BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MASSA Sedia Kerjasama Dengan CAAM Perkukuh Pendidikan Pencegahan Warga Penerbangan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

MASSA Sedia Kerjasama Dengan CAAM Perkukuh Pendidikan Pencegahan Warga Penerbangan​

de0f3b6520b0c94716f2ebcd179d348762f8f85157bee


Malaysia Aviation Skills Standard (MASSA) sedia bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bagi memperkukuh pendidikan pencegahan, pembangunan kompetensi profesional dan budaya keselamatan dalam kalangan warga kerja penerbangan Malaysia.

Presiden MASSA Dr Nur Zairahtul Amirah Kamallazim berkata pihaknya menyambut baik langkah terbaharu CAAM dalam memperkukuh kawalan berkaitan kecergasan untuk petugas serta usaha mencegah penyalahgunaan alkohol serta dadah dalam industri penerbangan negara.

Beliau berkata bagaimanapun, langkah berkenaan perlu disertai dengan penerapan pendidikan yang berterusan, kesedaran profesional serta pembudayaan keselamatan bagi memastikan akauntabiliti dan tahap profesionalisme tinggi dalam kalangan warga industri.

"Safety Directive SD 2/2026 yang dikeluarkan oleh CAAM pada 7 Ogos lepas dilihat sebagai langkah penting dalam memperkukuh komitmen Malaysia terhadap tahap keselamatan penerbangan yang tinggi. Ujian dan pengawasan kawal selia sememangnya penting sebagai langkah perlindungan, tetapi sistem keselamatan yang kukuh dan berterusan perlu menitikberatkan pencegahan, pendidikan dan pembudayaan keselamatan.

"Malaysia mempunyai ruang untuk memperkukuh budaya ini dengan melengkapkan langkah kawal selia sedia ada melalui pendidikan dan kesedaran yang merangkumi pemahaman berkaitan kecergasan, tatakelakuan profesional, risiko di tempat kerja serta mekanisme sokongan rakan sekerja," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zahraitul Amirah berkata Malaysia mempunyai komuniti penerbangan yang besar dan sentiasa melaksanakan tugas berkaitan keselamatan dengan penuh disiplin serta profesional.

Sehubungan dengan itu, katanya, tindakan atau kesilapan individu tertentu tidak seharusnya menjadi kayu ukur terhadap keseluruhan profesion, sebaliknya perkembangan semasa perlu dijadikan peluang untuk memperkukuh standard keselamatan dalam seluruh industri.

Beliau berkata kerjasama rapat antara pihak berkuasa kawal selia, pengendali syarikat penerbangan, badan profesional penerbangan, organisasi latihan dan agensi berkaitan perlu diwujudkan bagi memperkukuh sistem sedia ada.

"MASSA mengalu-alukan peluang untuk mengadakan perbincangan teknikal dan dialog bersama-sama CAAM serta pihak berkepentingan industri tentang pendidikan pencegahan, pembangunan kompetensi profesional dan pengukuhan budaya keselamatan dalam bidang penerbangan.

 
Back
Top
Log in Register