BTC USD 81,705.0 Gold USD 4,059.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perhimpunan ICERD 8 Dec 2018

Ratifikasi ICERD


  • Total voters
    0
  • Poll closed .
kata najib melayu akan jadi b.angsat bila UmNo kalah...

Macam betullah najib kata
 
Tuankah Melayu jika hanya tinggal nama Melayu?

Istilah ketuanan Melayu heboh diperkatakan semula, bermula seorang makcik tua bekas menteri bercakap, kemudian disambut oleh menteri muda yang suka tayang body. Mereka mahukan kesaksamaan bagi memastikan Malaysia maju. Benarkah Malaysia tidak akan ke mana-mana jika ada yang mempertahankan kepentingan yang termaktub dalam perlembagaan?

Atas apa tujuan apa ia dibangkitkan, saya kurang pasti. Cuma saya merasa pelik, bila Melayu mempertahankan hak Melayu, itu rasis. Namun, apabila bangsa Cina atau India mempertahankan hak mereka, itu hak. Seolah-olah kita mahu menutup mata bahawa di negara lain tidak mempertahankan kepentingan bangsa masing-masing?

Sedar atau tidak, bahawa setiap negara yang ada di dunia ini, masih wujud ketuanan bangsa, cuma tidak diterjemahkan dalam bentuk nama iaitu ketuanan?.

Apakah Cina tidak ada ketuanan Cina di China. Ketuanan Siam di Thailand. Begitu juga India di negara India. Jika tidak, ada masakan nama Allahabad yang ada bunyi Islam ditukar nama Prayagraj.

Seluruh dunia senyap, apabila nama Allahabad ditukar nama Prayagraj oleh kerajaan India. Menurut sumber sejarah, sebelum ini Allahabad dikenali sebagai Prayag. Ada sumber lain mengatakan sebelum nama Prayag, adalah nama Khausambi.

Allahabad sebelum itu, dikenali sebagai Illahabas (1584) bermaksud abode of God, diberikan oleh Raja Akbar ketika Islam memerintah India melalui kerajaan Moghul. Selepas itu menjadi nama Illahabas menjadi Allahabad ketika Shah Jahan memerintah. Itu dalam konteks di India.

Di Malaysia, semua orang tahu bahawa apabila disebut ketuanan Melayu, ia BUKAN merujuk kepada Melayu itu tuan, manakala orang lain atau bangsa lain itu hamba. Ketuanan Melayu hanya merujuk Melayu sebagai penduduk asal rantau nusantara ini.

Jika benarlah Melayu itu tuan yang sebenarnya tuan di bumi ini, sudah tentu Melayu sudah menjadi kaya raya, punyai bangunan pencakar langit dan tanah-tanah Melayu yang menjadi kepunyaan Melayu.

Realitinya, Melayu sudah tidak punya apa-apa lagi. Jika di kawasan Kuala Lumpur dan sekitar, majoriti Melayu tinggal di rumah flat, bertanahkan lantai simen. Melayu sudah tidak punya tanah di tanah tumpah lahirnya sendiri.

Semua tanah sudah menjadi milik bangsa lain.

Justeru, saya menjadi sangat musykil, apa ada pada nama nama ketuanan Melayu jika sekiranya Melayu merempat di buminya sendiri.

Jika Melayu benar-benar menjadi tuan di tanah ini, sudah tentu bukan Melayu telah diasimilasikan menjadi Melayu seperti mana Siam menyiamkan orang Cina dan orang Indonesia mengindonesiakan orang Cina.

Tetapi di Malaysia, Cina terus dengan bentuk dan rupa ketuanan Cina. Begitu juga dengan India. Bukan itu sahaja, ketuanan mereka juga dijamin dengan mengekalkan sekolah-sekolah berasaskan bahasa ibunda masing-masing. Malah logo sekolah mereka ada yang sepatah haram pun bahasa Melayu tidak ada.

