BTC USD 82,332.7 Gold USD 4,184.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perhimpunan ICERD 8 Dec 2018

Ratifikasi ICERD


  • Total voters
    0
  • Poll closed .
ke.ling ngan ular bagi ular tu patuk ke.ling dulu
 
pulak.
aku dah baca apa yg cek mek post kan.yg aku nak tau kenapa ada org kata klu ICERd ditandatangani kedudukan melayu dan bumiputera akan tergugat.seolah2 melayu akn hilang smua hak yang dinikmati selama ni.

Gini lah bro.. try baca Yang ringkas kat link ni ( https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/10/25/icerd-jangan-pandang-mudah-sentimen-pribumi-amaran-ppbm-pada-menteri/ )

Ada banyak lagi sebenarnya kalau Nak Cari.. secara mudahnya ICERD ni akan menjadikan adanya percanggahannya dengan perlembagaan sedia ada . Gali lah ilmu bro..
 
tn kepang, kalau melibatkan pengamal undang undang ni kan dalam isu ni, hanya pengamal undang undang Muslim Melayu yg tak menyokong ratifikasi ICERD ni

oh SIS berlainan; diorang sokong ratifikasi ni
cuma saya belum tahu stand MakcikSiti Kassim dalam hal ni

kalau pengamal undang undang non malay kebanyakannya sokong ratifikasi ni

tn Kepang, semua pengamal undang undang ni bagi pendapat sahaja :)
tapi ni dah kira bagus, sbb at least pihak kita juga menyuarakan pendapat dalam hal ratifikasi ni..
namun perkara sebenar tertakluk pd kuasa Kementerian Dalam Negeri atau Kementerian Luar
mereka yg akan putuskan keputusan sebenar..

Ok Mek, terima kasih untuk penjelasan sebab we are in great danger
 
pada pandangan mek klu kerajaan bersetuju tandatangan perjanjian ni adakah kerajaan akan didesak mengubah article 153?

tn mynameis, jap deh. saya tgh dok prepare legal opinion saya, pendek jah, cuma kena backed up dengan ada peruntukan undang undang sikit sbg menjawab soalan tuan :)

jadi tuan, saya mohon masa skit utk siapkan ni, nanti saya datang pada tuan deh :)
 
Ubah sikit2, lama2 jadi bukit...

Dah jadi bukit, nak tarah pun dah jadi susah...
 
KUALA LUMPUR 27 Okt. - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan zaman ketuanan Melayu telah berakhir dan Malaysia bergerak ke arah fasa baharu yang memperjuangkan kesaksamaan.

Syed Saddiq yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu berkata, perkara tersebut turut menjadi agenda yang akan diperjuangkan parti itu.

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Timbalan Presiden PERKASA, Datuk Sirajuddin Salleh berasa amat terkilan dengan tindakan yang dilakukan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menegaskan zaman ketuanan Melayu akan berakhir.
DATUK SIRAJUDDIN SALLEH
DATUK SIRAJUDDIN SALLEH

Menurut Sirajuddin, amat malang bagi orang Melayu kerana mempunyai pemimpin seperti Syed Saddiq yang tidak mahu membela bangsanya sendiri sebaliknya ingin menghapuskan ketuanan Melayu.

“Kenyataan yang dikeluarkan oleh Syed Saddiq saya anggap sebagai sesuatu yang ***** kerana dia sendiri tidak faham apa maksud ketuanan Melayu. Sekiranya dia memahami perkara itu saya pasti kenyataan seperti ini tidak akan keluar.

“Sebagai seorang menteri dia perlu memahami sejarah dan asal usul orang Melayu di negara ini, mengapa wujudnya zaman ketuanan Melayu dan apakah kebaikan yang diberikan kepada orang Melayu,” ujarnya kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Tambahnya, hak orang Melayu sememangnya telah wujud sejak 63 ribu tahun dahulu dan mengapa beliau ingin menafikan perkara yang telah termaktub dalam perlembagaan Malaysia sejak berpuluh tahun.

