BTC USD 84,487.4 Gold USD 4,134.71
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perhimpunan ICERD 8 Dec 2018

Ratifikasi ICERD


  • Total voters
    0
  • Poll closed .
"Suatu negeri akan hancur meskipun dia makmur" Mereka berkata "bagaimana suatu negara hancur sedangkan dia makmur?" ia menjawab "jika pengkhianat menjadi petinggi dan harta dikuasai orang orang fasik"

-Khalifah Umar bin Khattab"
 
Hati-hati keluar kenyataan tentang ICERD - Mujahid
Bernama | Diterbitkan pada Oktober 30, 2018 04:56 +08

41533568973_DATUKDRMUJAHIDYUSOF.jpg

Mujahid meminta pihak yang telah mengeluarkan kenyataan berhubung implikasi ICERD agar berjumpa dengannya untuk memahami proses ratifikasi itu. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa meminta semua pihak mendapatkan penjelasan lanjut berhubung proses ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sebelum mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.

Beliau berkata tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab menularkan isu tersebut dengan mendakwa ia akan menjejaskan kedudukan mana-mana kaum dan agama di negara ini dibimbangi akan mencetuskan perbalahan kaum.

"Ada pihak tidak bertanggungjawab telah menularkan berita kononnya implikasi ICERD kepada Malaysia boleh membawa kepada terhapusnya hak Bumiputera termasuk isu (Rejimen) Askar Melayu (Diraja) dan polis kononnya tidak boleh menggunakan perkataan Melayu kerana itu dikira sebagai diskriminasi.

"Saya tegaskan apa yang ditularkan pihak tidak bertanggungjawab itu boleh mengundang fitnah dan boleh timbulkan kebencian dan berpotensi jadi satu masalah perkauman," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen pada Isnin.
Justeru, Mujahid meminta pihak yang telah mengeluarkan kenyataan itu berjumpa dengan beliau untuk memahami proses ratifikasi itu yang tidak akan menjejaskan hak kaum di negara ini termasuk keistimewaan golongan Bumiputera.

Beliau turut menjelaskan bahawa dalam konteks negara ini, ratifikasi ICERD itu boleh dilakukan dengan beberapa reservasi serta mengambil kira perundangan dan perlembagaan negara.

BACA: Ratifikasi ICERD tidak akan beri kesan kepada Artikel 153 - Waytha Moorthy

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/hati-hati-keluar-kenyataan-tentang-icerd-mujahid-189624

Kalau nak buat reservasi tak payah tanda tangan langsung la ratifikasi tu. Kenapa nak tanda tangan jugak macam satu keperluan wajib je? Mujahat ni lebih hebat dia dari bekas ketua hakim negara lagi. Kat mana dia belajar undang2 tu? Kat mana dia practice undang2 tu sampai dia jadi hebat gil@ macam profesor serba tau ni? Ni la masalahnya bila yang bukan bidangnya cuba menguruskan sesuatu perkara.
 
'Mahu hapus diskriminasi tak semestinya guna acuan ICERD'​

Diterbitkan 30 Okt 2018, 5:16 petang

ddba1992ba76fe099a518e1213e7daeb.jpeg


ULASAN | Kerajaan dan beberapa pihak mengusulkan untuk Malaysia menandatangani dan meratifikasi International Konvensyen Antarabangsa Menghapuskan Diskriminasi Kaum (ICERD).

Mereka mengatakan Malaysia harus mengikut jejak majoriti negara di dunia, dan sudah tiba masanya setelah lama Malaysia enggan melakukannya.

ICERD adalah konvensyen antarabangsa yang mewarisi asas penting daripada Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia 1948, dan terlebih dahulu Magna Carta 1215. Secara sejarahnya, definisi hak asasi ini dibentuk beracuankan pemahaman barat.

Walaupun telah banyak negara menandatangani ICERD, tetapi masih banyak negara belum meratifikasikannya. Ratifikasi secara mudah bermaksud bersetuju untuk terikat dengannya. Malaysia masih belum menandatangani, apatah lagi meratifikasikannya.

Pelbagai pihak melihat perkara ini sebagai satu langkah mundur dan kuno. Walhal Malaysia punya acuan sendiri bersendikan Perlembagaan Persekutuan dan kontrak sosial, dan sering menjuarai isu hak asasi, dalaman, serantau mahupun dunia walaupun tidak meratifikasi ICERD.

Malaysia antara yang terawal menentang aparteid (penindasan kulit hitam) di Afrika Selatan secara terbuka, bahkan pelopor keamanan ketika penyembelihan kaum di Serbia, Kosovo dan Rohingya. Ketika itu barat dan NATO masih berselimut.

Hak asasi acuan Malaysia sangat unik kerana ia mengiktiraf beberapa perkara, yang pada skala ICERD merupakan satu diskriminasi, tetapi pada skala Malaysia, adalah satu rahmat bertunjangkan kontrak sosial. Ciri-ciri uniknya ialah berkenaan agama Islam, orang Melayu dan Bumiputera.

