combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,402
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,402
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) selaku moderator bagi Forum Ilmuan Malaysia MADANI di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Turut dibarisi sebagai panel jemputan, Naib Pengerusi Ibn Haldun Universiti Necmeddin Bilal Erdogan (tiga kanan), Pengarah Islamic Institute for Development and Research (IIDR) Sharif Hasan Al-Banna (dua, kanan), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkifli Hasan (tiga kiri), Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan bekas bintang bola sepak dunia Mesut Ozil (kanan).
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia perlu memperkukuh daya tahan bagi menghadapi kemungkinan kemerosotan ekonomi susulan peningkatan kos global serta gangguan rantaian bekalan.
Beliau berkata meskipun negara dijamin mempunyai bekalan petroleum yang mencukupi untuk beberapa bulan akan datang, cabaran seperti kekurangan diesel dan isu bekalan baja mampu memberi tekanan kepada ekonomi domestik.
“Saya menyeru komitmen yang lebih kukuh untuk memperkasakan daya tahan bagi menghadapi kemungkinan kemerosotan ekonomi ini, susulan kos yang semakin meningkat serta kemungkinan kekurangan bekalan.
“Kita (Malaysia) bernasib baik kerana untuk beberapa bulan akan datang kita mempunyai jaminan bekalan petroleum yang mencukupi, namun kita mungkin akan berdepan lebih banyak cabaran berkaitan bekalan diesel dan baja,” kata beliau.
Anwar berkata demikian ketika berucap pada Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 11 yang bertemakan “Perpaduan Umat Islam dalam Menghadapi Krisis Geopolitik”, anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di sini malam ini.
Perdana Menteri berkata kekuatan Malaysia terletak pada perpaduannya sebagai sebuah negara berbilang kaum dan berbilang agama, yang menjadi asas penting dalam berdepan dengan ketidaktentuan global.
“Kita berbangga untuk menyatakan, Alhamdulillah, di negara berbilang kaum dan berbilang agama seperti Malaysia, wujud semangat perpaduan serta iltizam untuk mempertahankan negara serta berganding bahu dalam menyelesaikan cabaran.
“Saya tidak percaya ada masalah yang tidak mampu diatasi. Apa yang kita perlukan ialah iltizam dan membina daya tahan yang kukuh dalam kalangan rakyat kita,” kata Perdana Menteri.
Mengenai perkembangan global, Anwar menekankan landskap geopolitik yang semakin kompleks, terutamanya konflik berlarutan di Asia Barat yang menurut beliau membawa implikasi politik dan ekonomi meluas.
Malaysia Perlu Perkukuh Daya Tahan Dalam Hadapi Krisis Global - PM Anwar
Anwar Ibrahim, daya tahan, economic, Palestin, Fo