BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia-Palestin Perkukuh Kerjasama Pendidikan Tinggi - Zambry

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Malaysia-Palestin Perkukuh Kerjasama Pendidikan Tinggi - Zambry​

7f5e3892493b63eb6085b9a284f89261669e787d25db4

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

Malaysia dan Palestin akan terus memperkukuh kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata perkara itu dibincangkan ketika menerima kunjungan hormat Duta Besar Palestin ke Malaysia Jehad Alqedra.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata perbincangan itu turut menyentuh keperluan untuk terus memperkukuh sokongan kepada pelajar Palestin, di samping meneroka peluang kerjasama antara universiti di kedua-dua negara.

“Malaysia sentiasa percaya bahawa pendidikan adalah jambatan harapan, keamanan dan masa depan.

“Atas semangat itu, kita akan terus memainkan peranan membantu rakyat Palestin membina semula kekuatan bangsa melalui ilmu dan pendidikan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register