BTC USD 82,285.0 Gold USD 4,169.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perhimpunan ICERD 8 Dec 2018

Ratifikasi ICERD


  • Total voters
    0
  • Poll closed .
Hanipa sindir 'lori Kassim Baba' di himpunan bantah Icerd​

Diterbitkan 19 Dis 2018, 5:29 petang

fea67665881e062361afe82928400a4c.jpeg


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin hari ini menggunakan ruang sesi soal jawab di Dewan Negara untuk menyindir perhimpunan bantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) yang diadakan di Kuala Lumpur 8 Dis lalu.

Hanipa sebelum itu menjawab soalan senator dari Terengganu yang bertanya berhubung persiapan kerajaan dalam isu banjir memandangkan Monsun Timur Laut bermula 27 Okt lalu.

Ketika memperincikan tentang kelengkapan kenderaan untuk membantu meminimumkan kesan banjir, Hanipa berkata pihaknya menyediakan lori "tapi tidak termasuk lori Kassim Baba yang digunakan pada perhimpunan Icerd".

Kassim Baba merupakan watak dalam filem Ali Baba Bujang Lapok yang dilakonkan S Shamsuddin.

Dalam satu babak filem itu, Kassim Baba membawa lori ke gua yang menyimpan harta rompakan yang ditunjukkan adiknya, Ali Baba.

Dalam hantaran di Facebook, Hanipa turut memuat naik gambar pemimpin PAS dan Umno yang sedang duduk di atas lori ketika perhimpunan bantah Icerd.


Sementara itu, berdasarkan hansard Dewan Negara, anggota parlimen Sepang it juga menjelaskan bahawa bagi Terengganu, kerajaan persekutuan telah meluluskan 31 projek fizikal di bawah Rancangan Malaysia ke-11 yang melibatkan RM283 juta.

"Semua agensi yang terlibat dengan pengurusan bencana telah pun bersiap-siaga untuk menghadapi banjir kali ini," katanya.

Memperincikan secara lanjut, antara lain, Hanipa berkata sebanyak 1,464 kenderaan pacuan empat roda, 15 aset udara, 425 ambulan, 859 lori, dan 1,138 bot polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah diaktifkan.

Selain itu, tambah Hanipa, kerajaan juga sudah bersiap sedia dari segi bantuan perubatan melalui Kementerian Kesihatan.

https://www.malaysiakini.com/news/456904
 
'Pertubuhan masyarakat sivil hilang sentuhan selepas PRU14'​

Diterbitkan 22 Dis 2018, 11:33 pagi

3d2dda804a2054e7fbc41b07c8685c1e.jpeg


Pertubuhan masyarakat sivil 'kehilangan sentuhan' selepas pilihan raya umum ke-14 apabila memilih untuk bekerjasama dengan kerajaan Pakatan Harapan dan meninggalkan 'mod pembangkang'.

Perkara itu dinyatakan dalam satu forum malam tadi bagi membincangkan konsyensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang masih belum diratifikasi.

"Saya fikir peristiwa-peristiwa baru-baru ini - khususnya kontroversi mengenai Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd), yang membawa kepada perhimpunan (anti-Icerd pada 8 Disember) - menunjukkan bahawa masyarakat madani mungkin telah meninggalkan apa yang disebut 'mod pembangkang.'

"Kita mahu bekerjasama dengan kerajaan, dan kita tidak berani terlalu kuat (menentangnya)," kata perunding program Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), Eugene Yapp.

e236e11c869740c80d11de279bf50e1b.jpeg


Yapp berkata beberapa pertubuhan masyarakat sivil mahu menangkis hujah umum terhadap Icerd, tetapi "dinasihatkan" bahawa ia boleh menyebabkan ketegangan kaum, dan mungkin membawa kepada pengulangan rusuhan kaum 13 Mei 1969.

"Jadi kita tarik diri dan kata bahawa kita tidak sepatutnya terlalu agresif," katanya.

Beliau berkata organisasi-organisasi ini membuat keputusan untuk menyerahkan kepada kerajaan bagi mengendalikan perkara itu.

