kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,694
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,694
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Operasi ruang udara Malaysia kekal berdaya tahan dalam mengendalikan jumlah trafik udara serantau yang tinggi, sekali gus menyerlahkan peranan negara sebagai hab kesalinghubungan penerbangan di Asia Tenggara, menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Menurut kenyataan CAAM hari ini, pihaknya terus memperkukuh kecekapan ruang udara di Wilayah Maklumat Penerbangan Kuala Lumpur (KL FIR) dan Wilayah Maklumat Penerbangan Kota Kinabalu (KK FIR) seiring perubahan dinamik ruang udara global serta peningkatan kerumitan operasi.
Data trafik serantau menunjukkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kekal antara lapangan terbang paling sibuk di Asia Tenggara, disokong oleh beberapa laluan penerbangan paling tinggi penggunaannya di rantau ini.
Menurut CAAM laluan utama seperti Kuala Lumpur-Singapura, Jakarta-Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu-Kuala Lumpur terus merekodkan kekerapan penerbangan yang tinggi.
“Ini menyerlahkan peranan strategik Malaysia dalam mengekalkan kesalinghubungan serantau serta memastikan kelangsungan perjalanan udara di seluruh ASEAN,” menurut kenyataan itu.
Menurut CAAM, penambahbaikan berterusan terhadap reka bentuk ruang udara dan pengurusan trafik telah membolehkan kedua-dua KL FIR dan KK FIR menampung peningkatan jumlah trafik sambil mengekalkan standard keselamatan, kecekapan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
Ini termasuk pelaksanaan prosedur Required Navigation Performance Approach (RNP APCH) di KLIA, serta penggunaan penuh Performance-Based Navigation (PBN) bagi Standard Instrument Departure (SID), Standard Terminal Arrival Route (STAR) dan RNP APCH di KK FIR.
CAAM memaklumkan langkah berkenaan membolehkan laluan penerbangan lebih tepat, pengurangan jarak laluan serta peningkatan kecekapan ketibaan dan pelepasan pesawat.
Selain itu, peluasan operasi Direct Route Operations (DRO) dan User Preferred Routes (UPR) membolehkan pesawat beroperasi melalui laluan yang lebih cekap dan fleksibel, sekali gus mengurangkan kesesakan, tempoh penerbangan serta penggunaan bahan api.