Jika ketuanan Melayu mengakarkan sudah tentu sekolah sekolah vernakular ini akan dihapuskan seperti yang dilakukan oleh Thailand dan Indonesia. Tetapi ia tidak berlaku. Malah, sekolah berasaskan bangsa ini semakin bertambah dan mengakar.

Secara tidak langsung, sudah wujud ketuanan Cina dan India sejak bermulanya penghijrahan, sebab tidak berlaku asimilasi seperti mana yang dapat dilihat di Thailand dan Indonesia.

Jika diteliti secara mendalam, hari ini, Melayu langsung tidak menjadi tuan. Tuankah mereka jika semua gedung dan pasaraya dipunyai oleh bukan Melayu?

Tuankah Melayu jika tanah-tanah komersial dipunyai orang lain? Tuankah Melayu jika bahasa Melayu sendiri tidak diutamakan, malah bahasa asing yang mengakar?

Tuankah Melayu, jika jawatan menteri pembuat dasar seperti undang-undang, ketua hakim, peguam negara disandangkan oleh bukan Melayu?

Tuankah Melayu jika Melayu hanya menjadi pekerja bukan taukeh? Tuankah Melayu jika Melayu merempat di bumi sendiri?

Tuankah Melayu apabila kita lihat dahulu nama-nama jalan semuanya ada tulisan jawi, hari ini nama-nama jalan hanya bertulis rumi, ada yang bertulis Cina.

Tuankah Melayu, jika masjid surau hanya ada sekitar 30 ribu, sedangkan rumah ibadat bukan Islam ada 500 ribu?

Sebenarnya, apa yang tidak sama rata dan apa tidak saksama?

Terbaharu, kerajaan hari ini sedang berusaha untuk meratifikasi enam konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terutamanya Konvensyen Antarabangsa Menentang Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Ini berkaitan secara langsung tentang kedudukan hak istimewa Islam dan Melayu dalam perlembagaan.

Jika ICERD ini dilaksanakan, maka Perkara 3 dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan kedudukan istimewa diberikan kepada Islam dan bumiputera akan dihapuskan, semua hak menjadi sama rata sama rasa.

Dalam keadaan yang ada perlindungan, kita sudah tenat. Bagaimana jika tidak ada perlindungan langsung.

Hanya kerana Raja Melayu itu raja, Perdana Menteri itu Melayu, adakah cukup untuk mengatakan bahawa kita tidak perlu risau, takkan Melayu hilang di dunia.

Sesungguhnya Melayu akan hilang, jika agenda jahat ICERD ini dilaksanakan. Islam hilang daripada jati diri Melayu. Begitu juga dengan kedudukan ekonomi Melayu.

Adakah Islam begitu rapuh sehingga kita memerlukan perlindungan? Sebenarnya Islam tidak perlukan perlindungan perlembagaan jika kita kuat dan bersatu. Tetapi masalah kita lemah, kita berpecah. Orang lain mengambil kesempatan.

Jika tidak percaya, cuba kalau kita tukar nama Jalan Yap Ah Loi kepada nama Jalan Abdul Rahman. Atau nama Jalan Patto kepada nama Siti Kasim. Atau bandar Goh Tong jaya kepada nama Razak Jaya. Ketika itu apa reaksi ultra kiasu? Tuankah Melayu jika nama-nama yang pelik-pelik terus mengakar menenggelamkan nama Melayu? Sama-sama kita fikir.


MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH
 
eh wartawan FMT baca cg ke, baru je tadi post pasal statement/ucapan Tun Abdul Hamid ni :D

ICERD beri kesan pada Melayu, Sabah, Sarawak, kata bekas ketua hakim​

October 30, 2018 4:09 PM

abdul-hamid-mohamad-bernama-3.jpg

Bekas ketua hakim negara berkata pengecualian tidak boleh dilakukan sebab ia bercanggah dengan tujuan asas ICERD.

PETALING JAYA: Bekas ketua hakim negara berkata mengesahkan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) mungkin memberi kesan kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak.