“Orang Melayu pada zaman dahulu berusaha untuk memperjuangkan hak-hak mereka untuk memastikan mendapat kelebihan di bumi mereka sendiri tetapi apa pula yang ingin dikejar oleh menteri sekarang adalah kesamarataan.

“Kesamarataan apakah yang ingin diperjuangkan sekiranya hak orang Melayu seperti mula diperlekehkan oleh menteri-menteri di Malaysia dan Syed Sadiqq perlu beri penjelasan yang lebih lanjut tentang perkara ini,” tambah beliau.

Menurutnya, beliau membantah sekeras-kerasnya kenyataan yang dikeluarkan dan berharap pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut melakukan perkara yang sama kerana jelas sekali hal itu tidak perlu menjadi satu persoalan.

Sementara itu, bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Syed Saddiq itu adalah tidak jelas tujuannya dan apa yang ingin disampaikan kepada orang ramai.

“Saya kurang jelas dengan apa yang Syed Saddiq cuba sampaikan dalam kenyataannya kerana apa yang dicakapkan adalah terlalu umum dan susah untuk saya memahami kontkes yang beliau cuba sampaikan.

“Sekiranya Syed Saddiq boleh mengulas lebih lanjut perkara tersebut mungkin saya boleh memberi komen tentang apa yang beliau cuba sampaikan,” kata Hishamuddin dalam mesejnya menerusi aplikasi Whatsapp, hari ini..

Terdahulu, Syed Saddiq mencetuskan satu polemik apabila mengeluarkan satu kenyataan tentang zaman ketuanan Melayu telah berakhir dan Malaysia sedang bergerak ke arah fasa baharu yang memperjuangkan kesaksamaa mendapat reaksi yang berbeza dari pelbagai pihak. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/pol...ejarah-ketuanan-melayu-1.776651#ixzz5VCOEH4vh
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Selamba badak je syed saddiq ni...nak hapuskan ketuanan Melayu..dah kenapa?...bufak ingusan betul la..dpt pangkat..lupa jatidiri...ni je tahap yg Tun ada dlm PPBM
..melingkup la generasi akan datang...
 
Anak Muda dari parti BERSATU ( PPBM) sejak jadi menteri pandai dah jual bangsanya sendiri...Parti BERSATU ( PPBM) parti yang kononnya memperjuangkan nasib orang² Melayu dan Bumiputera ... ini tertulis dalam prinsip² perjuangan parti BERSATU ( PPBM )

Bukan sahaja janji² Manifesto PH mereka kencing, malah perjuangan parti pun turut sama dikencingkan sekali..

Malang sungguh bangsa Melayu dan Bumiputera yang menyokong parti yang bakal menguburkan bangsa dia sendiri..

INI MELAYU B.ANGSATTT ...
 
Ketuanan Melayu: Pandangan Syed Saddiq disalah tafsir, kata Muhyiddin​

Diterbitkan 28 Okt 2018, 11:12 malam

e11ccad3a7a54dff97fe1b49aaf7a4ea.jpeg


Pandangan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga ketua pemuda BERSATU mengenai ketuanan Melayu sudah berakhir telah disalah tafsir, kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga menteri dalam negeri berkata kenyataan Syed Saddiq itu ditafsir seolah-olah BERSATU tidak memperjuangkan kepentingan orang Melayu, sebaliknya parti berkenaan sendiri wujud atas dasar memperjuangkan nasib orang Melayu selaras dengan perkara-perkara termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Meskipun memperjuangkan nasib Melayu, negara kita ini juga ada kaum bukan Melayu yang turut memerlukan sokongan daripada kita supaya mereka juga boleh bersama-sama berkongsi kekayaan ada di negara ini.

“Kita kena faham dalam senario dan situasi zaman kini, zaman selepas kita menang pilihan raya dan membentuk kerajaan dengan harapan baru, di situlah kita berjanji bahawa kita akan berlaku adil dan saksama kepada semua rakyat Malaysia tidak kira apa jua kaum dan keturunan,” katanya.

