kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan bahawa penutupan ruang udara di beberapa bahagian Timur Tengah baru-baru ini, berkemungkinan menjejaskan operasi beberapa perkhidmatan penerbangan antarabangsa.
Menurut kenyataan CAAM hari ini, syarikat penerbangan yang beroperasi ke dan dari rantau yang terjejas mungkin berdepan kelewatan, penjadualan semula, perubahan laluan atau pembatalan susulan sekatan ruang udara yang sentiasa berubah dan pertimbangan operasi.
"Langkah ini diambil demi kepentingan keselamatan dan bagi mematuhi keperluan penerbangan antarabangsa.
"CAAM memantau situasi ini dengan rapat dan berhubung dengan syarikat penerbangan berkaitan bagi memastikan kepentingan penumpang terus dilindungi," menurut kenyataan itu.
Menerusi nasihat kepada syarikat penerbangan, pihak berkuasa mengingatkan pengendali penerbangan ke dan dari Malaysia supaya segera memaklumkan kepada penumpang sebarang perubahan waktu berlepas dan ketibaan yang dijadualkan termasuk kelewatan, penjadualan semula, perubahan laluan atau pembatalan.
Syarikat penerbangan turut digesa menyediakan penjagaan, bantuan dan pilihan perjalanan alternatif kepada penumpang yang terjejas selaras dengan Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (MACPC).
"Kekalkan komunikasi yang jelas, tepat pada masanya dan telus sepanjang tempoh gangguan. Syarikat penerbangan diharap mengambil langkah-langkah yang munasabah dan memastikan pematuhan penuh dengan keperluan kawalan pada setiap masa," menurut kenyataan itu.
CAAM turut menasihati penumpang yang melakukan perjalanan ke, dari atau transit dari rantau terjejas, supaya menyemak status penerbangan mereka secara terus dengan syarikat penerbangan masing-masing sebelum ke lapangan terbang.
Penumpang juga perlu memastikan maklumat dalam rekod tempahan adalah tepat dan dikemas kini untuk menerima notifikasi serta hubungi syarikat penerbangan untuk pilihan tempahan semula, bayaran balik atau bantuan lanjut sekiranya berlaku sebarang gangguan.
Penutupan Ruang Udara Timur Tengah Mungkin Jejaskan Penerbangan - CAAM
CAAM, ruang udara, tutup, Timur Tengah, gangguan,