BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perangi Rasuah Perlu Kehendak Politik Teguh Pucuk Pimpinan - Ayob Khan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Perangi Rasuah Perlu Kehendak Politik Teguh Pucuk Pimpinan - Ayob Khan​

536d9db82be0e133c4e1b60018dff01c6a832f8128512

f767c0f38f745cb4a9ad842dc000fe526a832fa24ed9f

Bekas Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay (kanan) ketika ditemu bual dalam rancangan Ruang Bicara bertajuk "Di Sebalik Lencana: Legasi Tan Sri Ayob Khan" terbitan Bernama TV yang dihoskan oleh Ally Iskandar (kiri) di Wisma Bernama hari ini. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Usaha memerangi rasuah dan memperkasakan integriti secara menyeluruh memerlukan kehendak politik yang teguh bermula daripada peringkat pucuk pimpinan tertinggi, kata bekas Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Beliau berkata kepimpinan atasan harus menunjukkan teladan dan ketegasan yang nyata kerana sebarang bentuk transformasi organisasi hanya akan berjaya sekiranya pihak atasan sendiri memberikan isyarat jelas tanpa kompromi terhadap penyelewengan.

Ayob Khan berkata walaupun pendidikan integriti kepada generasi muda di peringkat sekolah adalah langkah yang baik, namun ia merupakan pelaburan jangka panjang yang memakan masa.

"Perubahan mesti dari atas, kalau pemimpin itu betul-betul ada political will untuk buat, insya-Allah yang bawah itu akan ikut," katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara bertajuk Di Sebalik Lencana: Kisah dan Legasi Tan Sri Ayob Khan terbitan Bernama TV malam ini.

Ayob Khan turut mengingatkan bahawa budaya tolak ansur atau tindakan menutup kesalahan pegawai dan anggota hanya menggalakkan lebih banyak salah laku, sambil menegaskan tiada siapa yang kebal daripada undang-undang tanpa mengira pangkat atau kedudukan.

Beliau berkata isu rasuah dan integriti tidak seharusnya dianggap 'rahsia dalaman' yang perlu disembunyikan, sebaliknya ia perlu diakui secara terbuka.

"Kalau kita tidak mengakui masalah yang ada dalam agensi kita, maknanya kita menuju kehancuran, kita bukan bergerak ke hadapan tetapi ke belakang. Begitu juga dalam keadaan negara kita, kalau kita tidak buat perubahan, kita akan ke belakang, negara lain bergerak depan," katanya.

Dalam pada itu, Ayob Khan turut mendedahkan bahawa beliau ada menerima tawaran untuk menyertai arena politik, namun setakat ini masih belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara berkenaan.

Katanya, pertimbangan utama adalah sama ada penglibatan dalam politik akan memberi ruang kepadanya untuk melakukan perubahan atau sekadar terpaksa mengikut arus dan arahan pemimpin parti.

 
Back
Top
Log in Register