Sementara itu peguam Syahredzan Johan berkata pertubuhan masyarakat sivil gagal melawan naratif bahawa Icerd bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan mengancam kedudukan istimewa kaum bumiputera.

f550e38b64e0f60483692c976d3beda4.jpeg


"Saya juga menyalahkan masyarakat sivil kerana, jika kita berkata kita memperjuangkan Icerd, maka kita harus menggunakan peluang ini untuk meneruskannya.


"Tetapi kita biarkannya berlalu dan kita kehilangan naratif itu," katanya.

Setiausaha politik kepada pemimpin DAP Lim Kit Siang itu menegaskan bahawa terdapat usaha bersepadu untuk menentang konvensyen itu dengan menimbulkan sentimen perkauman, yang mana tidak ditangani kerajaan dan kumpulan sivil.

"Orang pertama yang membangkitkan masalah kurangnya keserasian antara Icerd dan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan adalah Anggota Parlimen Rembau dari BN Khairy Jamaluddin, yang merupakan orang yang sangat licik kerana selepas itu, beliau tidak terlibat sama sekali untuk membahaskan isu itu dan perhimpunan 8 Dis.

"Kemudian, bekas ketua hakim negara Abdul Hamid Mohamad menulis sebuah artikel dalam bahasa Malaysia yang mengatakan bahawa Icerd tidak sesuai dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Kita tidak nampak apa-apa maklum balas daripada kerajaan," katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/457290
 
Khairy: PH gagal interaksi dengan rakyat isu Icerd​

News | Diterbitkan Hari ini 2:32 tengahari | Dikemaskini Hari ini 2:32 tengahari

eaa29e3c998f124af4c6ede2f50a9003.jpeg


Kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk berinteraksi dengan orang awam menyebabkan ia tidak dapat menyekat bantahan terhadap rancangan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd), kata Khairy Jamaluddin.

Dalam wawancara bersama R.AGE, bekas menteri belia dan sukan itu berkata beliau percaya kerajaan dapat meneruskan rancangan itu jika melakukan perbincangan dan interaksi (engagement) yang cukup dengan orang ramai.

"Ia boleh dilakukan, tetapi ia perlu melalui penerangan berterusan (syndication) yang banyak dengan orang awam.

"Kita perlu faham bagaimana pengecualian dan penilaian dibuat, sama ada ia terikat dengan masa...," katanya seperti dipetik sisipan akhbar The Star itu, hari ini.

"Ini adalah persoalan kompleks dan melainkan anda ada pemahaman yang baik atau penerangan yang luas tentang Icerd, ia akan dilihat melalui perspektif negatif sebagai sesuatu yang sama sekali tidak diterima orang ramai orang Melayu dan Islam," katanya lagi.

Beliau mendakwa usahanya untuk memberi amaran kepada kerajaan tentang kemarahan yang mungkin tercetus akibat rancangan itu diabaikan.

85bbb5a5f2b9c96d60180408cd6bfdec.jpg


Khairy Jamaluddin
Pada Disember lalu, kira-kira 50,000 membanjiri Kuala Lumpur untuk menyertai himpunan yang pada mulanya untuk membantah rancangan itu.

Ia kemudian menjadi acara kesyukuran selepas kerajaan mengumumkan tidak akan meratifikasi Icerd.

Malaysia merupakan satu daripada dua negara majoriti Muslim di dunia yang tidak meratifikasi konvensyen PBB trsebut.

Pihak yang membantahnya berkata ia boleh mengancam kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan hak istimewa bumiputera.

Mereka yang menyokongnya pula berkata ia boleh diratifikasi dengan pengecualian terhadap beberapa kandungannya.

'Kedudukan istimewa Melayu tak terancam'

Mengulas lanjut, Khairy yang juga bekas ketua pemuda Umno berkata beliau secara peribadi tidak merasakan hak istimewa Melayu akan terancam di bawah konvensyen itu.

"Tetapi ada kebimbangan bahawa isu yang dianggap sensitif oleh masyarakat Melayu kini boleh disentuh oleh ramai orang.

"Ada banyak retorik (menyerang) agenda Melayu dan Islam, dan ia satu kebimbangan yang real di kalangan masyarakat Melayu," katanya lagi.