Muhyiddin yang juga anggota parlimen Pagoh berkata demikian ketika sesi soal jawab pada majlis perasmian Persidangan Perwakilan Tahunan Bersatu Bahagian Pagoh Kali Pertama 2018 di Pagoh, di Muar hari ini.

Semalam, Syed Saddiq dilaporkan berkata zaman ketuanan Melayu telah berakhir selain Malaysia bergerak ke arah fasa baru yang memperjuangkan kesaksamaan, dan perkara tersebut turut menjadi agenda yang akan diperjuangkan BERSATU.

Video Anggota Parlimen Muar itu turut menjadi tular di media sosial semalam dan menjadi perbincangan orang ramai.

Mengulas lanjut, Muhyiddin menegaskan perjuangan parti itu adalah untuk terus mengangkat darjat dan martabat rakyat Malaysia agar masyarakat di negara ini terus menjadi bangsa yang maju dan dihormati.

“Sebab itu kalau ada dalam kumpulan masyarakat di Malaysia tidak kira apa kaum sekali pun seperti miskin, papa kedana kita bantu, jangan cakap saja ketuanan itu ketuanan ini tapi tidak ada langkah berkesan dan tiada apa dikotakan.

“Kita ingin mencari satu pendekatan lebih sesuai, naratif lebih baik dan boleh diterima semua masyarakat kerana masih banyak perkara belum diselesaikan dan harus dilakukan. Dalam kita memperjuangkan hak orang Melayu, kita turut ingin berkongsi kekayaan secara bersama,” katanya.

Dalam pada itu, ketika berucap pada majlis berkenaan, Muhyiddin yang juga ADUN Gambir, menasihatkan agar kesemua anggota parti menjaga tingkah laku dan tutur kata berikutan cabaran masa kini menyaksikan segala perkataan dan perbuatan dilakukan akan mudah tular di laman sosial sekali gus boleh mencemarkan nama baik parti.

-Bernama

https://www.malaysiakini.com/news/449372

'Syed Saddiq's statement on Malay supremacy misinterpreted'​

Published: Today 9:59 pm | Modified: Today 10:08 pm

4ea240dbe4cf215268db8bca70580619.jpeg


The statement of Youth and Sports Minister Syed Saddiq Syed Abdul Rahman that Pakatan Harapan government would end the era of Ketuanan Melayu or Malay supremacy has been misinterpreted, according to Bersatu president Muhyiddin Yassin.

He said Syed Saddiq’s statement was also interpreted as if Bersatu was no longer fighting for the Malays when, in reality, the party existed on the basis of championing the rights of the Malays in line with matters enshrined in the Federal Constitution.

“Although we (Bersatu) fight for the Malays, we must also remember that the non-Malays also need our support so that they too will be able to enjoy the country’s wealth.

”We have to understand the current scenario. We have just won a general election and formed a new government with a new hope, and we have made a promise to be fair to the people, regardless of their race and background,” he said.

Muhyiddin, who is also Pagoh MP, said this during question time at the first Pagoh Bersatu delegates annual assembly in Pagoh today.

Yesterday, Syed Saddiq, who is Bersatu Youth chief, was reported to have said that the Malay supremacy era had ended and Malaysia would shift towards equity and equitable distribution of wealth across all segments, an agenda which would also be bandied about by Bersatu.

The video of the Muar MP’s statement had also gone viral and became a hot topic of discussions.

Muhyiddin stressed that it was one of Bersatu’s agenda to continue uplifting the status of all Malaysians to become a developed and respectable nation.

“That is why all communities in Malaysia, regardless of the race, should just lend a helping hand to the poor and the needy. Let’s not brag about supremacy when there are no effective measures being taken or promises fulfilled.

“We want to find a more suitable approach, a better narrative and acceptable by the people because there are so many things that need to be done. While we are fighting for the Malays, we also want to share the prosperity,” he said.

In his speech earlier, Muhyiddin also advised all party members to mind their manners and words as what they do or say would easily be caught in camera and go viral on social media, which would definitely tarnish the good name of the party.

- Bernama

https://www.malaysiakini.com/news/449368
 
Back
Top
Log in Register