'Acuan kita lebih sejahtera'


Melalui Perlembagaan Persekutuan, Islam diiktiraf sebagai agama rasmi, namun agama lain tetap bebas diamal. Pun begitu, penyebaran agama lain kepada orang Islam adalah dilarang, walaupun penyebaran Islam kepada sesiapa jua tidak dihalang.

Ini adalah kompromi awal atas kehendak Raja-Raja Melayu yang menjadi tonggak agama Islam, suatu agama yang diamal secara turun temurun di Malaysia (dulunya Tanah Melayu).

Kaum Melayu juga diberi beberapa keistimewaan. Ada institusi awam yang menjaga kepentingan Melayu seperti MARA, MRSM, UITM dan sebagainya. Ada juga peruntukan khas pemilikan tanah tertentu dibawah skim Tanah Rizab Melayu.

Keunikan yang disebut di atas menjadikan Malaysia negara yang hampir bebas konflik dan pertumpahan darah (kecuali tragedi 13 Mei). Rakyat hidup dalam harmoni sedang keistimewaan penduduk asal iaitu kaum Melayu dihormati.

Soalnya, kenapa perlu kita mengambil acuan hak asasi barat, sedangkan acuan kita lebih sejahtera, dan sesuai?

16beb98af348031a87c9bd583bcf02ba.jpeg


Di kalangan ahli politik dan akademik juga ada mencadangkan untuk kita meratifikasi ICERD dengan “reservation”, sebagai jalan tengah untuk tidak menolak secara total tuntutan antarabangsa.

Reservation, secara mudah bermaksud pengecualian yang dibuat sendiri oleh negara terbabit. Kata mereka, Artikel 2.2 boleh dikecualikan.

Sejarah menunjukkan bahawa pengecualian yang dibuat oleh pelbagai negara di dunia terhadap ICERD berkisar tentang Artikel 4 dan 22. Artikel 4 adalah berkenaan idea atau teori sesuatu kaum itu lebih utama daripada kaum lain, dan Artikel 22 adalah berkenaan rujukan kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Negara-negara seperti Afghanistan, Bahrain, China, Cuba, Mesir, Equitorial Guinea, India, Indonesia, Iraq, Israel, Kuwait, Lebanon, Libya, Madagascar, Morocco, Mozambique, Syrian Arab Republic, Thailand, Turki dan Vietnam mengecualikan Artikel 22.

Sementara negara seperti Australia, Austria, Bahamas, Belgium, France, Ireland, Italy, Japan, Malta, Monaco, Nepal, Papua New Guinea dan Switzerland mengecualikan atau mendefinisikan semula Artikel 4.

Hanya beberapa negara yang membuat pengecualian Artikel 2 secara spesifik termasuk Monaco, Switzerland dan Singapura, itupun berkenaan dengan undang-undang mereka tentang kemasukan buruh asing.

Tidak mahu terikat

Pengecualian ini pula, sekiranya melanggar matlamat asal ICERD boleh dibantah oleh negara lain, dan diisytihar tidak sah. Ya, pengecualian boleh jadi tidak sah.

Arab Saudi yang meletakkan syariat Islam sebagai sumber tertinggi hukumnya pada 23 Sept 1997 membuat pengecualian berikut: “The Government of Saudi Arabia declares that it will] implement the provisions of the above Convention, providing these do not conflict with the precepts of the Islamic Shariah”

Pengecualian Arab Saudi tersebut telah dibantah keras oleh beberapa negara seperti Austria, Finland, Jerman, Norway, Spain dan Sweden. Kata mereka pengecualian sedemikian melanggar matlamat asal ICERD.

Yaman juga membuat pengecualian yang penuh kontroversi. Yaman mengecualikan negaranya daripada aplikasi Artikel 5(c) dan 5(d)(iv), (vi) dan (vii).

9f30b8e1e9490474c7d344f60f61eea7.jpeg


Artikel 5(c) adalah berkenaan hak penyertaan dalam politik dan pilihan raya yang perlu dijamin, manakala Artikel 5(d)(iv) adalah hak untuk kahwin dan memilih pasangan, (iv) hak mewarisi harta, (vii) kebebasan berfikir, kesedaran dan agama, yang masing-masing perlu dijamin tanpa diskriminasi atas dasar kaum dan warna kulit.

Pendek kata, Yaman tidak mahu terikat dengan hak-hak tersebut.

Pengecualian ini mendapat bantahan 14 negara termasuk Australia, Belgium, Canada, Denmark, Finland, France, Jerman Italy, Mexico, Netherlands, New Zealand, Norway, Sweden dan UK. Maka, pengecualian ini jadi tidak berguna dan tidak diiktiraf.

Seperkara yang menarik tentang Yaman ialah mereka juga menjadikan Islam sebagai agama negara menurut Artikel 2 Perlembagaan Yaman, dan mempunyai sistem mahkamah berteraskan undang-undang Shariah. Ia ada miripnya dengan Malaysia.