Baca: Penolakan Icerd: Malaysia di mata dunia

Khairy sebelum ini pernah membangkitkan soal kedudukan Melayu dan Islam jika kerajaan meratifikasi Icerd ketika perbahasan Parlimen pada 15 Oktober lalu.

Menurut The Malay Mail, Khairy membangkitkan Artikel 2 Icerd berkenaan penamatan semua bentuk diskriminasi kaum dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak Istimewa Melayu dan Bumiputera.

"Adakah kita sedar implikasi dasar ini? Kita tidak ratifikasi (Icerd) kerana ia selari dengan Perlembagaan Persekutuan yang memberikan hak istimewa kepada satu kaum. Impak (ratifikasi) konvensyen antarabangsa ini adalah kita perlu kuatkuasakan sebagai undang-undang.

"Adakah ini bermakna Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan akan ada tempoh masa, kerana konvensyen jelas menyatakan sebarang bentuk diskriminasi positif terhadap minoriti perlu ada tempoh masa?

"Bagaimanapun ini tidak bermakna saya setuju, atau pun tidak setuju, dengannya," kata Khairy seperti dipetik.

https://www.malaysiakini.com/news/469343
 
Lukman Sheriff

8 jam

Melakar sejarah bersama

Tanggal 24 oktober 2018, Menteri Perpaduan Waytha Moorthi mengumumkan akan meratifikasikan ICERD awal tahun 2019. ICERD ini memang melanggar perlembagaan dan saya tak boleh terima langsung yang ianya mahu diratifikasi tanpa rundingan kecuali dengan NGO liberal.

Masalahnya ialah ICERD ini adalah satu konvensyen undang2 antarabangsa yang sukar difahami dan tidak diketahui rakyat. Pada masa itu juga media langsung tidak memihak kepada apa2 kritikan kepada kerajaan. Jadi saya tiada pilihan kecuali menggunakan media sosial. Saya cuba menjelaskan dengan semudah yang mungkin di change.org dan tanggal 25 oktober saya mengeluarkan satu petisyen membantah ICERD. Segala naratif group pro ICERD yang saya fikir mereka akan gunakan saya cuba patahkan dan beri penghujahannya di dalam petisyen tersebut. Objektif saya adalah supaya kita semua jelas dengan naratif yang diperjuangkan.

Saya tahu saya menongkah arus. Menentang satu dasar kerajaan kerajaan yang cukup popular ketika itu dan di defend sekurang2nya tiga menteri. Pada masa itu tidak ramai yang menulis mengkritik dasar kerajaan seperti sekarang. Tetapi saya tidak boleh menerimanya langsung. Ia sungguh menyalahi pada saya. Apa terjadi dengan saya, saya pasrah.

Cuma saya yakin ramai sebenarnya tidak tahu pasal ICERD kecuali apa yang di spin/ diputarbelitkan di media english selama bertahun2. Saya rasa kalaulah diketahui umum maksud dan kesannya kepada perlembagaan, nescaya rakyat memahaminya. Dan untuk itu amatlah penting ia tidak partisan. Ia mesti menjangkaui pegangan politik dan batas ras dan agama. Sebab itu untuk ini saya berjumpa kawan2 dari semua parti baik dari kerajaan dan pembangkang. Saya berjumpa semua NGOi yang saya rasa berpengaruh menerangkan implikasinya dan mengajak bergerak bersama.

Petisyen itu pada mulanya disokong hanya oleh rakan2 FB. Tetapi dalam masa berminggu ia bertambah berlipat kali ganda. Media seperti biasa melontar pelbagai tohmahan dan melabel macam2 kepada yang membantah ICERD. Misalnya ada di kalangan yang pro ICERD termasuk Menteri menuduh kita kononnya dangkal dengan Perlembagaan walhal petisyen online telah jelaskan satu persatu tohmahan mereka. Pelbagai ceramah saya beri bagi menjelaskan kedudukan perlembagaan termasuk di Parlimen. Video shoot pun saya terlibat.

Walaupun media tidak bersama2 (kecuali beberapa media bahasa melayu) tetapi menerusi sosial media dan gerakan2 ngo dan politik alhamdullilah rakyat telah makin lama makin sedar bahawa ICERD adalah bertentangan dengan perlembagaan dan mula mempertahankan perlembagaan. Akhirnya isu ini memuncak sekitar hujung November dan pada 22 November Petisyen menolak ICERD sudah pun mencecah 200,000.