Tun Abdul Hamid Mohamad dalam rencana hari ini berkata Perkara 1 ICERD secara ringkas mengatakan memberi keistimewaan kepada sesuatu kumpulan berdasarkan kaum adalah diskriminasi.

Beliau mengambil maklum Fasal 4 Perkara 1 ICERD membenarkan diskriminasi yang dijalankan bagi suatu tempoh yang terhad, namun Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan (PP) tidak memenuhi syarat-syaratnya.

“Tanpa menghujahkan alasan-alasan lain, Perkara 153 tidak akan terkecuali kerana ia bukan bagi suatu tempoh yang terhad. Ia tidak menyebut bahawa ia tidak akan ‘diteruskan setelah tujuan yang ia diambil telah dicapai’,” katanya memetik fasal tersebut.

Demikian itu, Hamid berkata jika ICERD disahkan dengan serta merta sesuatu pihak boleh mencabar kesahan Perkara 153 atas alasan ia bercanggah dengan konvensyen itu.

“Pihak yang tidak mahu adanya Perkara 153 akan menghujahkan bahawa tujuannya telah tercapai dan masa selama lebih daripada 60 tahun sudah cukup panjang dan ia tidak sepatutnya dibiarkan berterusan,” katanya.

Hamid seterusnya berkata Fasal 1 Perkara 2 ICERD secara ringkas mengatakan kerajaan, antara lain, hendaklah berusaha menghapuskan dengan segera termasuk meminda, membatal dan memansuhkan undang-undang yang mengekalkan diskriminasi kaum.

“Dalam kata-kata lain, Perkara 153 perlu dimansuhkan dan segala dasar yang mengutamakan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, mestilah dihentikan,” katanya.

Apa kesannya?

Hamid seterusnya berkata jika Malaysia mengesahkan ICERD maka kerajaan kena melaksanakan komitmennya, termasuk mengubah dasar-dasar berkaitan orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak.

“Misalnya UiTM mestilah dibuka kepada semua, tidak boleh dikhaskan kepada pelajar Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak sahaja; pengambilan pegawai awam tidak boleh mengikut kuota lagi; demikian juga pemberian biasiswa, lesen dan kontrak, tidak boleh diberi keutamaan kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak lagi,” katanya.

Beliau juga menepis hujah ICERD boleh disahkan dengan pengecualian kepada keistimewaan Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak.

“Pengecualian seperti itu tidak boleh dilakukan sebab ia bercanggah dengan tujuan asas konvensyen itu, iaitu menghapuskan diskriminasi kaum.

“Jika Perkara 153 akan kekal, untuk apa konvesyen itu hendak disahkan sedangkan itulah tujuan ia hendak disahkan?” katanya.

https://www.freemalaysiatoday.com/c...-melayu-sabah-sarawak-kata-bekas-ketua-hakim/
 
5 JENIS "KETUANAN CINA" YANG RAMAI TIDAK SEDAR BERLAKU DI MALAYSIA


1. Sekolah Vernakular

- Di mana ada di dalam dunia kerajaan yang begitu "baik hati" memberi dana untuk sekolah yang menggunakan bahasa dan mata pelajaran asing?

- Sekolah Cina ini mendapat bantuan beratus juta, tetapi akhirnya mereka tidak mahu bergaul dengan bangsa Melayu yang dianggap 'lemah'. Contoh terbaru ialah kelulusan RM 23 juta untuk hanya 2 buah sekolah cina, sedangkan bantuan RM 19 juta kepada Kerajaan Kelantan pun Lim Guan Eng sudah bising.

2. Bahasa Cina

- Orang Cina tidak pernah menganggap Bahasa Melayu sebagai bahasa mereka, bagi mereka bahasa ibunda mereka ialah nun jauh dari China sana.