Soalnya sekarang, kalau pun benar Malaysia perlu meratifikasikan ICERD (yang mana saya katakan tidak), dan buat pengecualian, pengecualian apa? Dan apakah ia tidak bertentangan dengan matlamat ICERD yang pastinya akan dibantah masyarakat antarabangsa?

Kritikan hebat antarabangsa

Saya boleh fikirkan beberapa pengecualian yang perlu dibuat seperti berikut:-

a. Artikel 2.1 tentang memansuhkan atau meminda apa-apa undang-undang yang ada asas diskriminasi - bagi mempertahankan kewujudan mahkamah Syariah sebagai mahkamah khusus untuk orang Islam, enakmen-enakmen syariah yang terpakai hanya untuk orang Islam, institusi-institusi zakat yang memberi pengecualian cukai kepada orang Islam, jabatan-jabatan agama Islam, dsb.

b. Artikel 2.2 (tentang membolehkan polisi untuk membantu sesuatu kaum sekira keadaan memerlukan sehingga mereka tidak lagi didiskriminasi) sebagaimana dicadangkan - untuk mengekalkan dasar afirmatif kepada bumiputera.

c. Artikel 4(c) tentang institusi awam yang berasaskan “diskriminasi” kaum - untuk pertahankan MARA, MRSM, UITM, Askar Wataniah dll

d. Artikel 5(d)(iv) tentang hak memilih pasangan - bagi mengelakkan liberalisasi perkahwinan jantina yang sama (kerana LGBT juga boleh disifat sebagai diskriminasi).

e. Artikel 5(d)(v) tentang hak memiliki hartanah (sebagaimana dibuat oleh Tonga yang mahu mempertahan pemilikan tanah oleh orang asal Tonga) - bagi mempertahankan Tanah Rizab Melayu, dan syarat-syarat kuota bumiputera bagi pemilikan hartanah.

f. Artikel 5(d)(vi) tentang pewarisan harta - bagi mempertahankan sistem faraid Islam yang berjalan seiring dengan pewarisan bukan Islam.

g. Artikel 5(d)(vii) tentang kebebasan berfikir, kesedaran dan agama - bagi membanteras pemikiran-pemikiran sesat seperti Syi’ah, Qadyani dsb.

h. Artikel 8 tentang rujukan kepada Jawatankuasa.

i. Artikel 22 tentng rujukan kepada ICJ.

j. Pengecualian tentang pengiktirafan negara haram Israel (sebagaimana dibuat oleh beberapa Negara Islam).

Pendek kata, Malaysia mungkin menjadi negara yang paling banyak menyenaraikan pengecualian, dan tentunya akan menjadi kritikan hebat antarabangsa, sebagaimana Arab Saudi dan Yemen.

Ertinya, jelas lagi bersuluh bahawa ICERD adalah hak asasi acuan barat, yang tidak sesuai sama sekali dengan acuan Malaysia, sehingga hampir mustahil untuk menerimanya tanpa merombak hampir keseluruhan asasnya.

Oh, jangan salah sangka pula! Saya tidak sekali-kali mengatakan bahawa kita mengiktiraf diskriminasi dalam apa jua keadaan. Tentunya agama kita menentang keras sebarang bentuk diskriminasi. Hakikatnya, Rasul datang 1400 tahun dahulu adalah untuk memerangi Asabiyah/taksub/perkauman.

Apa yang saya katakan dan tekankan ialah, menghapus diskriminasi dan menegak hak asasi, tidak semestinya menggunakan acuan ICERD. Hak asasi kita, acuan kita. Acuan kita adalah Perlembagaan Persekutuan, kompromi awal dan kontrak sosial.

Sudah tentulah al-Quran yang mendokumentasikan hak manusia lebih awal dari ICERD, ataupun Piagam Madinah yang mendokumentasikan hak dalam sesebuah negara lebih awal dari ICERD, lebih dahulu perlu “diratifikasikan”. Sebelum itu berlaku, “rule of law” pastinya menuntut kita untuk menjunjung Perlembagaan Persekutuan, kompromi awal dan kontrak sosial yang begitu lama dipertahan.

YUSFARIZAL YUSSOFF merupakan seorang peguam.

https://www.malaysiakini.com/news/449650
 
Hal ni raja-raja pun mesti bersuara. jangan duk diam je.
 
Last edited:
Dari muka surat 1 sampai 29 baca...x nampak pun geng2 PH komen dalam ni
 
mungkin apabila dh hilang baru semua beringat..bagusla hilang..bg semua beringat..tinggalkan yg mazmumah
 
haish kalau taknak diskriminasi balik la kampung masing.. nak cakap tamil ke hokkien ke dah tentu2 takde sape marah
 
selama nie baru kita sedar...selama 60 tahun..bangsa bukan melayu gagal utk ASIMILASI kedalam masyarakat pribumi...
 
Back
Top
Log in Register