combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,142
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,142
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
âIsu Pelarian Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh Pelbagai Agensi - Ayob Khan
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay beramah mesra dengan pesakit kanak-kanak pada Program Lawatan Hospital sempena Hari Polis ke 219 Tahun di Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Hospital, UKM.
Isu pelarian Rohingya di negara ini memerlukan pendekatan yang menyeluruh membabitkan pelbagai agensi penguatkuasaan dan negara berkaitan.
âTimbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata proses kemasukan etnik itu ke negara ini mempunyai pelbagai lapisan bermula daripada perairan yang dikawal oleh agensi lain.
âBeliau berkata lapisan awal itu membabitkan kawalan keselamatan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan penerima terakhir dalam rantaian tersebut.
â"Kalau hendak menangani isu ini, ia mesti membabitkan semua pihak kerana laluannya mempunyai banyak lapisan, dan polis hanya bertindak dari sudut keselamatan jika mereka melakukan kesalahan jenayah.
â"Berdasarkan statistik Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) setakat April lepas, terdapat 219,472 pemegang kad itu di Malaysia dengan 128,200 daripadanya ialah etnik Rohingya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Program Lawatan Hospital sempena Peringatan Hari Polis Ke-219 di Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, hari ini.
âMengulas mengenai dakwaan penempatan haram warga asing yang sering ditularkan di media sosial, Ayob Khan menegaskan operasi penahanan PDRM sentiasa berjalan secara berterusan dan bukan hanya dilaksanakan apabila ia mendapat perhatian awam atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
âKatanya, kelangsungan penguatkuasaan itu dibuktikan menerusi penahanan 42 individu di flat Sungai Tekali, Hulu Langat tahun lepas, dengan penjelasan mengenainya dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Kajang pada 9 Jun lepas.
âMenyentuh mengenai cadangan mewujudkan pusat transit Rohingya di sebuah pulau berhampiran Laut Andaman, beliau berkata cadangan tersebut perlu dikaji secara mendalam berikutan ia bakal mengundang pelbagai isu logistik dan pengurusan pada masa hadapan.
Loading…
www.bernama.com