200000 dalam sebulan menentang ICERD dan pertahankan perlembagaan tuan2 dan puan2.

Ini sebenarnya adalah satu kejayaan protest sivil on-line terbesar dalam sejarah negara kita. Tiada sepengetahuan saya sebesar ini sebelum itu. Tahniah saudaraku.

Dan tanggal 23 November (genap setahun hari ini), akhirnya kerajaan mengumumkan tidak akan meneruskan ICERD. Tun M mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan akan sentiasa menghormati perlembagaan kita. Syukur kehadrat Allah. Dan saya keluarkan satu posting bersyukur ke atas kejayaan kita bersama.

Saya amatlah berbangga berganding bahu bersama rakyat malaysia yang sanggup bangun mempertahankan perlembagaan. Kita bersama2 “stand and be counted”.

Kita patut memperingati sejarah bersama ini. ICERD inilah titik permulaan kita sanggup berjuang mempertahankan hak perlembagaan kita tak kira politik. Tak kira perbezaan kita, kita telah mula bersatu bersama.

Akhirnya Bantahan ICERD ditutup dengan satu protest jalanan terbesar Yang pernah diadakan dalam sejarah negara kita. Daulat812. Lebih besar dari mana2 Bersih. Satu lakaran sejarah lagi. Saya akan tulis lagi mengenainya kelak. Tetapi yang penting kita jangan lupa jasa setiap orang yang stand and be counted. Jasa dan penglibatan saudara sekalian Yang perlu diceritakan ke anak cucu. We made a difference when we stand and be counted. Sejak itu suara keperlembagaan kita makin didengari. Semua ini hasil kita bersama.

Ps: Kongsikan sejarah ini untuk diabadikan.

74914566_10156259133522820_7752452180149272576_n.jpg



 
Mohamad Jamalee
14 min ·

Menghampiri tarikh 8hb Disember, bertali arus fb mengingatkan tentang himpunan bersejarah 812.

Himpunan ini wajar diingati dalam lipatan sejarah sebagai antara perhimpunan yang berjaya. Tanpa keganasan, tanpa provokasi, tanpa merosakkan harta benda awam serta mengotorkan.

Himpunan ratusan ribu Melayu (bersama segelintir sahabat berbangsa lain), yang selama berminggu-minggu dilabel sebagai perhimpunan para ultra right-wing, ada yang ekstrem memanggil ia perhimpunan rasis dan fasis.

Mereka yang membenci perhimpunan ini seboleh-boleh ingin berlaku sesuatu yang buruk. Supaya mereka boleh tunjuk kepada masyarakat, kepada dunia, bahawa orang Melayu Islam di Malaysia adalah ganas, taliban, rasis dan fasis.

Malang buat mereka, Himpunan 812 menunjukkan ia himpunan gergasi rakyat yang berakhir dengan sangat baik, malah lebih menyakitkan mereka, ia mencapai objektif supaya kerajaan hentikan usaha meratifikasi ICERD.

Setahun sudah berlalu.


Semenjak Himpunan 812, usaha yang signifikan kita nampak dari hasil ini adalah kempen #BMBF atau #BMF.

BMF pada pendapat saya masih pada fasa pertama. Banyak lagi fasa-fasa yang strategik dan terancang yang perlu dilaksanakan bagi memastikan kempen ini benar-benar memberi impak yang kekal.

Yang paling penting adalah bagaimana kita bukan sahaja mampu menukar budaya membeli masyarakat Muslim kepada mendahulukan produk Muslim, tetapi dalam masa yang sama melebarkan pasaran dan usahasama ke dunia Melayu dan Muslim di Asia Tenggara, dan seterusnya dunia.

Untuk memperingati tarikh bersejarah ini, saya dan sahabat-sahabat yang bersama menjayakan Himpunan 812, ingin mengajak mereka yang bersama-sama kami, sama ada di Dataran Merdeka atau di rumah, untuk bersama-sama mengenakan baju berwarna putih pada tarikh tersebut.