- Walaupun, kononnya hidup di Malaysia, tapi mereka tidak pernah mengakui bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, malah mengejek bahasa Melayu sebagai 'kampung' dan tidak bernilai. Contohnya artikel di bawah yang terang-terangan menghina bahasa Melayu berbanding bahasa Cina yang dianggap mereka lebih 'hebat'.

https://www.nst.com.my/opinion/letters/2018/10/424212/myth-promote-bm-strengthen-unity

3. Pekerjaan.

- Lihat sahaja laman-laman kerja kosong di Malaysia, bertebaran iklan bertemakan "Chinese only" atau "Chinese preferred" bagaikan hendak minta kerja di Beijing. Tapi hakikatnya, kerja itu adalah di Malaysia.

4. Budaya

- Orang Cina boleh berbangga dengan budaya mereka seperti tarian singa, wushu dan sebagainya, tapi bila orang Melayu hendak mengangkat keris yang adalah warisan turun temurun, terus dicop rasis dan 'gila'.

5. Kekayaan

- Orang buta sahaja yang tidak boleh nampak kaum Cina telah menguasai Malaysia melalui konsep "Ketuanan Cina" mereka.

- Monopoli ekonomi oleh mereka tidak pernah memikirkan mengenai nasib orang Melayu. Kini orang Melayu pula yang harus memikirkan nasib orang Cina? Sedangkan orang Melayu pun hidup cukup-cukup makan sahaja.

------------------

Jadi Syed Saddiq dan Melayu Liberal sepertinya, kamu menyalak mahu menghapuskan "Ketuanan Melayu", sedangkan kamu membiarkan "Ketuanan Cina" berleluasa.

Selama ini "Ketuanan Melayu" menjadi simbol kepada perjuangan Melayu menuntut apa yang hak di bumi nenek moyang mereka sendiri.

Jadi apa salahnya menjadi "Tuan" di dalam rumah sendiri?
 
cara terbaik nak selesaikan dan "ajar" puak2 nie..

kasi menang balik BN PRU15 nanti..

tapi...."the damage is done " dek kevodohan melayu tu sendiri terutama yg undi PH yg termakan hasutan dan fitnah komunis
 
mujahid jadi jurucakap dap

Hati-hati keluar kenyataan tentang ICERD - Mujahid
Bernama | Diterbitkan pada Oktober 30, 2018 04:56 +08

41533568973_DATUKDRMUJAHIDYUSOF.jpg

Mujahid meminta pihak yang telah mengeluarkan kenyataan berhubung implikasi ICERD agar berjumpa dengannya untuk memahami proses ratifikasi itu. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa meminta semua pihak mendapatkan penjelasan lanjut berhubung proses ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sebelum mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.

Beliau berkata tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab menularkan isu tersebut dengan mendakwa ia akan menjejaskan kedudukan mana-mana kaum dan agama di negara ini dibimbangi akan mencetuskan perbalahan kaum.

"Ada pihak tidak bertanggungjawab telah menularkan berita kononnya implikasi ICERD kepada Malaysia boleh membawa kepada terhapusnya hak Bumiputera termasuk isu (Rejimen) Askar Melayu (Diraja) dan polis kononnya tidak boleh menggunakan perkataan Melayu kerana itu dikira sebagai diskriminasi.

"Saya tegaskan apa yang ditularkan pihak tidak bertanggungjawab itu boleh mengundang fitnah dan boleh timbulkan kebencian dan berpotensi jadi satu masalah perkauman," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen pada Isnin.
Justeru, Mujahid meminta pihak yang telah mengeluarkan kenyataan itu berjumpa dengan beliau untuk memahami proses ratifikasi itu yang tidak akan menjejaskan hak kaum di negara ini termasuk keistimewaan golongan Bumiputera.

Beliau turut menjelaskan bahawa dalam konteks negara ini, ratifikasi ICERD itu boleh dilakukan dengan beberapa reservasi serta mengambil kira perundangan dan perlembagaan negara.

BACA: Ratifikasi ICERD tidak akan beri kesan kepada Artikel 153 - Waytha Moorthy

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/hati-hati-keluar-kenyataan-tentang-icerd-mujahid-189624
 
Back
Top
Log in Register