggup membersihkan UMNO daripada pemimpin-pemimpin yang menjadi liabiliti, kita harap umat Melayu Islam dan NGO-NGO Melayu Islam yang masih sayangkan UMNO boleh mengenakan tekanan terhadap mereka supaya berundur.

Tiga perkara yang perlu diberi perhatian sekarang ialah pertama, menghalang PH atau gabungan yang serupa dengannya daripada berkuasa sebelum PRU15. PH atau gabungan baharu itu tidak boleh berkuasa melainkan ada ahli-ahli Parlimen yang menyokong kerajaan PN, termasuk daripada UMNO, berpaling tadah. Hal seperti itu tidak sepatutnya berlaku.


Walaupun ia tidak sunyi daripada kelemahan, kerajaan PN perlu dipertahankan sehingga PRU15. Kelemahan boleh diperbaiki. Terlepas kekuasaan politik kali kedua, jangan harap ia akan dapat diperoleh semula dalam masa terdekat.

Kedua, membuat persediaan untuk menghadapi PRU15. Yang paling penting ialah meletakkan calon-calon yang bersih, berkelayakan dan berkebolehan. Pengundi sudah pandai menilai integriti dan kesesuaian seseorang calon.

Kita memerlukan orang untuk membuat undang-undang dan menteri-menteri yang boleh mentadbir kementerian dan yang boleh berhadapan dengan pemimpin-pemimpin negara luar, bukan yang akan memalukan Malaysia di mata dunia.

Selain itu, adalah amat penting mengelak pertandingan sesama sendiri. PH atau gabungan yang serupa dengannya tidak boleh menang di kawasan majoriti Melayu. Ia akan menang jika parti-parti Melayu memecahbelahkan undi orang Melayu.

Pemimpin-pemimpin Melayu hendaklah mengetepikan kepentingan diri untuk memastikan kemenangan gabungan parti-parti Melayu, tidak kiralah apa namanya. Hasad dengki, tamak haloba, cantas-mencantas, konspirasi dan sabotaj hendaklah dibuang sama sekali.

Ketiga, menyediakan perancangan apa yang akan dilakukan selepas menang PRU15. Tanpa perancangan yang jelas dan berkesan, kita hanya akan mengulangi sejarah kerajaan PH.

Janganlah selepas berjaya membantah ratifikasi ICERD dan menjatuhkan kerajaan PH, kita sendiri yang menyerahkan kerajaan kepada PH atau gabungan yang serupa dengannya yang akan meratifikasikan ICERD semula. Itu yang orang Melayu, terutama sekali pemimpin-pemimpin politik Melayu, perlu fikir.


* Tun Abdul Hamid Mohamad ialah bekas Ketua Hakim Negara

 
SUHAKAM masih gesa kerajaan ratifikasi ICERD
21 March 2021
MGF18022020_LOGO-SUHAKAM_01.jpg
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mengemukakan dua gesaan kepada kerajaan sebagai melindungi hak asasi manusia tanpa mengira kaum, warna kulit, keturunan dan warganegara.
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mengemukakan dua gesaan kepada kerajaan sebagai melindungi hak asasi manusia tanpa mengira kaum, warna kulit, keturunan dan warganegara.

Dalam kenyataan sempena memperingati Hari Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Perkauman itu, SUHAKAM mengesa kerajaan meratifikasikan konvensyen antarabangsa mengenai penghapusan segala bentuk diskriminasi kaum Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (ICERD).

Suruhanjaya itu juga mengesa kerajaan meningkatkan usaha melaksanakan dasar dan langkah bagi menangani ucapan berunsur kebencian serta menyediakan platform terbuka untuk belia dan pelbagai lapisan masyarakat berbincang menangani isu diskriminasi.

Menurutnya, langkah itu akan menjadi pemangkin kepada usaha lebih bersepadu untuk mempromosi dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira ras, warna kulit, keturunan, kewarganegaraan atau asal keturunan etnik.

Ini boleh dilakukan dalam bentuk dialog antara budaya dengan tujuan mempromosi sikap tolak ansur dan hormat menghormati bersama dalam masyarakat berbilang kaum dan budaya.

SUHAKAM menekankan, pentingnya memupuk budaya bertolak ansur, kesaksamaan dan tiada diskriminasi dalam kalangan belia kerana mereka yang akan membina masyarakat adil, aman damai dan lestari pada masa hadapan.

Begitu juga dengan penggunaan teknologi dalam talian, agak meningkat berikutan pandemik Covid-19 dan amalan norma baharu menjadikan media sosial medium komunikasi utama masyarakat.

Malangnya, kata suruhanjaya itu, media sosial telah disalah gunakan oleh sesetengah pihak untuk mengaib dan menyalahkan orang lain dengan serangan lisan, perkauman dan kenyataan benci terhadap etnik dan kewarganegaraan tertentu.

Majoriti daripada pengguna media sosial merupakan golongan belia dan tanpa bimbingan yang sewajarnya, ia akan memberi risiko memburukkan lagi perkauman dan sikap tidak bertolak ansur. – MalaysiaGazette
 

Lukman Sheriff

·

Facebook mengingati. Satu himpunan terbesar yang pernah diadakan dalam sejarah tanah air kita. Patut dibukukan untuk dirakamkan peristiwa ini. Gerakan yang berjaya mendapat sokongan semua baik kerajaan dan pembangkang.
Kita patut ada kesatuan sebegini bagi mempertahankan jenayah shariah sebab kita perlu pinda perlembagaan. Kita perlu mengatasi partisanship tak kira kerajaan atau pembangkang untuk berjaya.

1701998068985.png
 
Back
Top
Log in Register