Ambil gambar anda bersama bendera Malaysia (jika ada) dan post di akaun-akaun media sosial anda.

Saya juga ada mencadangkan supaya sebuah Kongres Organisasi Melayu diadakan pada tarikh tersebut.

Kongres ini akan dihadiri oleh wakil persatuan-persatuan, dewan-dewan, dan koperasi-koperasi Melayu. Ia bertujuan supaya setiap organisasi dapat mengenali satu sama lain, serta sedikit sebanyak dapat berkongsi apakah perancangan mereka.

Ia juga bertujuan untuk menyelarikan kembali perjuangan dari segenap aspek.

Minggu depan akan bermula pusingan pertama mesyuarat untuk menjayakan kongres ini.

Harap ia dapat direalisasikan.

#Himpunan812
#Daulat812




https://www.facebook.com/ufi/reacti...JhY2s6NTM1OTEyMDAwNTg0OTUx&av=100017377443232
 
Lukman Sheriff

2 jam

Putih 812

Oleh kerana media tidak mahu mengingati, kita mengingatkan.

Pada 8 Disember tahun ini, untuk menunjukkan kesetiaan kita kepada keluhuran perlembagaan, saya cadangkan kita (i) selfie/wefie baju putih di kawasan masjed jame’/ sultan abdul samad, KL.

Atau

(Ii) Selfie/ wefie berbaju putih di mana2 dengan bendera Malaysia.

Kemudiannya kita paste di social media kita. Tak kira FB, IG, Twitter etc

Ciri identiti kita digalakkan. Misalnya melayu tengkolok, cina “Chinese mandarin cap”, dsbg.

Tagkan:

#putih812
#putih812@Jame’
#putih812@SAS
#putih812Malaysia
#putih812PerlembagaanKita
#daulat812

Jom saudaraku.

76747502_10156261765337820_5239210598985629696_n.jpg


 
Lukman Sheriff
29 min ·

Kenapa Putih 812?

Kenapa Putih 812?

Sebenarnya ada beberapa isu yang saya nak sentuh, tetapi disebabkan pemilihan Bar Council, saya kena prioritizekan isu saya. Kita selalunya prioritize isu yang ditetapkan oleh media. Media ini “bias” dan menekankan apa yang mereka rasa serasi. Jadi kita memilih yang mana patut dan ajukan isu kita sekali.

Antara isu yang penting yang saya nak ajukan adalah kejayaan daulat 812. Isu ini sebenarnya penting bukan sebab kita nak bagi menang atau kalah mana2 parti politik. Tetapi kerana isu ini menunjukkan kita mahu perlembagaan dihormati. Ini adalah kritikal untuk negara kita. Mesej yang perlu kita tekankan adalah mendukung perlembagaan adalah centre/ moderat/ progresif/ jalan tengah negara kita. Kita akui kompromi2 Tok2 kita yang telah membawa keamanan dan kemakmuran selama ini dan hormatinya.

Adalah penting mesej terutama untuk anak muda bahawa mendukung perlembagaan tidak rasis, tidak extrim, tidak kanan, tidak kiri, tidak conservatif dan tidak traditional. Ia adalah kita. Ia adalah Malaysia. Ia nilai dan jatidiri kita.

Inilah yang hilang dalam beberapa tahun yang lepas. Kita telah ke kanan dan kiri "rapturing”/ merosakkan fabrik sosial kita. Kita berseteru sesama kita. Dan pemilihan Tanjung Piai menunjukkan “how divided we are”. Walaupun nampak kaum melayu dan cina seperti menyokong BN, tetapi hakikatnya apa yang orang melayu dan cina mahu bukan sahaja berlainan tetapi bertentangan. Ramai pengundi Cina protes.(Jumlah pengundi india terlalu kecil di Tg Piai untuk menilai) Kita perlu “a proper landing on all these issues”. Sebab itu penting menunjukkan pendukungan perlembagaan adalah nilai yang tengah/ centre. Nilai sejagat.

Dengan itu saya telah mulakan satu petisyen putih 812 di change org. Bukan untuk kita memprotes. Tetapi rally/ menghimpunkan mereka yang mendukung perlembagaan.

 
Back
Top
Log in Register