BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Kekal Berdaya Tahan Hadapi Krisis Global - Sim

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80
e5883cf40717a6ffeb32c71138bc847369fb669f79a43

f08a688539dfe3bdde12757ce234d68c69fb668c9a742

Menteri Pembangunan, Usahawan dan Koperasi Steven Sim Chee Keong berucap pada Bisnes Sinar Harian Awards 2026 di sebuah hotel malam ini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Malaysia memiliki tiga kelebihan utama yang mampu memastikan negara terus berdaya tahan serta berdaya saing, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim Chee Keong.

Beliau berkata kelebihan itu merangkumi kestabilan politik dan iklim yang kondusif, kedudukan geografi yang strategik serta kekuatan faktor insan dalam kalangan masyarakat majmuk negara ini.

“Dalam dunia yang dilanda pelbagai krisis, banyak perkara berada di luar kawalan kita namun Malaysia mempunyai tiga ingredient utama yang membolehkan kita terus berjaya,” katanya ketika berucap pada Anugerah Bisnes Sinar Harian (BISA 2026) di sini anjuran Sinar Harian.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Karangkraf Firdaus Hussamuddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf Farah Hussamuddin.

Sim juga berkata kestabilan politik dan kepimpinan negara yang mantap menjadi asas kepada keyakinan pelabur serta pertumbuhan ekonomi selain kedudukan Malaysia dari sudut geopolitik dan geoekonomi yang strategik turut memberi kelebihan dalam memperkukuh hubungan perdagangan serta pelaburan antarabangsa.

“Faktor ketiga ialah rakyat kita yang majmuk, menguasai pelbagai bahasa serta memahami pelbagai budaya dunia,” katanya.

Beliau turut menyifatkan penganjuran anugerah oleh akhbar berbahasa Melayu, iaitu Sinar Harian sebagai satu langkah signifikan dalam mengiktiraf keupayaan usahawan tempatan.

“Ada banyak anugerah perniagaan dianjurkan oleh akhbar berbahasa Cina yang menyaksikan ramai usahawan Melayu berjaya... hari ini, saya amat bangga kerana akhbar berbahasa Melayu turut mengambil inisiatif mengiktiraf kemampuan usahawan tempatan khususnya usahawan Melayu dalam sektor masing-masing,” katanya.

Pada majlis itu, sebanyak 37 anugerah disampaikan antaranya Anugerah Peneraju Logistik & Maritim Global, Anugerah Peneraju Pembangunan Usahawan serta Anugerah Pilihan Juri, dan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd merangkul Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat BISA 2026.

 
Back
Top
Log in Register